Awas !!! Penipuan di Internet
Pernahkah anda ditipu dengan program buat duit atau skim cepat kaya melalui internet.Kini terdapat satu laman web yang dapat membantu anda semua dalam aspek mengurangkan risiko ditipu secara online.
Kini semakin ramai pengusaha berlumba-lumba untuk menjadi kaya tanpa mengendahkan moral dalam etika perniagaan yang sebenar sehingga sanggup menipu untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda.
Saya rasa tidak ramai yang tahu apabila anda membeli barangan walaupun bernilai RM10.00 sahaja, mereka boleh menjadi kaya dengan duit-duit anda walaupun bagi anda rugi RM10.00 bukanlah nilai yang besar. Bayangkanlah jika mereka dapat menipu lebih sejuta pengguna internet seperti kita, tak mustahil mereka akan bergelar jutawan.
Sebenarnya tujuan laman web anti penipuan internet ini dibina bukanlah untuk menyekat sumber rezeki pengusaha-pengusaha internet, tetapi untuk membela hak-hak pengguna internet supaya tidak mudah terpedaya dengan penipuan ini. Sebarang aduan akan disiasat secara terperinci dahulu sebelum disenarai hitamkan laman web yang menipu pengguna ini.
Jom kongsi pengalaman anda untuk membantu sesama insan.Semoga dapat membuka mata anda semua untuk membela hak-hak anda sebagai pengguna internet.Laman web ini masih baru dan perlukan sokongan anda semua untuk dijadikan rujukan bersama.Jadi, berikan sokongan anda dengan membuat aduan yang tulen.
Link ke laman web tersebut ialah :
http://penyiasat-siber.matzfain.com
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini







Huh ! ni barulah polis internet.hahaha !!! Saya pun pernah kena tipu ni tapi diam-diam saja sebab tiada tempat untuk nak buat laporan,
“Sebenarnya tujuan laman web anti penipuan internet ini dibina bukanlah untuk menyekat sumber rezeki pengusaha-pengusaha internet, tetapi untuk membela hak-hak pengguna internet supaya tidak mudah terpedaya dengan penipuan ini.”
Ngam sekali ! Mari kita sama-sama membendung hak pengguna internet,termasuk saya,
Tahniah Sukeri, anda telah berjaya mempromosikan dengan baik,saya belum lagi buat,baru ja letak kat tempat lain.Ha, ha,
BismillahiRahmaniRahim
Sumber yg haram akan membebankan kita di dunia & akhirat. Bertaubatlah, ajal tidak dimestikan bersebab & x berbau. Semoga kita diampunkan. Amin
carer
Tahniah!…… alhamdullilah! moga-moga kita mendapat petunjuk dan hidayah dariNya selagi kita tahu di mana diri ini berdiri………..teruskanlah niat yang murni ini, hanya Dia yang maha mengetahui wwmsb…amin!
Saya sokong 100% dan semoga ada lagi pihak yang buat benda macam ni.. Kalau kat luar negara, memang banyak ulas benda2 scam ni..
“BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH”
Terima kasih pada semua yang memberi komen.Tak sangka yang otai-otai pun sudi baca blog saya ni.Respon yang saya terima dari webmaster penyiasat tu katanya dia teruk kena hentam.Tapi saya galakkan dia teruskan juga.Maklumlah kerja macam ni pasti ada orang yang tak suka terutama yang dah termakan duit tu apa lagi taukenya.Anyway ini kan kerja yang baik, sekurang-kurang dapat dapat mengurangkan bilangan orang yang terus tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya yang berlambak di internet hari ini.Jom kita sokong beliau dengan buat aduan yang tulen.
Ini maklumat yang saya terima dari web penyiasat - Tepat Jam 6.00 Petang Tadi, Kami di Penyiasat Siber Meletakkan Jawatan Kami.
Ini Adalah Kerana Terdapat Ugutan Bunuh Yang Kami Perolehi Daripada Peniaga Yang Tidak Berpuas Hati. Malahan MOHD FAISAL (Pemilik MATZFAIN.COM) Juga Telah Menerima Ugutan Yang Sama.
Bukan Kami Takut Dengan Semua Itu Tetapi Kami Terpaksa Akur Kerana Bimbang MOHD FAISAL diapa-Apakan Kerana Kami.
Mulai Saat Ini Kami Dibubarkan.
Sebarang Pertanyaan E-Mailkan Ke penyiasatsiber@yahoo.com
Harap Maklum
Huh..dahsyat sungguh.Ada orang yang sanggup buat ugutan bunuh kerana net biz.Kotorlah industri kita ni.
bagaiamana dengan pembeli yang menipu peniaga? contohnya saya yang ditipu oleh pembeli dari luar negeri yang langsung tidak membuat bayaran. bagaimana saya nak buat aduan? saya dah report pada FBI dan selain itu bagaimana? tolong jelaskan/ Terima Kasih
Hi Suri, Kalau anda bayar tapi tak dapat barang, itu senang.Buat aje chargeback melalui syarikat kad kredit atau payment processor.
Tapi kalau dah hantar barang dan tak terima bayaran saya pun tak tahu bagaimana prosedurnya.Kalau ada rakan lain yang tau harap boleh bantu.
Cadangan saya minta bayaran dulu baru hantar barang.Itu adalah amalan perniagaan internet saya.Kebanyakan internet marketer pun saya lihat guna cara ni.Lebih selamat.
apesal xleh surf..huhu..siasat superglobal2u.com ada unsur penipuan
Hi Mama, post ni dah berusia hampir setahun, masa ni Fai baru mulakan net biz. Sekarang dia tak buat lagi web penyiasat ni. Dia sudah melangkah jauh untuk menjadi jutawan internet.
Dia memang seoarang yang tabah dan gila-gila. Singgahlah diblognya http://fai.immalaysia.com/kerja-gila-terbongkar/
Kalau Mama nak tau web yang tidak disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti saya ada buatkan senarainya di http://pelaburanislam.com/2007/06/04/peringatan-sc-sekat-akses-ke-laman-web-skim-pelaburan-tidak-sah-pelabur-digesa-tutup-akaun-serta-merta/
Lama tak singgah kat blog En. Sukeri. Tak sangka, macam-macam cerita ada. Hmmm, besar juga dugaannya nak jadi IM ni. Yang kuat dan gagah pun akhirnya tewas di persada maya, apatah lagi saya yang lemah dan tak pandai ni..
Rida, post ni dah lama dah lebih dari setahun. Waktu ni Fai baru bermula sebagai Usahawan Internet dan saya rasa bangga kerana bertanggngjawab memperkenalkan dunia net biz kepada beliau.
Dalam tempoh setahun beliau telah mencapai kejayaan yang agak cemerlang apa lagi bila bergabung dengan Labanon.
Dalam tempoh itu juga beliau tersungkur beberapa kali dan terbaru saya dengar dia jatuh lagi dan kemungkinan tak mahu bangun semula.
Nak baca cerita penuhnya bolehlah ke blog SmartZul di:
http://blog.smartusaha.com/motivasi-usahawan/2007/07/di-manakah-mereka-menghilang/
Ok. Saya dah baca kisah kat blog smartzul tu. Nampaknya awak pun sama nak mengundurkan diri dari halaman blog ni. Tapi saya tak nak tanya kenapa…takut awak terasa dipaksa…