Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Bagaimana Membida Produk Di Web Lelongan

Perniagaan online menjual pelbagai produk lelongan yang paling popular di Malaysia ialah web ebay.com.my dan lelong.com.my. Web ini memberi perkhidmatan menjual pelbagai produk lelongan menggunakan konsep bidaan. Bidaan yang paling tinggi adalah dikira sebagai pemenang untuk sesuatu produk yang dilelong. Apabila anda membeli produk melalui bidaan di web lelongan, bagaimana anda membidanya?

Artikel kali ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa tips sebelum membida produk di web lelongan sebagai panduan awal yang seharusnya anda tahu sebelum anda membuat keputusan untuk membidanya. Antaranya tips tersebut adalah seperti berikut;

1. PRODUK

Pemilihan produk yang betul adalah sangat penting bagi memastikan kepuasan kepada diri anda. Di web lelongan anda boleh mengenal pasti lebih awal tentang produk tersebut melalui artikel ringkas mengenainya serta gambar yang ditunjukkan didalam web lelongan tersebut. Sebagai contoh sekiranya saya hendak membida wang kertas, saya akan pastikan wang kertas yang hendak dibida tersebut berada di dalam keadaan baik dengan meneliti pelbagai sudut melalui gambar yang dipaparkan di lelongan tersebut sehingga saya berasa yakin dan puas hati.

2. HARGA

Pemilihan harga sangat penting sebagai kayu pengukur sebelum anda membida sesuatu produk di web lelongan. Pengalaman saya menjual produk di web ebay.com.my, ada di antara pembeli membida produk di luar kemampuan mereka. Oleh itu pilihlah harga produk yang anda bida tersebut berpatutan mengikut kemampuan anda. Di ebay.com.my ada 2 harga yang diletakkan iaitu satu harga bidaan dan kedua harga buy it now. Sekiranya anda nak produk tu tak tergesa-gesa dan nak dapatkan harga murah anda boleh teruskan dengan harga bidaan tetapi kalau anda nak produk tersebut tanpa bersaing dengan pembeli lain anda boleh buy it now. Jadi produk tersebut akan terus dijual kepada anda.

3. STATUS PENJUAL

Di web lelongan setiap penjual yang berjaya menjual barangan mereka para pembeli akan memberikan komen bergantung kepada produk yang mereka terima daripada penjual. Di ebay.com.my atau lelong.com.my misalnya, kita boleh melihat komen penjual ini melalui (Leave Feedback). Pastikan komen penjual yang anda akan membida produknya berada di antara penjual yang aktif dan mempunyai banyak komen-komen yang positive daripada pembeli.

4. PENIPUAN

Di web lelongan terdapat banyak penipuan berlaku daripada penjual produk. Berhati-hati sebelum membuat bidaan. Untuk mengelakkan perkara ini tidak berlaku kepada diri anda, seharusnya anda tahu ini mungkin penyebabnya iaitu feedback orang yang sama berulang-ulang, transaksi dan harga yang tidak masuk akal langsung, kekerapan transaksi dan produk yang dijual. Daripada situ anda boleh menilai sama ada terdapat unsur penipuan atau tidak.

5. PROMOSI

Kepada anda yang masih baru dalam perniagaan laman web lelongan ini, berhati-hati semasa membida. Sebab ada penjual yang tidak beretika langsung mempromosikan produk mereka di dalam kesemua kategori di web lelongan. Elakkan penjual seperti ini dan mempunyai feedback yang negative terlalu banyak. Berhati-hati juga dengan penjual yang meletakkan harga promosi MYR0.01 pada bahagian bidaan tetapi bahagian keterangan letak harga sebenar lebih dari MYR30.00 ke atas. Tips! baca dahulu keterangan sebelum anda membuat bidaan.

6. KEUNTUNGAN

Kebanyakkan pembeli membida produk di web lelongan sekadar hobi, suka-suka, menambah koleksi dan sebagainya. Sekiranya anda pandai membeli produk yang boleh dijual balik dengan harga 2 kali ganda daripada harga asal, anda adalah orang yang bijak. Kawan saya selalu membeli produk di ebay.com (US) iaitu alat ganti motosikal lama (BSA) dengan harga MYR1,000 tetapi menjualnya kembali di Malaysia dengan harga MYR2,000. Untung bukan!. Tips! Saya belilah produk yang hangat dipasaran lelongan supaya ianya dapat di pasarkan semula.

KESIMPULAN

Apa pun produk yang hendak anda beli secara online di internet, diharapkan tips saya ini bolehlah sedikit sebanyak dijadikan panduan kepada anda sebelum membida sesuatu produk. Berfikir panjang adalah yang paling baik untuk anda. Terdapat banyak lagi tips yang belum saya keluarkan untuk anda. Tips yang saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya melibatkan diri dalam penjualan dan pembelian produk di web lelongan.

Sumber : Matzis Jusdi, http://matzis.blogspot.com


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

5 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by mahadzir md zain
2006-09-28 12:49:49

Panduan yang amat berguna keada yang mahu dan telah mengunakan khidmat ebay dan lelong.com. Bagi yang baru ingin mencuba cuba renung dan fikir-fikirkan. Bagi yang dah mencuba dan kebetulan dah terkena bersabarlah. Usah mudah kecewa dan putus asa. Rezeki ada di mana saja. Yang penting cepat bangun dan berusaha lagi dan lagi. Anyway thanks to Sukeri yang sentiasa sudi membantu dan berkongsi maklumat.

 
MyAvatars 0.2
Comment by shah.net
2006-09-28 17:31:19

Panduan yang berguna bagi sape-sape nak membida di dalam laman web lelongan.

Saya juga merupakan penjual yg tengah aktif di dalam web lelongan ebay.com / ebay.co.uk

 
MyAvatars 0.2
Comment by san
2006-09-28 18:54:15

ngam sekali sukeri,bukan smua org tau pasal jualan lelong ni,sbgi pngguna dn pnjual,peniaga intrnet yg baru mmpunyai hak utk dlindungi,bsmangatlh sa ni jual ebuku lg,,

 
MyAvatars 0.2
Comment by cikgubiz
2006-09-28 23:42:29

Bagus tip ni. Panduan berguna sebelum melakukan sebarang pembelian di ebay

 
MyAvatars 0.2
Comment by abdfatah
2006-09-30 14:39:24

cantik… gua nak lelong mesin taip lama la… ada sapo2 yang berminat. tapi tak boleh pakai dah. rupa ada lagi rupa mesin taip lama. wehahhaa

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson