Bagaimana Mengenali Taktik Seller di Web Lelongan
Internet sebenarnya telah membuka lembaran baru didalam era pemasaran perniagaan tanpa sempadan. Kos tidak tinggi dan boleh dilakukan hanya dihadapan komputer. Tetapi adakah anda tahu terdapat segelintir seller di internet khususnya di web lelongan telah menggunakan taktik penjualan yang tidak beretika? Mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan perniagaannya laris di pasaran.
Artikel kali ini saya akan membongkar sedikit berkaitan seller yang tidak beretika ini khususnya didalam perniagaan web lelongan. Pengalaman saya sewaktu membuat bidaan di web lelongan, suatu hari saya telah membida satu item tetapi tidak sampai beberapa minit bidaan saya telah kalah dan apabila saya periksa dalam masa yang sama sudah ada 5 orang telah membuat bidaan. Kenapa ini boleh berlaku? puas saya mencari jawapannya tetapi setelah saya membuat kajian tentang perkara ini barulah saya tahu ada segelintir seller di web lelongan telah membuat id (nama semasa pendaftaran) di web lelongan banyak-banyak untuk kegunaan taktik mengelirukan pembidannya.
Tujuannya apabila ada pembeli membida itemnya, id yang didaftarkan banyak tadilah yang akan menjadi umpan kepada pembidanya seolah-olah ramailah orang yang turut membida itemnya. Jika anda ingin menghindari daripada seller seperti ini saya ada tips untuk anda seperti berikut:
1. Jika anda membuat bidaan item tetapi kalah beberapa minit kemudian dan ada pembida yang ramai masuk, nasihat saya jangan teruskan bidaan anda melainkan anda ingin menanggung risikonya.
2. Kebiasaanya seller yang menggunakan taktik id banyak ni semuanya tiada mempunyai feedback (0) dari pembeli. Kenapa? Mustahil seller gunakan id ini untuk tujuan jualan. Seller akan gunakan satu id tetap sahaja untuk jualan. Contoh id seller2006 adalah untuk jualan tetapi id seller73, seller74, seller75 & seller76 hanyalah id bertujuan untuk umpan pembidanya.
3. Kebiasannya seller yang membuat taktik ini hanya menjual satu item sahaja. Selain daripada itu juga kemungkinan besar item yang dijual tersebut kurang mendapat pasaran.
Kesimpulan
Kepada anda yang ingin memulakan perniagaan di web lelongan atau anda yang sudah mahir didalam perniagaan ini, seharusnya anda mestilah menjadi peniaga yang beretika. Sebijak mana pun anda diluar sana tetapi pembida lebih bijak memikirkan sesuatu jalan penyelasaiannya. Bak kata pepatah melayu “sepandai-pandai tupai melompat akhir masanya akan jatuh juga ke tanah”.
Sumber : MATZIS JUSDI http://matzis.blogspot.com
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini






Macam2 taktik diorang pakai ye.
taktik dan triks dan pelbagai gaya dan teknik yang terkini…
selamat maju jaya
alamak saya baru je join dalam lelongan semalam. baru je nak try dah ada pulak rumour yang berapa elok didengar. anyway bagus gak sebab ada peringatan so kira ok ler. thanks
saya pun pernah berjaya jual barang kat lelong.com.my
susah jgak ye.. mcm2 hal
taktik jahat ni
tapi sepandai2 tupai melompat, mesti jatuh ke tanah juga
orang akan dapat tahu juga
Kebiasaannya itu di Pangil Sniper kalau tak salahlah.
Benda tu boleh dibeli sebab ianya adalah satu program/sofware untuk seller supaya tidak rugi menjual brg mereka. Kebanyakkan digunakan oleh Seller yg bertauliah jerk.
kalau yg seller feedback kosong tu…guna tektik tu sila hindarkan lah.
aku sendiri pun dok bi dlm lelong tu…penat jerk dok ikut sniper dia org. Tak tau harga tahap mana dia org akan matikan.
En. shah.net, sniper tak memerlukan seller yang bertauliah, cuma pandai snipe item jer!…saya selalu gunakan snipe. Kalau nak tau saya kongsikan snipe yang bagus ialah auctionsnipe.com atau justsniper.com. cuba ler. Tentang tahap harga mana yang diorang kasi mati tu….kena tanya mat salleh ler pasal diorang lebih terror kerana setinggi mana pun kita bid namun bid mereka yang rendah juga yang menang.
T.Q Matzis…dpt gak saya menimba ilmu…ehehehehe. Biasa lah baru bermula jadi seller ni.
hehe.. cari ilmu jangan tak cari…
En Shah kalau nak tau lebih lanjut langkah menjual berkesan di web lelongan, masuklah blog saya. Saya ada tips untuk di kongsikan bersama.
memang perniagaan di web lelongan memerlukan skil. Banyak yang perlu dipelajari sebenarnya.