Beli domain & hosting pada tempat yang sama atau berlainan.Mana yang lebih baik?
Blog sukeri.com telah berpindah server hosting.Ya, kalau ada yang tidak dapat akses ke blog ini lebihkurang satu jam malam tadi semasa dua rancangan hangat disiarkan di RTM, TV3 dan Astro Ria,apalagi kalau bukan temuramah dengan Mawi dan Ina dan juga majlis persandingan Siti Nurhaliza & Datuk K adalah kerana saya sedang sibuk memindahkan blog ini ke hosting baru sambil mencuri dengar rancangan TV tu….he..he
Kini anda boleh akses ke blog ini dengan lebih pantas dengan hosting baru ni, memang lebih pantas jika anda perasan dan lebih jelas bagi saya melihatnya semasa membuat proses upload dan download menggunakan perisian FTP.Kenapa nak pindah?..Hosting yang lama tu rasanya semakin slow dan dua web perniagaan internet saya dah tiga hari tak dapat di akses hingga hari ini.Menurut taukenya server dia kena sabotaj..ish..ish..ish, jahat sungguh depa ni.Tak de kerja lain agaknya.Dah la web popular Zul Smartusaha asyik kena hack.Cemburu agaknya pasal dia tak dapat ranking yang baik kat search engine.
Tapi apa pun puncanya, bagi pelanggan seperti saya no access = no income, satu dari web perniagaan tu adalah adsense.Aduh… dah 3 hari dapat telur ($0.00) jer sedangkan biasanya ia dapat menjana antara $1USD hingga $5USD sehari dan saya tak mampu berbuat apa-apa untuk membetulkannya.Satu yang saya pelajari, elok beli domain name dan hosting dari tempat yang berbeza.
Seperti domain sukeri.com ni saya dapatkan dari godaddy.com dan hosting barunya yang lebih pantas ni di http://peng-u.net Jadi bila server yang lama tu bermasaalah terus saya tukarkan dns setting pada domain sukeri.com untuk point ke server yang baru.
Cuma yang malangnya dua web perniagaan yang kantul tu domain & hosting pada pihak yang sama, tak bolehlah saya buat apa-apa atau saya yang tak tahu macam mana nak buat.Kalau ada yang tahu tu, minta tolong…Satu lagi kesilapan saya ialah tidak buat backup untuk web adsense tu, harapnya masaalah ni tidak menjejaskan databasenya.Arrrgh…nasib la,sendiri mau ingat.Yang baiknya anda dapat belajar dari kesilapan saya.






