Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

5 Kesilapan Pemasaran & Cara Mengelakkannya

Kesilapan Pemasaran #1 :
Cuba membuat jalan baru walaupun orang lain sudah membina lebuhraya

“Don’t reinvent the wheel” atau jangan cuba mencipta roda baru (tiada roda lain yang boleh menggantikan roda yang wujud pada hari ini!). Buat kajian anda sendiri. Apa yang berkesan sebelum ini dan yang penting apa yang berkesan pada masa sekarang.

Perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah kaji semula segala promosi yang telah dijalankan dan hasil yang dicapai sebelum ini. Perkara kedua ialah dapatkan dan baca iklan atau promosi orang lain dan lihat apa yang dilakukan oleh mereka. Ini bakal memberi kelebihan kerana anda boleh melihat dari pelbagai sudut dan mengenalpasti strategi pemasaran yang berkesan. Anda mesti belajar untuk merendah diri dan berani belajar daripada orang lain untuk berjaya. Apabila anda melihat sesuatu yang berjaya, cipta yang lebih baik daripada contoh tersebut.

Kesilapan Pemasaran #2:
Menulis kata-kata penyedap dan bukannya memberi faedah mengapa orang mesti membeli produk anda

“Sesungguhnya kami akan lakukan yang terbaik untuk anda”. Apabila seorang penjual e-book cuba menyakinkan anda dengan kenyataan tersebut, adakah anda akan terus mengeluarkan kad kredit dari dompet anda? Sudah tentu tidak.

Jadi apa yang boleh anda tawarkan?

Okay, bagaimana dengan sampel bab percuma. Atau jaminan wang akan dipulangkan dalam 30 hari jika tidak berpuashati. Atau testimoni dari pelanggan anda. Anda juga boleh menulis satu laporan yang menceritakan kepada prospek bagaimana anda dapat idea untuk menulis e-book berkenaan… Adakah ianya berkesan? Sudah tentu. Dan ingat…

Jangan bimbang jika anda terlebih cakap dalam iklan anda kecuali iklan anda membosankan.

Dan jangan tunjukkan mimik muka hairan bahawa orang tidak akan membaca surat yang panjang. Menurut Gary Halbert seorang lagenda pemasaran, syarat yang perlu untuk setiap teknik pemasaran ialah…

Lebih banyak anda beritahu, lebih banyak anda menjual.

Kecuali : Anda menulis dengan teruk!

Kesilapan Pemasaran #3:
Memikirkan bahawa pelanggan anda adalah lebih bijak daripada anda

Apabila menjual, jangan gunakan ayat yang panjang kerana ianya boleh mengelirukan pelanggan anda. Gunakan perkataan yang ringkas. Gunakan perenggan yang pendek, walaupun anda menulis kepada peguam atau doktor. Gunakan bahasa yang mudah. Walaupun pelanggan anda boleh membaca ayat yang canggih, mereka lebih suka membaca ayat yang mudah difahami.

Oleh itu jadikan ianya mudah, ringkas dan ingat…

Pelanggan anda tidaklah begitu bijak seperti yang anda fikirkan

Kesilapan Pemasaran #4:
Melupakan bahawa kebanyakan orang pernah “terkena” pada masa yang lepas. Akhirnya mereka tidak percaya dan merasa ragu-ragu dengan tawaran anda

Terdapat 3 sebab mengapa orang (mereka yang mempunyai wang) tidak membeli apa yang anda tawarkan:

Pertama, mereka memang tidak berminat dengan apa yang anda tawarkan

Kedua, mereka tidak nampak kebaikan membeli produk yang anda jual

Dan ketiga, mereka tidak membeli kerana mereka tidak percaya produk yang anda jual akan mengubah hidup mereka. Dengan kata lain mereka tidak percayakan anda.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberi keterangan yang penuh. Keterangan sepenuhnya mengenai jaminan bahawa mereka boleh mendapat wang mereka semula jika produk anda tidak seperti yang mereka fikirkan. Keterangan sepenuhnya mengenai kos anda, mengapa anda menjual pada harga yang murah atau mahal. Berikan testimoni daripada pelanggan yang pernah membeli daripada anda, berikan sampel percuma. Yang penting anda buatkan mereka percaya dengan tawaran anda.

Kesilapan Pemasaran #5:
Tidak meminta pertolongan, terutama daripada mereka yang mempunyai perniagaan yang sama dengan anda

Jangan segan untuk minta nasihat daripada orang lain. Orang yang berjaya biasanya suka menolong dan memberi bimbingan kepada orang yang memerlukan. Telefon atau e-mel mereka yang berjaya dalam bidang yang sama dengan anda, dan tanya bagaimana mereka boleh menolong menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Ingat.. anda bukannya keseorangan, dan orang lain pernah melalui jalan yang anda lalui. Dan…

Hampir semua masalah yang anda hadapi, telahpun diselesaikan oleh orang lain

Ingat 5 kesalahan pemasaran, ianya mungkin jawapan kepada kejayaan anda!

Sumber : Syed Akil, http://tinyurl.com/fv9r9


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

13 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by san
2006-10-18 19:28:14

artikel ini menarik perhatian saya.mungkin kerana saya juga pernah buat silap secara tidak sedar…mudah-mudahan boleh mmbantu saya utk berjaya..

 
MyAvatars 0.2
Comment by Hidet
2006-10-19 08:30:07

Assalamualaikum.

Teknik yang menarik. Boleh lah diguna pakai selepas ini.

Terima kasih.

 
MyAvatars 0.2
Comment by Muhammad
2006-10-19 08:56:19

Jazakallah di atas keperihatinan tuan. Mungkin saya terselamat daripada ketegori ke 5, coz tuan byk memberi tunjuk ajar dari masa ke semasa.

Selamat Menyambut Aidilfitri, Mohon Kemaafan Zahir & Batin
kepada semua umat Islam di seluruh dunia

 
MyAvatars 0.2
Comment by mahadzir md zain
2006-10-19 11:34:33

Sesuatu ilmu amat berguna jika dipraktikkan. Banyak yg dapat saya praktikkan dari ilmu yg tuan sebarkan. Tahniah dan terima kasih. Moga banyak yg dapat anda war2kan lagi

 
MyAvatars 0.2
Comment by irwan
2006-10-19 13:01:16

askm…

terima kasih banyak atas panduan yang diberikan…ia adalah satu ilmu yang perlu ketahui dalam melakukan perniagaan…

selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua umat muslim.

 
MyAvatars 0.2
Comment by MATZIS
2006-10-19 14:46:43

Panduan yang bagus!…teruskan menulis.

 
MyAvatars 0.2
Comment by rizal
2006-10-19 15:36:39

terima kasih diatas panduan yang begitu berguna sekali.

selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua esok malam balik kampung….

 
MyAvatars 0.2
Comment by din
2006-10-19 20:03:13

thkns for the info.

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-10-19 22:18:50

Terima kasih kepada semua yang beri komen dan kepada semua pengunjung blog ini.

Juga Selamat Hari Raya dan Happy Deepavali, selamat pulang ke
kampung halaman dan berhati-hatilah dijalanraya.Semoga anda semua selamat sampai dan ceria bersama keluarga dan sanak saudara.

Saya pula tak balik kampung, he..he,,.Cam na nak balik sebab saya memang tinggal di kampung di Muar, Johor.Tapi kampung saya ada streamyx, tak la ketinggalan sangat.

Rumah mertua pun cuma 20km saja, jadi tak ada la cerita berebut nak balik raya kat mana.Kira nasib baik la saya ni.

Akhir kata ampun dan maaf dipinta jika selama menulis blog ini ada menyinggung perasaan anda semua.Bermaaf-maafanlah kita semua ya.

 
MyAvatars 0.2
Comment by BAGAK
2006-10-19 23:05:47

Ilmu yang berguna, terima kasih dan teruskan menulis.
????? ???? ???? ???? ?????

 
MyAvatars 0.2
Comment by tazamfn
2006-10-20 10:04:00

Selamat Hari Raya tahun ni saya raya kat muar gakk…he he

 
MyAvatars 0.2
Comment by noor Subscribed to comments via email
2007-08-21 12:14:02

Anda telah memberi 5 kenyataan kesilapan pemasaran dengan baik…..Boleh tak u nyatakan lagi cara-cara yang berkesan bagaimana hendak mempromosikan or memasarkan baranga jenis perabot or elektrik…Tq…

 
MyAvatars 0.2
Trackback by make money online
2008-04-12 08:06:55

make money online…

It also got me to wondering what it is that people get from these things. Do people really draw motivation from this stuff? I have been reading Darren Brown’ s Tricks of the Mind , or at least re- reading sections of it, this week. He points out that…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson