Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Perniagaan Mail Order, Berbaloikah Anda Mencubanya?

Perniagaan mail order atau melalui pos adalah menyeronokkan dan mudah dilakukan sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa. Lebih-lebih lagi, ia dapat memberikan anda keuntungan yang tinggi. Malah anda boleh menjadi kaya hasil daripada perniagaan yang unik ini. Tetapi, ia memerlukan masa dan usaha yang tidak sedikit.

Kita tidak dapat kaya dalam jangka masa yang singkat.Sedar atau tidak, perniagaan mail order telah wujud lebih lama daripada perniagaan internet dan internet itu sendiri, yang mana, pada masa kini Internet hanyalah sebagai salah satu daripada kaedah hebahan kepada umum.

Seorang usahawan Internet,Michael Dell menjadi jutawan melalui perniagaan mail order, dan bukannya perniagaan Internet. Ketika beliau mula menjual komputer keluarannya “DELL”, kemudahan Internet belum lagi meluas. Oleh itu, mail order menjadi pilhannya.

Mail order membolehkan anda bekerja hanya daripada rumah, membeli-belah daripada rumah dan melakukan segala-galanya daripada rumah. Malahan televisyen juga melakukan mail order, seperti rancangan SmartShop dan lain-lain seumpama dengannya.
Lakukan perniagaan ini secara berterusan dan jangan jemu-jemu. Di sini lima perkara yang anda perlu lakukan supaya berjaya dalam perniagaan mail order:

1#: Dapatkan pengiklanan yang murah
Anda tidak boleh dan tidak digalakkan mengiklankan dalam ruangan iklan yang mahal. Terdapat akhbar-akhbar yang menawarkan pengiklanan yang murah. Jika anda mengiklankan produk dan perkhidmatan dalam pengiklanan yang besar dan mahal, dikhuatiri anda tidak sempat dan tidak berupaya mendapatkan keuntungan yang sewajarnya. Buat permulaan, iklankan secara kecil-kecilan terlebih dahulu.

2#: Piramidkan keuntungan anda
Maksud piramidkan keuntungan adalah anda menggunakan separuh daripada keuntungan bersih bagi mengiklankan dengan lebih kerap dan banyak. Iklankan di dalam akhbar serta majalah yang berlainan. Jangan cepat hendak mendapatkan keuntungan. Ia perlu bergerak secara bertahap sehingga anda dapat meraih keuntungan yang tinggi.

3#: Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah berlainan
Cubalah anda iklankan dalam pengiklanan yang berlainan. Apabila anda mendapat keuntungan, selain anda mengiklankan di dalam akhbar-akhbar yang sedia ada, anda boleh mengiklankan di dalam akhbar yang belum pernah anda iklankan. Selepas itu, carilah majalah yang belum pernah anda iklankan. Apabila keuntungan anda sudah berlipat ganda, perniagaan anda kerap keluar dalam iklan akhbar, maka bolehlah anda mengiklankan pada ruangan yang lebih besar. Saudara Hamidan Salehan, pengasas Dinamic Mail Enterprise kin, berupaya mengiklankan produk dengan menggunakan satu ruang penuh. Contohnya, dalam akhbar Mingguan Perdana. Tidak hairanlah, pendapatan secara purata ialah RM50,000 setahun.

4#: Iklankan produk lain
Anda boleh melipatgandakan keuntungan dengan mengiklankan produk yang lain pula. Lakukan langkah 1 hingga langkah 3 dan lihat hasil keuntungannya. Anda berhak mengiklankan beberapa produk yang anda sukai. Tetapi buat permulaan, cukup hanya satu produk sahaja. Setiap langkah perlu perlahan tetapi bertahap.

5#: Jangan takut kepada kesilapan
Kesilapan adalah bibit-bibit kejayaan. Belajar daripada kesilapan. Perniagaan mail order adalah perniagaan yang membolehkan anda menjadi kaya, tetapi secara bertahap. Bukan kaya cepat. Cepat kaya, cepatlah jatuh. Betulkan segala kesilapan dan jangan ulangi kesilapan yang sama.

Walaupun mail order tidak begitu popular dan kurang diperbincangkan jika dibandingkan dengan perniagaan Internet, jangan memandang rendah kebolehannya!

Di Malaysia, ia boleh menjadi perniagaan yang baik oleh kerana masih ramai lagi yang ragu-ragu membuat pesanan menggunakan kad kredit secara online. Kini terdapat sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan melalui mail order dan pendapatan dari situ sahaja mencecah 5 angka sebulan!

Berita baiknya anda kini boleh mempelajarinya dari syarikat tersebut.Malah sistemnya telah dipertingkatkan berbanding perniagaan mail order biasa.Pada kacamata usahawan internet seperti saya ianya tak ubah seperti sistem affiliate yang mana bukan saja boleh dilakukan secara online tetapi juga secara offline dengan affiliate id anda!!.

Sekiranya berminat anda boleh klik di sini dan dapatkan ilmu dan sistemnya sekaligus.

Awas Pengguna Prepaid Celcom !!!

Pagi ni saya menerima mesej berikut dari 0195181493:

FWD 019+013; Pelanggan yg dihargai,RM30 Kredit Panggilan Percuma telah dikreditkan ke akaun anda.Untuk kod pengaktifan akaun,taip 7 & hantar ke 10195181493

Mesej tersebut sebenarnya SCAM / penipuan untuk mencuri kredit Celcom saya.Saya adalah pengguna postpaid, jadi dia telah tersilap orang.Aduan juga telah saya buat kepada Sedania Media Group dengan cara menghantar sms ke 33009.Aduan juga boleh dibuat melalui email info@idot.tv

Berikut adalah sms yang saya terima selepas membuat aduan:

Terima Kasih diatas maklumat yg diberikan.Sila simpan SMS palsu yg diterima utk tindakan selanjutnya

Oleh itu saya ingin berpesan kepada semua rakan terutamanya pengguna prepaid Celcom melakukan tindakan yang sama sekiranya anda menerima mesej seperti ini.Anda juga sebenarnya berpeluang menerima hadiah jika bekerjasama menghapuskan kegiatan SCAM ini.Berikut adalah petikan dari laman web http://ok-lah.blogspot.com/2006/06/celcom-scam.html

Celcom Scam
Some unique messages on my handphone recently:

TAHNIAH-Anda telah t’pilih utk menerima bonus p’gilan percuma sbnyk RM50 drpd CELCOM. Utk m’aktifkan RM50 ke akaun anda, silataip 08 & hantar ke 10133934236.TQ

TAHNIAH…Anda telah menerima kredit panggilan percuma RM50, sempena ulang tahun CELCOM ke 29. Untuk mengaktifkannya sila taip 7 dan hantarkan ke 10199927191.TQ

Roughly translated into English, both messages mean:

You have won RM50 from CELCOM blah blah, please type (amount) and send to (phone number).

CELCOM’s Airtime Share service (ASS) is quite useful especially in times of emergency when the prepaid airtime credit has run out. The person could then send a request to a friend or family member (celcome prepaid user) for airtime credit.

However, scammers are abusing this system, asking credit from strangers using tricks like those given above.

The Sedania Media Group (SMG), which is the provider of the Airtime Transfer Solution, is offering a reward of up to RM2,000 for any information leading to the successful arrest and conviction of these perpetrators.

Prepaid mobile phone users who receive such suspicious messages can report them through SMS (33009) or e-mail (info@idot.tv).

————————————————————–

Jimat Prepaid

Domain Termurah di Pasaran (Malaysia)

Hanya lapan ringgit untuk domain name dan tambah dua ringgit lagi untuk hosting 20MB.Bermakna dengan hanya sepuluh ringgit anda sudah boleh memiliki laman web sendiri.Murah bukan.

Tapi jangan fikir lama-lama kerana tawaran ini terhad sehingga 31hb Julai ini sahaja.Jadi jangan lepaskan peluang ini.Cepat tempah sekarang di http://www.hafiz.peng-u.com/Malaysia_Cheap_Domain_Registration.html

Sebenarnya tawaran ini terbuka kepada pelawat Blog Hafiz sahaja tetapi Hafiz telah memberikan kebenaran kepada saya untuk tolong hebohkan.Hanya sepuluh ringgit sahaja untuk setahun anda memiliki domain dan hosting sendiri, kalau buat web untuk perniagaan macam anda sewa kedai selama setahun dengan sepuluh ringgit sahaja!!!.Inilah masanya untuk melancarkan perniagaan internet anda.

Jangan bimbang kalau tak tau buat website, anda boleh pelajarinya kemudian dengan VCD Cara Buat Web, yang penting anda rebut peluang ini yang mungkin datang sekali sahaja.Jangan terpedaya dengan harga yang murah dan bimbang tak berkualiti.Saya sudah mendapatkannya, perkara pertama yang saya perasan servernya lebih pantas berbanding hosting lain yang saya sewa dari dalam dan luar negara.

Oklah tak perlu cerita panjang lagi.Kata Dr Fadzilah Kamsah, orang lain buat duit, kita buat alasan.Anda yang mana satu?.Sepuluh ringgit sahaja.Anda boleh klik link di bawah:

http://www.hafiz.peng-u.com/Malaysia_Cheap_Domain_Registration.html

16 Julai 5.28 petang anda berpeluang menyemak arah kiblat

Kali ini saya ingin kongsikan panduan yang tidak ada kaitan langsung dengan perniagaan internet dan khusus untuk orang islam sahaja.Kalau mahukan panduan buat duit kali ini memang tak ada, cuma tambah saham untuk bekalan di akhirat nanti.Maaf ya sesekali lari tajuk.Bagi yang dah tau ni tolong sampai-sampaikan mudah-mudahan usaha kita diberkati Allah

SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA’ MATAHARI DI KA’BAH
28 MEI (5.16 PETANG) & 16 JULAI (5.28 PETANG)

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?
Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.

Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak
tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM
(contoh: Waktu di televisyen)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di
tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah
kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut
arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan
jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

PENENTUAN DAN PENYEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI FENOMENA ISTIWA’ UTAMA MATAHARI DI KA’BAH

ULASAN :
Istiwa’ utama matahari di Ka’bah (istiwa a’dzam) merupakan fenomena dimana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. (matahari berada tepat di atas Ka’bah).

Di Malaysia, fenomena ini berlaku 2 kali dalam setiap tahun iaitu pada :-
1. 28 Mei 2006 (5.16 petang)
2. 16 Julai 2006 (5.28 petang)

Bagi masyarakat umum atau imam/nazir masjid dan surau boleh memanfaatkan fenomena ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat samada di rumah, masjid atau surau dan mana-mana tempat sembahyang.

Caranya ialah :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang, sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Ketika Istiwa’ matahari berlaku, bayang objek tegak (yang berlawanan) akan
menunjukkan arah kiblat.
3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, maka bayang tiang
akan jatuh ke arah timur, oleh itu bayang yang menghadap ke arah barat (Ka’bah)
merupakan arah ke kiblat.
4. Setelah semakan dibuat dan jika terdapat sebarang pembetulan, sila berhubung dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor.


Sumber : http://www.mais.gov.my/majlis/index.php?option=com_content&task=view&id=105&Itemid=51

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson