Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Skim Cepat Kaya Internet Haram Disisi Agama

Sumber : harakahdaily.net

KUALA LUMPUR,27 Feb (Hrkh) - Dengan pulangan yang berlipat ganda dan jaminan keuntungan ratusan ribu malah jutaan ringgit dalam tempoh singkat, pelbagai perniagaan yang berasaskan sistem Multi Level Marketing (MLM) di internet, semakin ‘menggoda’ umat Islam untuk melabur walaupun sebahagian besarnya dari sudut hukum agama jelas haram.

Penasihat Syariah Dalaman, Asian Finance Bank, Zaharuddin Abd Rahman berkata umat Islam perlu berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan sistem kewangan di internet yang menyamai skim cepat kaya atau skim piramid yang berisiko tinggi dan perlu merujuk kepada pakar kewangan Islam sebelum menceburinya.

“Apa jua pelaburan yang diceburi, mestilah merujuk kepada penasihat syariah syarikat tersebut supaya dengan cara ini diketahui secara jelas bahawa pelaburan tersebut sah di sisi agama ataupun tidak,”katanya lagi ketika ditemubual Harakahdaily di pejabatnya sebentar tadi.

“Dan sebahagian besarnya tidak wujud majlis penasihat syariah serta tidak jelas produk yang diusniagakan,” katanya.

Beliau sebelum ini yang telah membuat beberapa kajian tentang pelaburan internet seperti EM-Pay, Swisscash, Willyfund dan E-Barrel telah menjelaskan secara terperinci kaedah tersebut dan hukumnya dimuatkan dalam keluaran Harakah lalu dan juga dalam laman webnya www.zaharuddin.net.

Kebanyakannya pelaburan di internet yang dikenal pasti secara umumnya menjurus kepada kaedah ‘mencari’ orang untuk menambah pendapatan dan tiada produk yang diniaga malah seandainya ada pun ianya bersifat haram kerana terdapat unsur judi dan gharar (tidak jelas) yang ditegah di dalam Islam, jelasnya.

Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah “perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun,” seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya yang merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada’I As-Sonai’ , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu’asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).

“Ia jelas katanya bukanlah perniagaan yang diiktiraf oleh Shariah, malah ia adalah Riba,” katanya.

Tanpa menjual sebarang produk malah sistem ini secara amnya melanggar ‘nature of business’ atau fitrah ekonomi yang akan mengakibatkan ramai yang tidak bekerja, malas dan berangan kaya semata-mata menantikan keuntungan yang dijanjikan.

“Inilah yang dinamakan ‘money game’ yang diharam sama sekali di dalam Islam. Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba.

“Bukan semua MLM tetapi jenis yang ‘bermain dengan kepala’ (komsiyen ikut kepala dan berapa ramai ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan syarikat) jelas haram disisi agama,” jelasnya terperinci dalam laman webnya.

Tambahnya lagi ia adalah perniagaan duit dan ‘kepala’ iaitu tajaan kepala dan setiap bagi mendapatkan satu ‘kepala’ atau ‘lot’ adalah perlulah membayar sejumlah wang.

“Walaupun sememangnya kelihatan amat menggiurkan tetapi malangnya, ia adalah tidak halal secara pasti tanpa syubhah lagi,” katanya lagi

Selain itu, walaupun dengan alasan untuk menjana ekonomi pendapatan umat Islam sekalipun katanya namun perkara pokok halal haram sesuatu perkara jangan dikesampingkan sedangkan ‘niat tidak menghalal cara’ dan Islam tidak meletakkan material ataupun harta benda semata-mata kepada asas memulihkan ekonomi umatnya ini termasuk jugalah alasan untuk mengubah keadaan kewangan yang semakin terhimpit dan bebanan kos sara hidup yang tinggi yang menimpa umat Islam khususnya rakyat di negara ini.

Beliau turut kesal dan kecewa berikutan umat Islam terpengaruh dan terpedaya akibat daripada keyakinan untuk menceburi pelaburan ini disebabkan diyakinkan oleh sesetngah individu yang bergelar ‘ustaz’ dan ahli dalam pengetahuan agama.

“Yang saya dahulukan ialah kepentingan umat Islam dan tanggungjawab saya sebagai umat Islam untuk menjelaskannya, sama ada ada yang bersetuju atau tidak itu terpulanglah,” katanya yang turut menyatakan bahawa kapasiti beliau bukanlah sebagai seorang Mufti namun menyarankan para Mufti mengeluarkan fatwa berkaitan sistem ini.

“Kajian saya terhadap sistem ini,tidak tertumpu kepada benar atau tidak keuntungan yang dijanjikan, wujud muslihat atau sebaliknya tetapi tertumpu sama ada ia menepati kehendak syariah dan sah di sisi agama,” katanya

“Dan jangan meletakkan ‘ustaz’ sebagai ‘benchmark’ atau ’standard’ untuk menceburi bidang sedangkan yang perlu dititik beratkan ialah hukum agama,” katanya biarpun ramai para Ustaz menceburinya termasuk skim tertentu yang mungkin sah dari segi undang-undang ataupun pernah dilancarkan oeh para menteri.

Disember tahun lalu, akhbar pernah melaporkan sekurang-kurangnya wujud 50 laman web internet tempatan yang dikesan menjanjikan rakyat negara ini mengikuti skim jutawan segera antaranya bermodal RM 2.00 dan mendapat pulangan RM 1 juta dalam tempoh seminggu ataupun sebulan.

Malah dalam akhbar yang sama, jurucakap Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) berkata laman web seperti ini memang banyak dikesan tetapi tidak ramai yang membuat laporan polis selepas terpedaya atau kerugian besar akibat pelaburan yang dibuat.

“Memang semua orang mahu menjadi jutawan tetapi perlulah mengikut cara yang betul dan bukannya berangan melabur beberapa ringit dan mengharap jutaaan ringgit sebagai pulangan,” kata jurucakap tersebut. - mks.

—-

Jika anda ingin belajar tentang kewangan islam dari Ustaz Zaharuddin sila ke laman web beliau di http://www.zaharuddin.net

Anda juga boleh bertanyakan soalan di yahoo groups beliau di

http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/

Update 30 April 2007:

Blog terbaru Pelaburan Islam, banyak lagi artikel berkaitan yang perlu anda baca:

http://pelaburanislam.com

Semoga rezeki kita halal dan diberkati Allah.Amin

Lagi Buat Duit Dengan Laporan Percuma

Tahun 2006 Scout Boulch memulakannya dengan Laporan The Death of Adsense, komisyennya US$0.50 untuk satu laporan.Kemudian diikuti Mike Filsaime pula dengan The Death of Internet Marketing.US$1.00 untuk satu laporan.Semua yang layak dah pun terima komisyennya.

Kemudian datang Keith Baxter dengan Give PPC the Finger.Komisyennya paling besar dengan 3-tier.Malang sekali sampai hari ni pun tak dibayar.Dalam akaun tunjuk dah bayar tapi sebenarnya tidak dan dengan tak malunya masih cuba contact subscribernya dengan email promo.Kat forum wangcyber ada diperkatakan tentang ni.

Adakah anda sudah frust dan tak mau jika ada peluang begini lagi?.Bagi saya tidak sama sekali dan kini datang pula gabungan Keith Wellman dan Eric Rockefeller dengan laporan Rockellerfeller Files.Komisyennya US$0.50 (RM1.74) bagi setiap refferal.

Jika anda masih mahu dapatkan duit percuma dengan peluang ini silalah ke http://tinyurl.com/2tu3jl

Update (28/02/2007) : Saya telah menerima bayaran dari Keith Baxter tetapi cuma 12% dari komisyen asal.

Apa Itu Ebook / Ebuku ?

Tajuk ini sangat asas tapi masih relevan dengan sesetengah rakyat Malaysia.Saya ada menjual pelbagai jenis ebook dan seringkali mendapat pertanyaan seperti ini ” Kalau saya buat bayaran bila buku tu akan sampai kepada saya”, kebanyakannya dari jualan ebook bukan dalam kategori perniagaan internet

Padahal dalam web tu langsung saya tak sebut perkataan buku atau book sebaliknya ebuku atau ebook.Jelas masih ada yang keliru dan sedih sekali bila saya cuba terangkan definasi ebook ramai yang tak jadi beli.Agaknya kerana tak faham dan takut tak tau cara menggunakannya.

Baiklah, secara ringkasnya ebook adalah electronic book atau buku elektronik iaitu dalam bentuk digital yang fungsinya hampir sama seperti buku biasa.Tetapi ebook dibaca melalui komputer atau peralatan elektronik lain seperti pda, handphone, ebook reader dan pelbagai lagi.Format pdf adalah yang paling popular buat masa ini dan anda memerlukan perisian Adobe Reader untuk membacanya.Ianya boleh didownload secara percuma di http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html

Kebanyakan ebook boleh dicetak semula jika anda rasa kurang selesa membacanya melalui komputer.Kalau ebook tu dalam Bahasa Inggeris anda boleh suruh perisian Acrobat tu membacanya untuk anda tapi saya lebih rela baca sendiri sebab susah nak faham apa yang disebutnya.Nak dia bacakan tekan Shift+Ctrl+B, pause tekan Shift+Ctrl+C dan kalau dah menyampah tekan Shift+Ctrl+E.Kalau suruh dia baca ebook Bahasa Melayu pun dia baca juga tapi …cuba dulu dan dengar ajelah sendiri ya, baru tau.

Dari segi pengedaran pula ebook boleh diedarkan secara serta merta.Jika ebook percuma selalunya memang begini dan ebook berbayar juga boleh jika anda memilih cara bayaran kad kredit / paypal dimana sebaik proses bayaran dilengkapkan anda akan terus mendapat download linknya.

Itulah serba sedikit maklumat tentang ebook, harap tak ada lagi tanya soalan yang sama tu.Nak tahu lebih lanjut tafsiran ebook sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/E-book Jual ebook ni seronok juga, modal sekali boleh jual balik berulang kali tapi yang tak bestnya mudah sangat diedarkan semula secara tidak sah oleh mereka yang tak bertanggungjawab.

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson