Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

16 Julai 5.28 petang anda berpeluang menyemak arah kiblat

Kali ini saya ingin kongsikan panduan yang tidak ada kaitan langsung dengan perniagaan internet dan khusus untuk orang islam sahaja.Kalau mahukan panduan buat duit kali ini memang tak ada, cuma tambah saham untuk bekalan di akhirat nanti.Maaf ya sesekali lari tajuk.Bagi yang dah tau ni tolong sampai-sampaikan mudah-mudahan usaha kita diberkati Allah

SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA’ MATAHARI DI KA’BAH
28 MEI (5.16 PETANG) & 16 JULAI (5.28 PETANG)

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?
Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.

Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak
tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM
(contoh: Waktu di televisyen)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di
tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah
kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut
arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan
jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

PENENTUAN DAN PENYEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI FENOMENA ISTIWA’ UTAMA MATAHARI DI KA’BAH

ULASAN :
Istiwa’ utama matahari di Ka’bah (istiwa a’dzam) merupakan fenomena dimana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. (matahari berada tepat di atas Ka’bah).

Di Malaysia, fenomena ini berlaku 2 kali dalam setiap tahun iaitu pada :-
1. 28 Mei 2006 (5.16 petang)
2. 16 Julai 2006 (5.28 petang)

Bagi masyarakat umum atau imam/nazir masjid dan surau boleh memanfaatkan fenomena ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat samada di rumah, masjid atau surau dan mana-mana tempat sembahyang.

Caranya ialah :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang, sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Ketika Istiwa’ matahari berlaku, bayang objek tegak (yang berlawanan) akan
menunjukkan arah kiblat.
3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, maka bayang tiang
akan jatuh ke arah timur, oleh itu bayang yang menghadap ke arah barat (Ka’bah)
merupakan arah ke kiblat.
4. Setelah semakan dibuat dan jika terdapat sebarang pembetulan, sila berhubung dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor.


Sumber : http://www.mais.gov.my/majlis/index.php?option=com_content&task=view&id=105&Itemid=51


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

14 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by azila
2006-07-07 23:52:59

alhamdulillah terima kasih kerana mengingatkan saya….moga iman kita sesama muslim di redhai oleh Allah…AMIN

 
MyAvatars 0.2
Comment by cikguonline
2006-07-08 08:46:16

Alhamdullilah berguna ni sebagai panduan… rupanya ISTIWA’ ni berlaku 2 kali setahun baru lah tau…

 
MyAvatars 0.2
Comment by Amirr
2006-07-08 15:33:32

terimakasih lah kerana beritau saya pasl nie, memg berguna sbgai panduan..

 
MyAvatars 0.2
Comment by nelly
2006-07-08 17:22:16

terimakasih kerana mengingatkan kami.alhamdulilah saya dah pasing kat org surau tempat saya..

 
MyAvatars 0.2
Comment by hasrul
2006-07-10 00:58:58

alhamdulillah…. terima kasih daripada saya…

 
MyAvatars 0.2
Comment by Labanon
2006-07-10 01:26:22

Tq… ia amat berguna :p

 
MyAvatars 0.2
Comment by smartusaha
2006-07-10 09:10:36

Kiblat.. Mengarah ke arah yang satu.. Terima kasih sukeri. tapi saya ada satu komen:

“walau setepat mana sekalipun arah kiblat yang kita ukur dan mengarah, TAPI, ia seolah tak berguna kalau kita tidak memahami prinsipnya… Mengarah kepada arah yg sama, mengajar kita erti bersatu, menyembah Yang Satu.. Tapi kita tidak bersatu pun… Sebab salah satunya, kita tak menghayati konsep kiblat ni… Kita berpecah-belah, nak kaya sorang, nak senang sorang, suka lihat orang susah.. Padahal kalau kita menghayati pengajaran di sebalik arah kiblat yang satu ni, insyaAllah kita kuat.”. :)

Dalam perniagaan internet, kita tak boleh sorang-sorang… Kena ada komuniti, rangkaian dan kerjasama..

Maaflah, dalam apa2 pandangan saya, saya tetap selitkan dan kaitkan dengan perniagaan internet.

Kerana, ISLAM ITU SYUMUL…. ;)

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-07-10 09:35:35

Terima kasih pada semua yang memberi komen juga hasrul yang memberi pandangan yang baik untuk kita amalkan.Mudah-mudahan kita dapat bekerjasama dan bergabung tenaga.Buat masa ni saya hanya bekerjasama dengan beberapa orang internet marketer sahaja, maklumlah siapa nak pandang orang baru macam saya.Dimasa akan datang harap dapat bertukar idea dgn sesiapa sahaja tak kira otai atau yang lebih newbie dari saya.Boleh saja melalui blog ini atau email, semoga industri perniagaan internet di negara kita akan berkembang dengan baik.Malaysia boleh….

 
MyAvatars 0.2
Comment by nooradila hashim
2006-07-10 15:03:27

assalamualaikum… terima kasih kepada saudara krn memberikan info terkini ttg memperbetulkan arah kiblat. sy menghargainya dan jika terdapat pelbagai info ttg Islam sy berharap saudara dpt emel kan kpd sy keran sy amat berminat dgnnya. teruskan perjuangan anda. moga2 dgn perjuangan ini akan memberikan keberkatan dlm hidup saudara. wslm….

 
MyAvatars 0.2
Comment by Ros
2006-07-12 12:11:15

assalamualaikum…kepada saudara Sukeri, terima kasih banyak-banyak kerana menyebarkan maklumat ini kepada saya, saya masih belum terlambat untuk mengetahuinya…insya Allah saya akan sebarkan berita ini kepada kawan2 dan orang kampung saya :-) moga kita semua diberkati Tuhan yang Maha Esa…. AMIN!!!..

 
MyAvatars 0.2
Comment by along_vtx
2006-07-12 13:42:04

en sukeri,tanda arah yang betul dapat membawa kita ke arah yang benar…tarikh 16 tu adalah hari lahir saya & minta rakan2 doakan agar saya berada di arah yang benar di dalam internet biz ini.Doa saya tetap bersama kalian.Amin…

 
MyAvatars 0.2
Comment by amirsabri
2006-07-14 12:30:03

tkasih, moga anda dirahmati dan dberkati

 
MyAvatars 0.2
Comment by anis adibah hashim
2006-07-20 09:47:27

t.kasih abg sukeri, selama ni anis tak pernah didedahkan dengan cara tradisional menentukan arah kiblat ni. tapi skrg anis sudah tahu dan insyaallah anis akan praktikkan sekiranya terdesak dan ingin mengetahui arah kiblat. thanks a lot.

 
MyAvatars 0.2
Comment by rasyiqah
2006-07-23 11:18:58

terima kasih

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson