Keyword Research Tool, Guna Percuma Disini
Jika anda buat blog dengan tujuan cari duit dan mengharapkan trafik dari search engine, tentu ada yang tak kena kalau anda tak tau tentang keyword research tool. Tujuan guna keyword research tool ni untuk mengkaji apa yang orang taip kat search engine dan berapa ramai yang menaipnya.
Jadi kita taulah sama ada ‘niche’ blog kita ada permintaan atau tidak. Jangan jadi syok sendiri jer. Yelah kalau taip sukeri kat google memanglah sukeri.com no. 1 tapi apa kejadahnya, sapa nak taip keyword tu kecuali sukeri-sukeri yang syok sendiri.
Cuba fikir apa agaknya orang taip berkenaan duit, dengan menggunakan keyword research tool saya boleh tau frasa “duit income” “cari duit” “buat duit” “duit online” “duit internet” dan sebagainya adalah yang paling banyak digunakan.
Jadi kalau blog kita cerita pasal cari duit, SEOkannya dengan keyword-keyword tu supaya mereka yang mencari duit tu akan sampai ke blog kita dan mudah-mudahan mereka belilah produk “menjana duit” kita tu. Saya dah pasang script untuk keyword research tool di blog ni, anda boleh gunakannya secara percuma di http://membuatblog.com/keyword Cubalah taip perkataan duit kat situ kalau nak tau apa resultnya.
Data yang disedut oleh script ni adalah dari Overture atau engine carian Yahoo, jadi kalau bilangan carian yang ditunjukkan ialah 100 kita boleh anggap carian di google adalah dua atau tiga kali ganda dari tu.
Peringatan: Kadang-kadang ambil masa yang lama nak generate resultnya kerana terlalu sesak server Overture ni, jadi sabar ajelah ya jika terjadi macam tu. Kalau anda gunakan Internet Eplorer tu, cuba guna Firefox yang lebih pantas atau Opera yang saya rasa paling pantas.
Anda juga boleh pasang script ni di laman web anda sendiri, sangat simple. Ini juga satu taktik supaya orang selalu kembali ke web anda bila nak buat research tu. Ya saya tau terlalu banyak Keyword Research tool kat luar sana yang boleh digunakan, tapi apa salahnya kita tambahkan koleksi tu.
Kalau mahukan script tu anda boleh dapatkannya dengan klik disini.
Walaupun di blog ini saya selalu menekankan untuk membina blog wordpress dengan domain sendiri tetapi tidaklah bermakna saya anti blogger atau blogspot.
Berjuta-juta dollar bertukar tangan setiap hari di Clickbank™, iaitu pasaran produk digital terbesar di dunia.Ketahui cara bagaimana anda juga boleh turut serta dan mula menunaikan cek bernilai tinggi setiap dua minggu sekali dengan ebook panduan Clickbank Step by Step ini

