101 Tip Adsense

1 Januari 2008, Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog ini dan satu ebook baru dilancarkan iaitu berkenaan dengan Adsense. Ebook ini dihasilkan oleh Team Flarebiz yang diterajui oleh Muhammad Adly Mokhtar atau lebih dikenali dengan nama Labanon di kalangan usahawan internet tempatan.
Bagi anda yang tidak mengetahui, program pengiklanan Google Adsense merupakan salah satu program penjanaan pendapatan yang paling popular di kalangan usahawan internet di seluruh dunia. Bahkan di Malaysia sendiri, sudah ramai usahawan internet yang meraih pendapatan ribuan Dollar setiap bulan dari program ini.
Namun begitu, ianya tidaklah semudah yang disangka untuk meraih pendapatan yang stabil dari program ini. Saya tahu ramai yang telah mencuba dan kecewa kerana gagal memperolehi pendapatan yang diharapkan.
Kemunculan ebook ini adalah tepat pada waktunya bagi membantu anda yang masih teraba-raba dengan program Google Adsense ini. Selain pengalaman Labanon sendiri, ebook ini dihasilkan dengan kerjasama beberapa orang pakar adsense tempatan seperti Vince Tan, Liew CF, Syed Ikhwan, Shuth dan beberapa orang lagi.
Saya sendiri telah diberi kesempatan untuk review ebook ini dan saya dapati ianya amat praktikal dan penuh dengan info yang diperlukan untuk berjaya dalam program Google Adsense ini. Apatah lagi ramai ‘otai’ Adsense tempatan turut berkongsi rahsia kejayaan dan pengalaman mereka dalam ebook ini!
Oh ya, sempena pelancarannya, harga istimewa RM15 sahaja ditawarkan untuk 2 hari. Pada hari ketiga harganya akan dinaikkan. Jadi eloklah anda bertindak segera agar dapat berjimat.
Dengan hanya RM15, anda bukan sahaja mendapat ebook 101 Tips Adsense tetapi juga banyak bonus lain yang disertakan. Masih berkira-kira? Dapatkan preview percuma di sini
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini





Selamat Tahun Baru En Sukeri…pasti ada sesuatu yang menarik tentang ebook ni kan so apa komen you..
taza’s last blog post..Lagi Pertanyaan
Saya pun dah dapatkan e-book ini..Dapatkanlah segera dgn harga paling istimewa, tak lama lagi harga akan dinaikkan tau..
kuasadua’s last blog post..Tahun Baru & Azam Baru 2008
Ehm. Masih belum dapatkan lagi. Belum berminat lagi. Tunggu yg dah baca dan buat adsense. Kalau berjaya. Insya-Allah aku cari labanon..
Yeye. Blog aku dah kembali semula!
titan’s last blog post..Rugi RM400 dalam masa 4 Hari?
selamat tahun baru juga Sukeri… 101 adsense tips?! boleh juga tuh
tantan hilyatana’s last blog post..Resolusi seorang tantan hilyatana di tahun 2008
satu persoalan saya, kenapa ramai orang melayu kita seperti titan suka tunggu n lihat. lepas org dah berjaya, mereka akan kata kau dah success boleh le ckp ataupun mereka ketuk kepala lambat ambil pekuang, ubahle sikap tu sikit
Titan ni sebenornya busy dengan net biz yang lain, dia lebih senior dari saya dalam bab ni. Tak semua bisnes sesuai dengan semua orang.
Lagi pun kita kena fokus kepada satu-satu biz dulu sampai berjaya baru buat yang lain. Kalau tak, jadilah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
Dalam net biz penyakit ni dikenali dengan istilah information overloaded. Akhirnya lost tak tau ke mana hala tujuan.
Sukeri’s last blog post..101 Tip Adsense
RM15? Wah.. murah tu.. x setanding dengan 101 tips.. lebih kurang RM0.15 untuk 1 tips..
Best ni..
Encik Dlie’s last blog post..3 Cara Terbukti Anda Boleh Kaya | Panduan Pelaburan
Aku pun dah dapatkan buku ni…tp x abis baca lagi. Hehe..
Syeikh’s last blog post..Fazli Zainal
Waa. Ramai dah beli. Aku je tak beli lagi. Mesti lepas nih korang leh buat duit dengan adsense banyak2. confirmla ramai yg dapat cek kaler hijau nanti..
titan’s last blog post..Rugi RM400 dalam masa 4 Hari?
Sekarang tak main cek hijau lagi, terus cash out kat agen Western Union macam CIMB & RHB. Kalau google bayar hari ni, esok dah dapat cash.
Sebelum ni 2 minggu nak tunggu cek hijau dari California, pas tu tunggu lagi 3 hingga 4 minggu untuk cek tu clear. Aduss..
Sukeri’s last blog post..101 Tip Adsense
wah… makin menarik perhatian berkenaan adsense makesense nih… memang menguntungkan buat duit online nih…
abdfatah’s last blog post..kesihatan : lambang kemakmuran negara
jaga-jaga. kalo titan dah rebut peluang nanti. memang terkebil2 laa menengokkan bukti tunggu dan lihatnya itu akan kebuktian yang akan beliau dapat… nah inilah buktinya dalam blog beliau… tunggu dan lihat buktinya nanti… tak gitu titan…?
kalo takdak fokus memang takleh tunggu dan lihat.grab aje dan terus kecewa… apo gunanya grab dan kecewa berbanding tunggu dan lihat dan terbukti dapat cek hijau…? eh dapat terus dari rhb bank?
abdfatah’s last blog post..lelaki kucing mencari burung
Hehe. AKu tak tumpukan lagi bab Adsense. AKu wat cincai-cincai je. Mungkin dalam masa terdekat aku serius. Nampak ramai dah income power dengan adsense nih..
Haha..kalau dapat. Aku khabarkan kat blog aku. Aku memang suka bagi bukti bab2 gini. Hehe..
titan’s last blog post..After We made Sales, We made Blog!
yeah… gegarkan dengan pembuktian yang jelas dan terang…
abdfatah’s last blog post..kuasalelong untuk pendapatan online?
Aku cuba. Jangan risau ek..
titan’s last blog post..After We made Sales, We made Blog!
cubalah kalo berani… memang berani sungguh dengan cobaan yang cukup maksima itu…
a’s last blog post..cara pantas mengira duit anda?
eBook ni sudah lama, tetapi masih tetap relevant terutamanya bagi para newbie. Ini kerana isi kandungannya tidak tertutup pada satu ruang lingkup (nama pun 101 tip adsense kan). Maknanya, kalau satu hari digunakan untuk memahami dan menguasai 1 tip, nak dihabiskan 101 tip makan masa 3 bulan lebih juga.