Panduan Membina Blog Wordpress Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Kad Kredit Tanpa Riba & Peluang Buat Duit

Berita baik untuk anda, kini Bank Islam memberikan satu peluang kepada kita untuk memiliki kad kredit tanpa RIBA sekaligus peluang menjana pendapatan.

Mungkin anda dah ada kad kredit, jadi nak buat lagi?

Anda boleh memindahkan baki dari kad kredit semasa ke kad kredit bank islam dan hutang anda kini tidak lagi dibebani faedah yang tinggi akibat RIBA.

Bagaimana nak buat duit dengan kad kredit bank islam?

Anda boleh mendaftar secara percuma di kadbankislam.com untuk menjadi affiliate kad bank islam kemudian sebarkan maklumat ini melalui link affiliate anda.

Jom dapatkan kad kredit bank islam, selain berpeluang mendapat komisyen anda juga akan mendapat kelebihan-kelebihan lain yang diberikan oleh kad kredit bank islam seperti :

Berlandaskan Syariah, Tiada Riba
Kad Bank Islam adalah berlandaskan syariah, tiada unsur - unsur Riba ( Faedah ) dan Gharar (ketidaktentuan).

Tiada Caj Faedah Berganda
Tidak seperti kad kredit konvensional, Kad Bank Islam tidak mengenakan sebarang caj keuntungan berganda. Ini bererti pemegang Kad Bank Islam akan menikmati penjimatan keuntungan sebanyak 1.6 % setahun.

Caj Pengeluaran Tunai RM 12
Caj serendah RM 12 dikenakan untuk pengeluaran wang tunai RM 1000 atau sebahagian daripadanya di semua cawangan ATM Bank Islam.

Rebet Keuntungan hingga 2.5 % p.a
Program Rebet Keuntungan antara 0.5 % - 2.5 % setahun yang akan dikreditkan terus ke akaun anda setiap bulan secara automatik.

Keuntungan Tetap, Tidak Berubah
Berbeza dengan kad kredit konvensional, Kad Bank Islam menawarkan keuntungan tetap dan tidak berubah, tidak seperti kad kredit konvensional yang menawarkan keuntungan yang tidak tetap dan berubah.

Kemudahan Pindahan Baki
Hanya RM 6.20 untuk setiap kali pindahan baki dibuat tidak kira jumlah pindahan / amaun. Tiada caj keuntungan dikenakan hingga tarikh akhir pembayaran. Jumlah baki yang dipindahkan mestilah tidak melebihi had pembiayaan pemegangan kad.

Teknologi Cip Keselamatan Terkini
Kad Bank Islam menggunakan teknologi cip keselamatan terkini. Menerima anugerah Platinum oleh MasterCard Asia

Anda boleh mendaftar secara percuma di kadbankislam.com

UPDATE : NOTIS PENTING

Dimaklumkan bahawa www.KADbankislam.com adalah laman web tidak sah dan Pusat Kad Bank Islam (BICC) tidak pernah melantik syarikat tersebut sebagai ejen untuk melaksanakan sebarang urusniaga.Maklumat lanjut sila rujuk :

http://www.bankislam.com.my/cms/default.asp?cms_articleID=238

Selamat Hari Raya

Tiada kata seindah zikir, tiada bahasa seindah Al-Quran, tiada bulan seindah Ramadhan.Untuk itu kuhulurkan kedua tangan memohon maaf untuk tulisan yang terlanjur, janji yang terabai, hati yang berprasangka & kata yang menyakitkan hati.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog ini.Semoga anda ceria bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.Terimalah pantun raya ni.

Adik manis berbaju raya
Rendang ketupat semua sedia
Gurau senda tersalah kata
Ampun dan maaf yang kupinta

5 Kesilapan Pemasaran & Cara Mengelakkannya

Kesilapan Pemasaran #1 :
Cuba membuat jalan baru walaupun orang lain sudah membina lebuhraya

“Don’t reinvent the wheel” atau jangan cuba mencipta roda baru (tiada roda lain yang boleh menggantikan roda yang wujud pada hari ini!). Buat kajian anda sendiri. Apa yang berkesan sebelum ini dan yang penting apa yang berkesan pada masa sekarang.

Perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah kaji semula segala promosi yang telah dijalankan dan hasil yang dicapai sebelum ini. Perkara kedua ialah dapatkan dan baca iklan atau promosi orang lain dan lihat apa yang dilakukan oleh mereka. Ini bakal memberi kelebihan kerana anda boleh melihat dari pelbagai sudut dan mengenalpasti strategi pemasaran yang berkesan. Anda mesti belajar untuk merendah diri dan berani belajar daripada orang lain untuk berjaya. Apabila anda melihat sesuatu yang berjaya, cipta yang lebih baik daripada contoh tersebut.

Kesilapan Pemasaran #2:
Menulis kata-kata penyedap dan bukannya memberi faedah mengapa orang mesti membeli produk anda

“Sesungguhnya kami akan lakukan yang terbaik untuk anda”. Apabila seorang penjual e-book cuba menyakinkan anda dengan kenyataan tersebut, adakah anda akan terus mengeluarkan kad kredit dari dompet anda? Sudah tentu tidak.

Jadi apa yang boleh anda tawarkan?

Okay, bagaimana dengan sampel bab percuma. Atau jaminan wang akan dipulangkan dalam 30 hari jika tidak berpuashati. Atau testimoni dari pelanggan anda. Anda juga boleh menulis satu laporan yang menceritakan kepada prospek bagaimana anda dapat idea untuk menulis e-book berkenaan… Adakah ianya berkesan? Sudah tentu. Dan ingat…

Jangan bimbang jika anda terlebih cakap dalam iklan anda kecuali iklan anda membosankan.

Dan jangan tunjukkan mimik muka hairan bahawa orang tidak akan membaca surat yang panjang. Menurut Gary Halbert seorang lagenda pemasaran, syarat yang perlu untuk setiap teknik pemasaran ialah…

Lebih banyak anda beritahu, lebih banyak anda menjual.

Kecuali : Anda menulis dengan teruk!

Kesilapan Pemasaran #3:
Memikirkan bahawa pelanggan anda adalah lebih bijak daripada anda

Apabila menjual, jangan gunakan ayat yang panjang kerana ianya boleh mengelirukan pelanggan anda. Gunakan perkataan yang ringkas. Gunakan perenggan yang pendek, walaupun anda menulis kepada peguam atau doktor. Gunakan bahasa yang mudah. Walaupun pelanggan anda boleh membaca ayat yang canggih, mereka lebih suka membaca ayat yang mudah difahami.

Oleh itu jadikan ianya mudah, ringkas dan ingat…

Pelanggan anda tidaklah begitu bijak seperti yang anda fikirkan

Kesilapan Pemasaran #4:
Melupakan bahawa kebanyakan orang pernah “terkena” pada masa yang lepas. Akhirnya mereka tidak percaya dan merasa ragu-ragu dengan tawaran anda

Terdapat 3 sebab mengapa orang (mereka yang mempunyai wang) tidak membeli apa yang anda tawarkan:

Pertama, mereka memang tidak berminat dengan apa yang anda tawarkan

Kedua, mereka tidak nampak kebaikan membeli produk yang anda jual

Dan ketiga, mereka tidak membeli kerana mereka tidak percaya produk yang anda jual akan mengubah hidup mereka. Dengan kata lain mereka tidak percayakan anda.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberi keterangan yang penuh. Keterangan sepenuhnya mengenai jaminan bahawa mereka boleh mendapat wang mereka semula jika produk anda tidak seperti yang mereka fikirkan. Keterangan sepenuhnya mengenai kos anda, mengapa anda menjual pada harga yang murah atau mahal. Berikan testimoni daripada pelanggan yang pernah membeli daripada anda, berikan sampel percuma. Yang penting anda buatkan mereka percaya dengan tawaran anda.

Kesilapan Pemasaran #5:
Tidak meminta pertolongan, terutama daripada mereka yang mempunyai perniagaan yang sama dengan anda

Jangan segan untuk minta nasihat daripada orang lain. Orang yang berjaya biasanya suka menolong dan memberi bimbingan kepada orang yang memerlukan. Telefon atau e-mel mereka yang berjaya dalam bidang yang sama dengan anda, dan tanya bagaimana mereka boleh menolong menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Ingat.. anda bukannya keseorangan, dan orang lain pernah melalui jalan yang anda lalui. Dan…

Hampir semua masalah yang anda hadapi, telahpun diselesaikan oleh orang lain

Ingat 5 kesalahan pemasaran, ianya mungkin jawapan kepada kejayaan anda!

Sumber : Syed Akil, http://tinyurl.com/fv9r9

Bagaimana Mengenali Taktik Seller di Web Lelongan

Internet sebenarnya telah membuka lembaran baru didalam era pemasaran perniagaan tanpa sempadan. Kos tidak tinggi dan boleh dilakukan hanya dihadapan komputer. Tetapi adakah anda tahu terdapat segelintir seller di internet khususnya di web lelongan telah menggunakan taktik penjualan yang tidak beretika? Mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan perniagaannya laris di pasaran.

Artikel kali ini saya akan membongkar sedikit berkaitan seller yang tidak beretika ini khususnya didalam perniagaan web lelongan. Pengalaman saya sewaktu membuat bidaan di web lelongan, suatu hari saya telah membida satu item tetapi tidak sampai beberapa minit bidaan saya telah kalah dan apabila saya periksa dalam masa yang sama sudah ada 5 orang telah membuat bidaan. Kenapa ini boleh berlaku? puas saya mencari jawapannya tetapi setelah saya membuat kajian tentang perkara ini barulah saya tahu ada segelintir seller di web lelongan telah membuat id (nama semasa pendaftaran) di web lelongan banyak-banyak untuk kegunaan taktik mengelirukan pembidannya.

Tujuannya apabila ada pembeli membida itemnya, id yang didaftarkan banyak tadilah yang akan menjadi umpan kepada pembidanya seolah-olah ramailah orang yang turut membida itemnya. Jika anda ingin menghindari daripada seller seperti ini saya ada tips untuk anda seperti berikut:

1. Jika anda membuat bidaan item tetapi kalah beberapa minit kemudian dan ada pembida yang ramai masuk, nasihat saya jangan teruskan bidaan anda melainkan anda ingin menanggung risikonya.

2. Kebiasaanya seller yang menggunakan taktik id banyak ni semuanya tiada mempunyai feedback (0) dari pembeli. Kenapa? Mustahil seller gunakan id ini untuk tujuan jualan. Seller akan gunakan satu id tetap sahaja untuk jualan. Contoh id seller2006 adalah untuk jualan tetapi id seller73, seller74, seller75 & seller76 hanyalah id bertujuan untuk umpan pembidanya.

3. Kebiasannya seller yang membuat taktik ini hanya menjual satu item sahaja. Selain daripada itu juga kemungkinan besar item yang dijual tersebut kurang mendapat pasaran.

Kesimpulan

Kepada anda yang ingin memulakan perniagaan di web lelongan atau anda yang sudah mahir didalam perniagaan ini, seharusnya anda mestilah menjadi peniaga yang beretika. Sebijak mana pun anda diluar sana tetapi pembida lebih bijak memikirkan sesuatu jalan penyelasaiannya. Bak kata pepatah melayu “sepandai-pandai tupai melompat akhir masanya akan jatuh juga ke tanah”.

Sumber : MATZIS JUSDI http://matzis.blogspot.com

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson