Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Menjana Pendapatan Dengan Blog

Blog adalah laman web berupa diari di internet yang sentiasa dikemaskinikan dengan pelbagai cerita, pendapat, peristiwa, dan sebagainya.
Blog mempunyai pelbagai ciri menarik yang mudah dilaksanakan pemilik blog. Ciri-ciri adalah seperti mengemaskini isi kandungan, memberi komentar dan pendapat, berhubung antara pengguna laman web, dan juga membina jaringan laman web.

Hasil kajian menunjukkan peratus pengaruh pengguna laman web pada blog meningkat setiap bulan.

Bagaimana cara wang dihasilkan daripada blog?
1. BLOG membantu di dalam pemasaran di internet. Blog dapat mengeratkan perniagaan anda dengan pengguna internet di mana mereka dapat mengenali anda dengan lebih dekat lagi.

2. Di Malaysia, penulis novel, pelakon, penyanyi, dan para usahawan sudah mula menceburi penulisan blog ini. Hasilnya adalah menguntungkan di mana promosi mereka amat berkesan menerusi blog.

3. Blog yang bersifat interaktif membolehkan pengguna internet yang berminat baik dengan produk / perkhidmatan yang diberikan ataupun dengan pemilik laman web itu mengeratkan hubungan di antara pengunjung dengan pemilik blog.

4. Blog sentiasa dikemaskinikan. Maka sudah pasti pengunjung yang berminat akan terus datang setiap hari melihat sesuatu yang baru. Anda tidak perlu memberitahu mereka selepas anda melakukan pengemaskinian kerana pasti pengunjung anda akan datang semula ke blog anda.

5. Blog juga berupa harta intelek anda. Anda dapat menulis sesuatu perkara bagi dikongsikan bersama pengunjung blog anda. Dengan adanya artikel-artikel hasil penulisan anda, blog anda mempunyai lebih maklumat dan dapat menarik pengunjung .

6. Blog membina kredibiliti. Anda menjadi pakar dengan apa yang anda tulis di dalam blog.

7. Blog dapat membina keyakinan pengunjung dengan apa yang anda tulis. Sudah pasti isi kandungan yang dikenali sebagai ENTRY sedikit sebanyak dapat meyakinkan pembaca blog anda dengan apa yang anda bincangkan.

8. Blog mempunyai komuniti yang besar. Blog dapat membina jaringan perniagaan anda dengan mudah. Ia memberi kesan yang besar di dalam pemasaran viral.

9. Blog adalah PERCUMA.

10. Syarikat menyediakan perkhidmatan blog sudah sedia popular. Maka blog anda juga akan turut popular kerana setiap blog yang wujud mempunyai pautan terus dengan syarikat itu.

Sepuluh faedah sudah disenaraikan jika anda mempunyai blog. Blog dapat menjadikan minat di samping anda menjana untung.

Contoh-contoh syarikat yang menawarkan perkhidmatan blog adalah seperti:
http://www.blogger.com
http://www.blogdrive.com
http://www.livejournal.com
http://www.diaryland.com

Contoh-contoh blog:
http://www.sukeri.com (he..he..he tau ler)
http://kerjadarirumah.blogspot.com/
http://www.biznezzopps.com/how-to-make- money-fast/
http://recruitaffiliates.blogspot.com
http://www.darrenbarefoot.com

Anda dapat memulakan blog perniagaan anda. Anda dapat membuat pautan blog anda dengan laman web perniagaan anda dengan memberi nama E-ZINE, NEWSLETTER ataupun TIP dan CARA berkenaan dengan apa jua yang ada kaitan dengan laman web anda.

Ingat, pengaruh blog semakin meningkat setiap hari. Begitu juga penulis blog. Anda seharusnya tidak melepaskan peluang ini di dalam memasarkan produk/perkhidmatan perniagaan anda.

—–

Sumber : Buku 15 Teknik Efektif Internet Marketing yang boleh dibeli dari myorionet.com/buku

Start Small Finish Big

Terima kasih kerana membaca laman ini, tapi sebelum saya menjual kepada anda sesuatu (Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet) saya nak berkongsi kepada anda beberapa tips.

Sekarang ni, ramai orang hairan;Berniaga di Internet tanpa produk, tanpa modal dan segalanya… Ramai orang tertarik.Terpukau.

Pembaca sekalian, apa susahnya berniaga tanpa produk, tanpa modal. Jika anda mahu, sekarang juga saya boleh tunjukkan kepada anda caranya. Benar, tanpa produk, tanpa modal.

Tapi persoalannya, adakah perniagaan Internet anda tersebut boleh kekal lama?

Apakah yang anda mahu dari perniagaan Internet anda? Setahun, 2 tahun hidup selesa? Atau anda mahu bertahan lama sehingga generasi seterusnya? Ya. perniagaan Internet yang sebenar!

Biar saya jelaskan sedikit lagi. Jika anda hendak berniaga tanpa produk, boleh. Tiada masalah. Tapi kenapakah anda berbuat demikian? Sebab anda memang tiada idea nak menjual apa atau sebab anda hendak mudah?

Kalau anda dah tiada idea nak jual apa, tiada masalah. Teruskan.Tapi! Kalau anda hendak mudah, itulah yang salah. Mentaliti tersebut tidak akan menyebabkan perniagaan internet tahan lama. Maaflah, saya jujur dan berterus terang. Benar atau tidak apa yang saya kata?

Keduanya, ada pula mat salleh yang berjanji menunjukkan kepada kita cara memulakan perniagaan Internet kurang dari US$500. Saya kata, itu mudah. Saya memang akan tunjukkan anda cara bagaimana memulakan perniagaan Internet kurang dari 500 ringgit. (Ringgit Malaysia bukan US$) Malahan, kurang dari 100 ringgit pun boleh. No catch.

Jadi, saya berharap anda usahlah terpukau dengan janji2 manis serupa itu.Sekarang saya akan bercerita pula mengenai apa yang penting dalam perniagaan internet.

Apa yang penting dalam perniagaan Internet adalah daya tahan. Sejauh mana perniagaan Internet anda mampu bertahan? Jika anda menjual produk, mampukah anda lawan peniaga dari negara China? Jika anda jual perkhidmatan, mampukah anda lawan penjual dari negara India? Jika anda menjual produk berjenama, mampukah anda lawan penjual dari Amerika Syarikat?

Jangan agak-agak… Pasti boleh?

Saya menganggap, perniagaan Internet ni sebagai satu bentuk pelaburan. Pelaburan yang lumayan. Dengan hanya bermodal seratus ringgit, anda boleh mendapat pulangan ribuan ringgit, sebulan. Ya, sebulan jika kena caranya. Bahkan ada yang bermula dari kosong.

Namun persoalan yang timbul, adakah anda komited? Adakah anda boleh melalui jalan dan menggunakan panduan yang telah disediakan.

Ada banyak cara untuk mendapatkan kebebasan kewangan dan mendapatkan pendapatan tambahan. Salah satunya melalui perniagaan internet.

Jika anda boleh komited, anda boleh menghadiri seminar ini. Anda boleh teruskan dengan membaca butiran lanjut mengenainya dengan Klik di sini.

Jika anda tidak boleh beri komitmen tersebut (walaupun sudah ada panduan) tawaran ini jelas bukan untuk anda. Anda tidak digalakkan menghadiri seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet ini.

Jual Diri Anda Dulu Sebelum Menjual Produk

Ramai pendatang baru di internet memasarkan produk dengan tiada
perancangan dan melulu.

Tahukah anda jika anda menjual sesuatu produk, terdapat berpuluh
atau beratus orang lain lagi yang menjual produk yang sama dengan
anda atau lebih teruk mereka menjual produk yang lebih baik.

Bukan mudah untuk meyakinkan pelanggan membeli produk lebih-lebih
lagi secara online. Sedangkan secara konvensional, anda akan
membeli atau mendapatkan servis seboleh-bolehnya dari orang yang
anda kenali.

Tak kira untuk mendapatkan insurans perlindungan anda, melabur
dalam unit trust, membeli barangan, anda lebih menjurus untuk
mencari seseorang yang anda kenal dan boleh percayai.

Begitu juga dengan internet. Pelanggan tidak akan senang-senang
terus membeli dari anda. Jadi apa yang harus anda lakukan? Jual
reputasi anda. Jadikan mereka percaya kepada anda dan membeli
melalui anda.

Nampak mudah bukan? Sebenarnya cara ini tidaklah mudah tetapi
berbaloi jika dilakukan. Anda membina reputasi dan kredibiliti
dalam bidang anda. Jika anda menjual produk kecantikan, anda
hendaklah menunjukkan yang anda mahir dalam bidang tersebut.

Bagaimana melakukannya? Ada beberapa cara dan yang paling
baik ialah dengan menulis artikel atau laporan ringkas tentang
bidang yang anda mahir.

Artikel tersebut mungkin menyentuh hanya sebahagian daripada bidang
anda dan anda boleh letakkan maklumat perniagaan, produk dan diri
anda pada akhir artikel tersebut.

Contoh jika anda dalam bidang kecantikan, mungkin anda boleh
menceritakan tentang “10 tips menjaga kecantikan wajah dan
mengelakkan kulit berkedut”.

Artikel ini boleh
1. Dihantar kepada laman web berkaitan yang inginkan artikel
sebagai bahan rujukan pelawat
2. E-mail kepada mailing list anda
3. Jadikan sebagai fail PDF untuk orang ramai download dan baca
4. Hantar kepada ‘article directory’ seperti goarticles.com,
ezinearticles.com, articlecity.com (untuk bahasa inggeris)

Ingat, semakin kerap artikel anda dibaca dan nama anda keluar di
internet, semakin yakin bakal pelanggan anda dengan reputasi anda
dan lebih mudah untuk anda menjual servis dan produk anda kepada
mereka.

—————————————-

Sumber : Laman Web ez-steps.com/pemasaran

Awas !!! Penipuan di Internet

http://penyiasat-siber.matzfain.com

Pernahkah anda ditipu dengan program buat duit atau skim cepat kaya melalui internet.Kini terdapat satu laman web yang dapat membantu anda semua dalam aspek mengurangkan risiko ditipu secara online.

Kini semakin ramai pengusaha berlumba-lumba untuk menjadi kaya tanpa mengendahkan moral dalam etika perniagaan yang sebenar sehingga sanggup menipu untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda.

Saya rasa tidak ramai yang tahu apabila anda membeli barangan walaupun bernilai RM10.00 sahaja, mereka boleh menjadi kaya dengan duit-duit anda walaupun bagi anda rugi RM10.00 bukanlah nilai yang besar. Bayangkanlah jika mereka dapat menipu lebih sejuta pengguna internet seperti kita, tak mustahil mereka akan bergelar jutawan.

Sebenarnya tujuan laman web anti penipuan internet ini dibina bukanlah untuk menyekat sumber rezeki pengusaha-pengusaha internet, tetapi untuk membela hak-hak pengguna internet supaya tidak mudah terpedaya dengan penipuan ini. Sebarang aduan akan disiasat secara terperinci dahulu sebelum disenarai hitamkan laman web yang menipu pengguna ini.

Jom kongsi pengalaman anda untuk membantu sesama insan.Semoga dapat membuka mata anda semua untuk membela hak-hak anda sebagai pengguna internet.Laman web ini masih baru dan perlukan sokongan anda semua untuk dijadikan rujukan bersama.Jadi, berikan sokongan anda dengan membuat aduan yang tulen.

Link ke laman web tersebut ialah :

http://penyiasat-siber.matzfain.com

Seminar Perniagaan Internet

Saya telah membeli dan membaca sebuah buku hebat mengenai perniagaan internet.Nak tahu buku apa? Bukunya adalah “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang dikarang oleh 2 anak muda, Wan Mohd Syazwan dan Sabri Hassan.

Buku Buat Duit Dengan Internet

Ia adalah terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Memang top class! Satu kelebihan nyata, buku tersebut mempunyai VCD yang tidak pernah ada pada mana-mana buku sebelum ini.VCD yang diselitkan bersama buku tersebut secara jelas menunjukkan satu persatu cara-cara membina laman web, dan paling bestnya…bagaimana nak menerima pembayaran kad kredit dalam laman web kita! What the goodness!

Memang paling berbaloi jika anda baru hendak memulakan perniagaan internet.

Hebat, sampaikan saya terlalu gembira apabila mereka akan mengadakan workshop pertama kalinya di Berjaya Times Square Hotel & Convention Center pada 8 Julai 2006. Dengar khabarnya mereka buat kejutan dengan menawarkan tiket workshop tambang murah (sebijik macam AirAsia), siapa cepat dia dapat! Ramai yang sudah menempah, bagaimana dengan anda?

Cepat jika anda ingin mempelajari bagaimana membina sebuah perniagaan internet global, daftarlah ke workshop mereka.Ini linknya :

http://www.pendapataninternet.com/seminar-internet.htm


Satu perkara lagi, anda juga berpeluang buat duit melaluinya

KOMISYEN RM50

bagi setiap peserta melalui anda!!

Bagaimana? Mudah sahaja. Anda tetap diberi peluang lain jika tidak berpeluang untuk ke seminar tersebut. Jana RM50 bagi setiap peserta yang mendaftar dan membayar.Sila klik link di bawah untuk mendaftar sebagai Agen Online mereka:

DAFTAR AGEN SILA KLIK DI SINI

Next Page »

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson