Adwords Keyword Tool Kini Lebih Terperinci
Kajian keyword secara percuma kini lebih baik dengan Adwords Keyword Tool. Kalau dulu kita cuma dapat lihat bar saja dan perlu meneka jumlah carian yang biasanya tersasar jauh, kini Adwords Keyword Tool lebih telus dengan mendedahkan jumlah carian yang sebenar seperti grafik di bawah

Dengan data seperti di atas, kita dengan jelas dapat melihat keyword “Cari Duit” jauh lebih popular dari keyword “Buat Duit”. Jadi sesiapa yang jual panduan buat duit tu bersungguh-sungguhlah SEOkan web anda dengan keyword “Cari Duit”. Anda boleh gunakan Adwords Keyword Tool di https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal
Selain Adwords Keyword Tool, lain-lain keyword research tool yang boleh digunakan ialah seperti WordTracker dan SEO Book Keyword Suggestion Tool, ianya juga percuma tetapi saya lebih Adwords Keyword Tool kerana boleh buat kajian spesifik untuk satu-satu negara.
Kalau ada bajet lebih saya galakkan anda beli perisian Keyword Elite. Ia adalah antara tool kajian keyword yang terbaik. Selalu diupdate selari dengan perkembangan kajian keyword semasa.
Anda tahu tentang lain-lain keyword research tool yang percuma? Harap sudi kongsikan di ruangan komen.
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini






Ini adalah peluang baik untuk anda yang baru tercari-cari keyword. Gunakan peluang ini sekarang kerana pada masa akan datang perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran atau dibatalkan…….ARB Dagang
Abdul Rashid Basar’s last blog post..Tip untuk pengguna Post Affiliate FREE
aku pun guna tool dlm adword utk menentukan kata kunci…ehehhe kata kunci bikin duit $$$ hohohohoh
shahraduan’s last blog post..Kita Bukan Isteri Perdana Menteri….
Saya nak tanya betulke Google adword nie kita boleh iklan free saya ada surf website overseas dia kata leh dapat free sampai mati iklan google adwords
Antara cara yang saya tahu untuk mengiklan secara percuma ialah dengan menggunakan kupon. Kupon ini boleh didapati secara percuma, info lanjut sila rujuk Rahsia PPC Percuma
google memang selalu buang tebiat , pas ni jgn pelik lah kalau dia mintak duit pulak kalau nak guna tool dia tu
zaidi’s last blog post..Tips Untuk Blogger
Betul kata Zaidi. Sebab itu kita kena bertindak sekarang.
Saudara Sukeri ! Bila agaknya kita nak ngeteh kat 434………Kaw punya
Abdul Rashid Basar’s last blog post..Peluang Perniagaan Internet, Menjual E-book Master Resell Right
Kalau ada free Sabtu atau Ahad tu contact ajer, saya tak kisah. Ahad lepas ada 2 orang dari KL datang ke Muar belajar Net Biz dengan saya, kebetulan isteri dan anak-anak balik kampung jadi lepak kat rumah saya saja sehari suntuk. Bersemangat betul mereka, sanggup datang jauh-jauh padahal kat KL tu tak kurang kursus net biz
Salam..
kalau nak ngeteh ajak ler sekali org jalan temenggong ahmad ni…
Zubaile’s last blog post..BIT 1023 Chapter 1,2 & 3
Aku pun nak pi melepak NET BIZ kat rumah aku jugalah SUKERI…ehhehehe…boleh kot ?
shahraduan’s last blog post..Blog Ini Berharga $5 Juta Dolar !!
Ahad ni ada 4 orang dari KL juga nak turun Muar, ni kira buka kelas kecil-kecilan la agaknya, mana tau satu hari nanti boleh buat kursus macam Team Saifulsham ke, Dr Irfan ke…he, he. Sebenarnya aku kurang minat buat benda macam ni tapi dah beriya-iya sangat mintak, tak sampai hati pulak nak tolak.
Belum cuba belum tahu saudara Sukeri….ARB Dagang
Abdul Rashid Basar’s last blog post..Anggaran Kos Memulakan Perniagaan Edagang
gunakan sebaik baiknya…..selagi leh guna…