Adwords Keyword Tool Kini Lebih Terperinci
Kajian keyword secara percuma kini lebih baik dengan Adwords Keyword Tool. Kalau dulu kita cuma dapat lihat bar saja dan perlu meneka jumlah carian yang biasanya tersasar jauh, kini Adwords Keyword Tool lebih telus dengan mendedahkan jumlah carian yang sebenar seperti grafik di bawah

Dengan data seperti di atas, kita dengan jelas dapat melihat keyword “Cari Duit” jauh lebih popular dari keyword “Buat Duit”. Jadi sesiapa yang jual panduan buat duit tu bersungguh-sungguhlah SEOkan web anda dengan keyword “Cari Duit”. Anda boleh gunakan Adwords Keyword Tool di https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal
Selain Adwords Keyword Tool, lain-lain keyword research tool yang boleh digunakan ialah seperti WordTracker dan SEO Book Keyword Suggestion Tool, ianya juga percuma tetapi saya lebih Adwords Keyword Tool kerana boleh buat kajian spesifik untuk satu-satu negara.
Kalau ada bajet lebih saya galakkan anda beli perisian Keyword Elite. Ia adalah antara tool kajian keyword yang terbaik. Selalu diupdate selari dengan perkembangan kajian keyword semasa.
Anda tahu tentang lain-lain keyword research tool yang percuma? Harap sudi kongsikan di ruangan komen.



