Lawak Pilihanraya 2008

Empat klip video berikut diterbitkan oleh Y4C (Youth For Change) yang bertajuk Setem YB, Ubah Gaya hidup, Rom Pak Lah dan YB vs Bloggers.

Lawak-lawak juga tapi jangan lupa tanggungjawab anda sebagai pengundi pada 8 Mac nanti. Pastikan tempat mengundi anda adalah betul. Buat la semakan di http://www.spr.gov.my

SPR ni pun buat lawak juga, setahu saya manusia tertua di dunia berusia 122 tahun, tapi mereka tak tau kat Malaysia ni ada ramai lagi yang berusia lebih dari tu, tak caya semak kat web SPR. He..he..he.. lawak sungguh SPR ni. Enjoy the videos.

SETEM YB

UBAH GAYA HIDUP

ROM PAK LAH

YB vs BLOGGER

Percuma 100 Theme Wordpress Berkualiti Tinggi

Smashing Magazine baru saja menyenaraikan 100 theme wordpress berkualiti tinggi dan percuma. Antaranya:

Tertarik dengan grafik menarik di atas? Dah lama tak tukar theme? Dah bosan tengok theme wordpress sendiri? Apalagi, dapatkanlah mana-mana theme yang berkenan di SmashingMagazine.com sekarang.

Saya pun kadang-kadang tukar theme juga, kalau dulu memang letih bila tukar theme kerana biasanya saya buat modification kat sidebar dan footer, tapi sekarang ni banyak theme yang support widget maka tak perlu lagi edit kod phpnya. Lepas tukar theme, apa yang dulu ada kat sidebar kekal macam tu juga.

Tapi footer kena edit sikit la sebab masukkan kod tracking StatCounter dan Google Analytic.

Ingin Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Dapatkan Panduannya Di Sini.

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson