Wordpress Theme : ProSense Adsense Ready

Here are some of the theme features, some of which are currently exclusive to ProSense:

  • Separate and Distinct Ad Blocks. The use of distinct theme files for ad codes allows for easy editing and insertion of Adsense units. These ad blocks can also be used to insert other types of advertisements as well and are not solely limited to Adsense use.
  • Multiple Ad Display Options. Unlike other Adsense Ready themes, ProSense allows you to choose between either banner or rectangle ads for the single post page, thus allowing you more flexibility when it comes to ad blending.
  • Hassle-free convenience and ease of use. You’ll only have to insert your Adsense publisher ID in the default ad units and you’re done. It should only take a minute or two to set up ProSense perfectly.
  • Integrated Ad placement on the homepage. Unlike most Adsense ready themes currently available, ProSense blends a 468 x 60 banner unit between the second and third post on the blog homepage.
  • This enables you to display relevant ads to search visitors who arrive at your homepage, as they are more likely to scroll and scan through your posts.The inclusion of a well-blended horizontal link unit near the top of the homepage also attracts navigational-style visitor clicks.
  • Highly Optimized Ad units on post pages. There are two types of ad blocks on both the top and bottom of the single post page. You can choose between using a 468 x 60 banner and 300 x 250 rectangle at the top of the post or a 468 x 60 banner and 336 x 280 large rectangle at the bottom of the post.
  • The ability to designate and match different ad units is exclusive to ProSense and is currently not available for other Adsense Ready themes.
  • Pre-blended Adsense unit colors. All Adsense unit colors are tweaked to match the blog’s link and background colors. There is absolutely no need for you to spend time picking the appropriate ad colors.
  • Search Engine Optimized site structure. ProSense is built from good, clean code that validates well. The CSS positioning is written so that your blog content is prioritized in the source code as this may help to improve search engine crawling and ranking. Dynamic and descriptive title tags are also used for each blog page.
  • Compatible with Wordpress 2.0+. ProSense has been tested with the latest 2.2 Getz version of Wordpress and no problems were experienced.
  • Widget-Ready. If you’re a widget lover, you’ll be happy to know that Prosense allows you to easily install and use widgets to complement your content and advertising scheme.

Download ProSense Adsense Ready

John Chow buat duit $10k+ dari blog pada bulan Mei Lepas

Sudah banyak terbukti memang benar boleh buat duit dari blog. Seorang lagi blogger yang berjaya, John Chow telah menghasilkan $10,559.40 atau RM35,849.82 pada bulan Mei lepas melalui blognya. Berikut adalah pecahan sumber pendapatannya:

  • Affiliate Sales: $2,485.74
  • ReviewMe: $2,000
  • Direct Ad Sales: $1,650.00
  • Text Link Ads: $1,521.07
  • Google AdSense: $1,246.50
  • Kontera: $1,000.00
  • FeedBurner: $300.53
  • Buy Me A Beer: $194.65
  • Subscription: $110.00
  • TTZ Media: $50.90
  • Grand Total: $10,559.40

Tetapi sangat-sangat penting untuk diingati, ianya bukan dilakukan dalam tempoh yang singkat. Pada peringkat awal blog beliau cuma menghasilkan $352.94 pada bulan September 2006.

Jadi kepada yang dah berkobar-kobar tu, saya bukan nak melemahkan semangat anda tetapi memberitahu realitinya. Yang penting just do it, belajar dan usahakan dengan gigih.

Alang juga berpesan kalau boleh mulakan dengan hobi dulu, pendapatan akan datang kemudian. John Chow juga sedia memudahkan langkah kejayaan anda jika anda sanggup membaca laporan percumanya. Silalah download Make Money Online With John Chow dot Com

Berhati-hati dengan SEO

Lihat screen shot di atas, ini adalah kali pertama blog ini mendapat ranking No. 1 di Google dengan keyword usahawan internet. Biasanya takhta ini dipegang oleh blog SmartZul yang sentiasa segar dan padat kandungannya. Bab update blog ni memang saya tak terdaya untuk mengatasi SmartZul.Dia memang superb.

Jadi apakah faktor yang melonjakkan blog ini ke tahap itu?, Saya percaya ianya berkaitan dengan backlink yang terhasil dari projek My List Daryl kerana tidak banyak aktiviti SEO lain yang saya lakukan buat masa ini.

Ya saya agak gembira dengan perkembangan ini tetapi juga risau selepas membaca komen-komen pelawat blog ini. Mohd Ismail beritahu google sedang menyusun balik algoritma enjin cariannya. Perlu berhati-hati dengan senarai My List yang panjang tu.Azrin juga berpendapat blog ini pasti kena gam dengan Google dan Technorati kerana senarai itu.

Lebih malang lagi, John Chow yang begitu unggul dengan keyword make money online sebelum ni yang menggunakan taktik blog review dan mendapat lebih 700+ backlink dalam masa yang singkat sudah menerima kesannya dan serta-merta menghentikan kempennya.

Adakah blog ini juga akan menerima nasib yang sama kerana peningkatan jumlah backlink yang banyak dalam masa yang singkat. Apa pandangan anda?

Wordpress Plugins : Subscribe To Comments

Pernahkah anda ke blog seseorang dan mendapati post yang diterbitkan sangat menarik dan dibincangkan dengan aktif oleh pembaca blog tersebut di ruangan komen. Anda juga ingin mengikuti perkembangan perbincangan itu dan terpaksa selalu menyemak jika ada komen terbaru tentangnya di blog tersebut.

Memang satu kerja yang leceh jika ada banyak post yang kita rasakan menarik dan asyik nak semak balik respon pembaca di blog tersebut. Ada cara yang mudah bagaimana pemilik blog boleh memudahkan pembaca blog mereka melakukan ini iaitu dengan memasang plugin subscibe to comments.

Dengan plugin ini, pembaca blog boleh menerima komen seterusnya dalam post tertentu melalui email saja. Ini juga adalah salah satu taktik yang diguna pakai oleh Andrew Wee untuk menarik lebih 8000 pelawat ke blognya dalam masa 6 bulan seperti yang dikongsikannya dalam Easy Blog Traffic.

Nama Plugin : Subscribe To Comments

Cara Pemasangan:

  1. Download plugin ini di http://txfx.net/code/wordpress/subscribe-to-comments/
  2. Upload fail subscribe-to-comments.php ke [wordpress_dir]/wp-content/plugins/
  3. Login ke blog anda –> Plugins –> Activate Subscribe To Comments
  4. Klik pada Options –> Contact Form –> isikan maklumat yang berpatutan

Itu saja. Saya harap lebih ramai blogger akan memasang plugin ini pada blog mereka jika inginkan pembaca blog datang kembali dan tidak terlupa tentang blog anda.

Buat Duit Dengan Blog dan Nuffnang

Bermula dari Ahad ini (03/06/2007), blog yang menyertai komuniti Nuffnang akan mula menerima iklan berbayar di blog masing-masing. Ianya adalah kempen Cost Per Click (CPC) dimana penyiar iklan akan menerima bayaran antara 50sen hingga RM5.00 bagi setiap klik, bergantung pada pengiklan.

Iklan berbayar ini hanya akan keluar di blog yang menerima sekurang-kurangnya 20 orang pelawat sehari dan sebaik-baiknya adalah pelawat dari Malaysia sendiri kerana buat masa ini menurut Nuffnang, pengiklan hanya membayar untuk klik dari pelawat unik dari Malaysia sahaja.

Jika blog anda masih kekurangan trafik, anda masih boleh menyertainya di Nuffnang.com.my dan nuffnang akan terus memerhatikan trafik anda jika anda memasang kodnya di blog. Satu masa anda mungkin mencapai had minimum itu dan jika iklan sudah terlalu banyak mana tau nuffnang mungkin akan menurunkan hadnya.

Blog ini menerima sekitar 24 hingga 73 orang pelawat unik sehari, puratanya 40 pelawat sehari. Saya telah 12 hari meletakkan banner Nuffnang di ruangan Iklan Berbayar di sebelah kanan blog ini dan hampir-hampir mengeluarkannya kerana kelihatan seperti tidak ada apa yang berlaku.

Harap dengan berita terbaru ni, iklan akan keluar di ruangan tersebut. Bolehlah dapat duit sikit, dengan ini kena buat perubahan sikit supaya tidak terlalu banyak iklan bling-bling yang dipaparkan sekitar blog dan memeningkan kepala pembaca.

Kalau terlalu banyak iklan, conversion rate untuk kliknya jadi rendah sebab terlalu banyak pilihan. Penyelesaiannya, kenalah guna plugin supaya boleh rotate iklan tu. Di masa akan datang saya akan kongsikan cara memasang plugin untuk rotate iklan.

« Previous Page

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson