Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Theme Wordpress Untuk Adsense

Tak dapat dinafikan, hari ini ramai Adsense Publisher telah mengambil kesempatan atas kelebihan Wordpress untuk meningkatkan pendapatan dari program adsense mereka. Saya juga tidak melepaskan peluang ini dan membina blog-blog yang menjana pendapatan melalui adsense.

Bukan cakap kosong tapi memang boleh buat duit, lihat bukti cek yang saya terima dari google ni. Walaupun tak seberapa, jadilah untuk permulaan, lama-lama meningkatlah tu.


Seronoknya buat adsense ni kita tak perlu melayan karenah pelanggan. Buat saja website atau blog, masukkan iklan adsense dan dapatkan trafik ke web / blog tersebut. Bila pelawat klik pada iklan tu kita akan mendapat komisyennya. Jika jumlah komisyen dah melebihi US$100 pada bulan tu maka google akan poskan cek kepada kita. Senang bukan, teorinyalah. Praktikalnya jika usahakan sungguh-sungguh saya yakin anda juga akan menerima cek dari google tu.

Jika nak belajar, anda boleh dapat ebook dari Raja Adsense dalam bahasa Melayu tentang menjana pendapatan melalui adsense di sini. Kalau boleh faham bahasa Inggeris dan tak rajin sangat nak membaca dapatkan video tentang adsense dari Liz Tomey. Dia ajar dari mula sampai dapat income. Anda boleh dapatkan videonya di sini.

Baiklah berbalik pada tajuk asal post ini, berikut adalah theme-theme wordpress yang sesuai untuk blog adsense.
AdSense Wordpress Theme - Ads Minded

Themey AdSense Wordpress Theme

Pilkster’s SEO Adsense Wordpress Theme

Tim Yang’s Problogger Clean Theme

Typo XP Reloaded

Tigopedia

Setakat itu sajalah untuk kali ini, jika anda tahu dimana ada theme lain yang sesuai untuk adsense, sudi-sudikanlah berkongsi melalui ruangan komen.

12 Internet Marketer Malaysia Yang Berjaya

Saya baru jer terjumpa satu konsep website yang begitu menarik dari Gobala Krishnan, saya rasa ramai yang kenal dia ni sejak kejayaan besarnya dengan ebook Chapter-M. Website terbaru Gobala ni mendapat kerjasama ramai internet marketer tempatan yang berjaya ( saya lum lagi..uh..uh..uh ) dan ini bermakna gabungan mereka ini menghasilkan satu sumber rujukan yang hebat dari latarbelakang yang berbeza dan pelbagai model perniagaan internet.

Saya sangat mencadangkan anda menyertainya jika benar-benar serius ingin menjadi usahawan internet yang berjaya. Kalau tak belajar dari mereka yang berjaya, dengan siapa lagi. Berikut adalah antara kandungan website tersebut:

  • Temubual dengan CEO dan Usahawan Internet tempatan yang berjaya.(Ini paling saya suka)
  • Teleseminar dan latihan e-dagang bulanan
  • Pembangunan bisnes persendirian dan forum bersama rangkaian
  • Perancangan kumpulan dan sessi bersama rangkaian setiap 3 bulan
  • dan banyak lagilah…

Berikut pula adalah kandungan temubual dengan usahawan-usahawan internet ni:

  • Rahsia Berjaya Dengan Pantas Dalam Perniagaan Internet dengan Melvin Ng
  • Rahsia Memilih Model Perniagaan Internet Yang Sesuai Dengan Anda dengan Tazilan Ibrahim
  • Rahsia Buat Duit Menggunakan Artikel Direktori dan Google Adsense dengan Sunny Tan
  • Rahsia Menggunakan Teknik SEO “Black Hat” untuk Google Adsense dengan Vince Tan
  • Rahsia Buat Duit Dengan Blog dan Google Adsense dengan Liew CF
  • Rahsia Membina Empayar Perniagaan MLM Menggunakan Internet dengan Zamri Nanyan
  • Rahsia Buat Duit Dengan Produk Resell Rights dan Private Label Rights dengan Edmund Loh
  • Rahsia Kempen Pemasaran Viral Yang Menguntungkan Dan Efektif dengan Hafiz Latib
  • Rahsia Pemasaran Emel Untuk Menjana Kekayaan Sebagai Affiliate bersama Kidino
  • Rahsia Buat Duit Dengan Produk Fizikal di Internet bersama Team Saifulsham
  • Rahsia Buat Duit Dengan Dropshipping di Malaysia dan Luar Negara oleh Sifu Dropship
  • Rahsia Memulakan Bisnes Yang Berjaya di Ebay oleh Taiko Ebay

Gobala juga ada bagitau saya jika anda join web dia sekarang, anda akan dibayar USD10 ke dalam akaun affiliate anda serta merta hanya kerana menyertai affiliate ‘ganjaran segera’ ni. Eh duit free ni, tak pasal-pasal dapat USD10 pulak, kalau kali dengan 3.5 dah berapa RM tu.

Kepada yang nak nangis dan give up kerana selama ni dah puas cuba perniagaan internet tapi satu sen pun tak dapat, ha sekarang ni confirm dapat duit. Tunggu apa lagi, buka akaun anda sekarang di:

http://www.themalaysianrevolution.com

Opsss, penting ni, join web ni hanya melalui referrer saja jadi jika dia tanya siapa referrer anda sila masukkan “sukeri” sebagai referrer macam contoh kat bawah ni ya. Ehem..ehem.


Riba : Dosa Kelas Pertama

Jika anda rasa makan babi dan berzina itu dosa yang dahsyat, ketahuilah dosa riba itu lebih besar lagi. Tontonlah video ini, mudah-mudahan jadi dorongan untuk kita tidak terlibat dengannya. Insyaallah.

Video 1

Video 2

Promosi Perniagaan SMS Prepaid

Rasanya ramai yang dah tahu tentang perniagaan ni, bagi yang tak tau tu biar saya jelaskan. Perniagaan ini adalah perniagaan menjual prepaid telefon seperti Maxis, Celcom, Digi dan Telekom. Biasanya kalau kat kedai tu kita beli kad prepaidlah atau mereka terus top upkan terus ke handphone kita. Ceh macam dah biasa jer padahal saya tak guna prepaid pun.

Tetapi dalam perniagaan ni kita tak perlukan kad prepaid lalu menggoresnya untuk dapatkan no pin sebaliknya kita cuma order melalui sms saja dan no pin akan diberikan melalui sms juga. Senangkan, tak yah lah nak panik cari kedai handphone bila tiba-tiba panggilan terputus tengah syok ayat awek atau tengah layan bisnes juta-juta. ( Pasal ni ler saya tak pakai prepaid, acah je). Apalagi kalau waktu tu tengah malam dan kita berada di tempat yang terpencil.

Jadi perniagaan ni banyak beri kemudahan dari segi mendapatkan prepaid. Selain tu perniagaan ni juga berbentuk MLM dan anda boleh dapat komisyen hasil jualan peribadi dan kumpulan hingga level ke 10.Bonus sponsor juga diberikan hingga level 10. Yang paling saya suka perniagaan ni boleh dilakukan secara online saja. Saya telah melakukannya sejak setahun setengah yang lalu dan jumlah downline saya kini lebih 600 orang dari Perlis hingga ke Sabah gara-gara kuasa online marketing.

Kalau nak buat offline pun boleh gak, mula-mula join dulu rajin la juga ke sana ke mari, pergi meeting dan buat sharing (orang MLM biasa dengan istilah ni). Tapi sekarang ni tak larat lagi dah, nak mengena balik-balik sendiri yang terkena, apa taknya pakai smart-smart, tuang minyak kereta pi jumpa prospek dah tu kena belanja minum ( kadang-kadang makan), tak masuk mulut yang berbuih bercerita itu ini akhirnya dia kata nanti nak fikir dululah. Aduss..dugaan. Saya tak kata offline MLM ni tak bagus cuma tak berapa sesuai dengan saya saja. Jadi saya fokus pada online saja.

Eh melalut pulak, balik pasal cerita bisnes sms prepaid ni, saya war-warkan ni kerana sekarang ni ada promosi untuk join bisnes ni. Biasanya anda kena bayar RM58 tapi sehingga 15 Mei 2007 depan untuk join bisnes ni cuma bayar RM20 saja. Ya RM20 saja dan RM10 akan dipulangkan balik dengan cara mengkreditkan RM10 ke akaun bisnes prepaid anda.

Senang cerita anda bayar RM20 untuk join bisnes ni dan terus boleh order prepaid bernilai RM10. Selain itu group saya juga telah menyediakan laman web untuk promosi yang canggih tanpa sebarang bayaran tambahan. Anda boleh mendaftar percuma dulu di sini kemudian bayar RM20 kepada upline dan anda akan didaftarkan sebagi agen sms prepaid.

Selain promosi pendaftaran RM20 ni, anda juga berpeluang mendapat percutian percuma 2 hari 1 malam di Genting Highland jika dapat sponsor sekurang-kurangnya 20 orang sebelum 15 Mei depan. Kalau rasa boleh tu, daftarlah cepat disini. Isk…toleh kiri kanan pun dah jumpa kawan yang perlukan prepaid. Usha-usha la sikit. Sebarang pertanyaan sila tulis di ruangan komen ya.

Link Affiliate di Ruangan Komen, Apa Komen Anda?

Apa yang saya maksudkan ialah ruangan komen di blog anda diletakkan link affiliate oleh si pengkomen. Sebelum ni saya memang tak kisah sangat dengan benda ni kerana menganggap tidak akan mendatangkan sebarang kesan buruk kepada blog saya sehinggalah beberapa hari lepas seorang pengkomen dengan nickname Tube telah melakukan kesilapan dengan menulis komen yang ‘terlampau’. Anda boleh rujuk di sini.

Apa pun Tube telah meminta maaf dan saya juga telah memaafkannya.Biasalah manusia kekadang terlupa dan melakukan kesilapan termasuklah saya juga. Kalau berani mengakui kesilapan dan meminta maaf tu memang sikap yang baik.Caya sama lu Tube. Berbalik pada topik asal patut ke kita lepaskan semua link affiliate yang ada di ruangan komen kita yang kadangkala tu komen yang ditulis langsung tidak berupa komen kepada entri sebaliknya buta-buta promote link affiliate mereka.

Patut ke?. Minta pandangan dan cadangan anda.

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson