Beli domain & hosting pada tempat yang sama atau berlainan.Mana yang lebih baik?
Blog sukeri.com telah berpindah server hosting.Ya, kalau ada yang tidak dapat akses ke blog ini lebihkurang satu jam malam tadi semasa dua rancangan hangat disiarkan di RTM, TV3 dan Astro Ria,apalagi kalau bukan temuramah dengan Mawi dan Ina dan juga majlis persandingan Siti Nurhaliza & Datuk K adalah kerana saya sedang sibuk memindahkan blog ini ke hosting baru sambil mencuri dengar rancangan TV tu….he..he
Kini anda boleh akses ke blog ini dengan lebih pantas dengan hosting baru ni, memang lebih pantas jika anda perasan dan lebih jelas bagi saya melihatnya semasa membuat proses upload dan download menggunakan perisian FTP.Kenapa nak pindah?..Hosting yang lama tu rasanya semakin slow dan dua web perniagaan internet saya dah tiga hari tak dapat di akses hingga hari ini.Menurut taukenya server dia kena sabotaj..ish..ish..ish, jahat sungguh depa ni.Tak de kerja lain agaknya.Dah la web popular Zul Smartusaha asyik kena hack.Cemburu agaknya pasal dia tak dapat ranking yang baik kat search engine.
Tapi apa pun puncanya, bagi pelanggan seperti saya no access = no income, satu dari web perniagaan tu adalah adsense.Aduh… dah 3 hari dapat telur ($0.00) jer sedangkan biasanya ia dapat menjana antara $1USD hingga $5USD sehari dan saya tak mampu berbuat apa-apa untuk membetulkannya.Satu yang saya pelajari, elok beli domain name dan hosting dari tempat yang berbeza.
Seperti domain sukeri.com ni saya dapatkan dari godaddy.com dan hosting barunya yang lebih pantas ni di http://peng-u.net Jadi bila server yang lama tu bermasaalah terus saya tukarkan dns setting pada domain sukeri.com untuk point ke server yang baru.
Cuma yang malangnya dua web perniagaan yang kantul tu domain & hosting pada pihak yang sama, tak bolehlah saya buat apa-apa atau saya yang tak tahu macam mana nak buat.Kalau ada yang tahu tu, minta tolong…Satu lagi kesilapan saya ialah tidak buat backup untuk web adsense tu, harapnya masaalah ni tidak menjejaskan databasenya.Arrrgh…nasib la,sendiri mau ingat.Yang baiknya anda dapat belajar dari kesilapan saya.
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini






“Cuma yang malangnya dua web perniagaan yang kantul tu domain & hosting pada pihak yang sama, tak bolehlah saya buat apa-apa atau saya yang tak tahu macam mana nak buat.Kalau ada yang tahu tu, minta tolong..”
Sukeri, kalau nak, buat domain transfer. Cari company baru dan cakap kat dia nak buat domain transfer. Maksudnya, company baru tu yang akan handle domain sukeri tu dan bukan company lama lagi. Kalau tak faham, pihak company baru tu akan explain dan sukeri kena bincang dan tanyalah dengan diaorang mcm mana. Nak transfer domain ni ada yg caj dan ada yg free.
Pasal blog saya kena hack, ya, ada orang cemburu.
Sukeri mcm tahu jerr.. hehe..
Btul.. Kadang2 pemilihan hosting yg salah bole membebankan..
Saya pnah tpakai Plesk dulu tp skrg dah tukar ke CP.. Lebih snang dan mudah.. Hasil tnjuk ajar seseorg pakar..
PS: Lama xcontact Encik Sukeri.. Nanti saya contact..
Walaupun saya tak pernah mengalaminya, saya akan tetap ambil iktibar dari apa yg dah berlaku pada sukeri dgn smartzul. Cegah sebelum parah
Terima kasih atas pesanan
salam,
eh tak sangka pulak En.Sukeri post pasal ni.
Errm pasal Domain Transfer tu saya boleh uruskan kalau ada sesiapa berminat. Anda ada fully control domain tu, bila2 masa boleh tukar dns dan whois detail.
Yang penting ialah, Administrator Email pada whois domain tu adalah milik anda.
Proses transfer dalam 5-7 hari kalau takde masalah.
Thanks En Sukeri
Yup, pastikan domain yang kita beli tu adalah HAK kita. Check betul-betul..
Arh !!! Sukeri, masalah ni hampir sama dengan yang saya alami tapi taklah teruk sangat tu.Heheh, bila nak buat backup,semua fail tak ada dalam database.Ni yang parah ni, saya dah pelajari sikit-sikit ni.Saya dah ada backup dah.Setiap hari kalau saya buat editing pada laman web saya walaupun sangat sedikit dan tak berapa cantik dan popular , tapi saya ada backup failnya , asalja ada fail yang nak dipindah, terus backup,
betul juga ya, ada orang kata fail itu money, money itu fail. bislah kalau hilang semua fail tu, nak mula balik hahaha , mcm nak nangis hua !!!! punya pasal…. hahaha.- biasalah sukeri , pengajaran,
hahaha
Smartzul, terimakasih atas tips yang diberi, saya memang rajin ikuti perkembangan smatusaha cuma tak rajin komen sebab tu saya tahu
Matzfain, memang lama kita tak contact tapi awak memang rajin beri komen kat blog-blog net biz,Hmmm bila nak keluar blog sendiri?
Walikard, terima kasih untuk komen anda.
Alhafiz tauke peng-u.net, 2 web netbiz saya tu dah up balik petang ni.Kalau tak saya pasti cari awak buat domain transfer.Alhamdullilah datanya tak hilang.Sekarang perlu rajin buat backup.Ada sape-sape tau camna nak buat auto backup (malas la tu)
Sanny, kawan kita dari Brunei, kau memang rajin kaji script,Janganlah nangis dan jangan lupa juga hardisk di PC kita juga boleh kong tiba-tiba.Better pasang dua hardisk dan buat mirroring.
just a suggestion…
saya ada baca email dari gobala (internet marketer) berkenaan pemilihan web hosting provider dah juga web berkenaan wordpress…agak menarik dan informative…
He he.. Saya masih mengkaji pasaran internet lagi ni.. Akan datang adalah blog saya nanti ni Encik Sukeri.. Thanks Encik Sukeri..
PS: Kalau semua nak tau, Encik Sukeri ialah org pertama yg saya kenal dlm netbiz ni.. Lps tu barulah saya dpt tngok dunia internet yg serba luas ni.. Thanks Encik Sukeri
salam en.sukeri,
terima kasih la atas pesanan nie, namun sy dah beli domain & hosting ditempat yg sama, hrap tkda masalah, br cuba2 buat web & promot, walaupun dah lama niaga (dialam nyata) diinternet msih br dan bnyk kne bljr. so terima kasih atas artikel ni dan yg lpas2..
Ps: Sy pun sama macm matzfain, tq very much en.sukeri.
Terima kasih. Saya belum ada web lagi. Bagaimanapun pengalaman sdr tu akan saya jadikan iktibar untuk saya.
Ho ho tahniah laju nampaknya bila saya try masuk ok hi hi sama jam matzain sukeri adalag tempat saya bertanya kalo tak paham hmm ok selamat meyambut merdeka semua
Hai Tazamfn, kalau balik Muar nanti contact la, boleh kita jumpa dan pekena mee bandung muar ke.
Kalau awak pun certify akses ke sukeri.com sekarang lebih pantas, naiklah saham Alhafiz3d ( peng-u.net ).Dia pun orang Muar juga tu.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua pembaca blog ni.
Saya nak merdeka dari masaalah kewangan, jom kita buat bisnes internet.
wah… nak pilih mana satu yer? pening kepala. nampak gaya nyer kena berkira-kira dengan sempoihosting nampaknya. boleh dapat yang murah dan berbaloi.
hehe… nampak berbeza sakan bila try guna wordpress nih. nanti boleh la masukkan dalam .com saya nanti.
tengah berkira-kira nak daftar dengan sempoihosting.com
boleh jenguk dulu la saya punya blog terkini… www.abdfatah.wordpress.com
selamat maju jaya buat otai2 internet semua…
caya lah…
tapi tak dapat nak join 3dalam1 di kelantan nanti la… waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
seminar pun tengah berkira2 nak join. wasalam
zul… sabar aje laa.
ermmmm saja nk korek ilmu kat sini
Terima kasih. Saya belum ada web lagi. Saya tidak tahu bagaimana nak mulakan dan apa harus saya niagakan dalam internet.Walaubagaimanapun saya ingin berjaya seperti saudara.
sapo2 yang belu ada web… elok buat satu dan pergi kursus sekali dan buat blog yang membosankan macam blog saya nih… hehhe
www.abdfatah.wordpress.com
memang bosankan??? weheiiiiiiiiiiiiii…
saya pun berkira-kira nak tukar server untuk salah satu web site saya. dah berat nampaknya. cuma belum berkesempatan.
Assalamualaikom semua!!
Saya adalah peminat semua orang disini. Smartzul adalah antara contoh panduan saya.
Saya nak tau jugak macamne kita nak tau web kita kena hack? Baru tadi saya ada buka blog saya iaitu blog.emizul.com
Masalahnya ialah saya tak leh akses database…
Mungkin masalah server ke? atau memang ada orang hack..
Lagi satu, blog saya macam tak dapat load header, theme dia macam tak load sepenuhnya. Bila nak login, tak leh.
Adakah ini masalah server atau ada hack?
Server mana bagus buat masa ni?
Buat masa ni saya sedang cari maklumat server yang bagus.
Ok..wassalam
Emizul, kadang-kadang memang server tu down, mungkin ada masaalah atau sedang di servis.
Biasanya hacker ni suka ubah kandungan web kita dan tinggalkan mesej mereka kat web.Kalau kandungan web tu berbeza dari yang sepatutnya memang confirm la dah kena hack.
Ada juga yang ganas terus delete content dan database kita, menyesal tak sudah kalau kita tak ada backup.
err… boleh tanya sini tak. ada panduan untuk pindah hosting yang boleh saya download atau kena beli…?
Kalau pindahkan laman web statik tanpa database, mudah saja. Cuma download semua fail kat hosting lama kemudian upload balik ke hosting yang baru.
Kalau melibatkan database macam blog wordpress memang kecoh sikit tapi kalau dah biasa senang ajer.
Sesetengah pihak hosting ada sediakan servis pemindahan percuma jika beli hosting dengan mereka macam Host Gator
Saya gunakan hosting ni sekarang, memang puas hati & tak ada problem. Tapi saya pindahkan sendiri semua web dan blog saya.
Err.. kalau web / blog kurang dari 5 saya boleh ambil job pindahkan hosting tu. Kira lebih kurang aje la. Kalau banyak saya tak sanggup.
Sukeri’s last blog post..Sebarkan Report & Buat Duit Lagi
saya nak beli domain name,tapi saya tak pandai nak buat macam mane la.. boleh tolong saya x..
Kalau beli dari luar negara leceh sikit kena pakai Paypal atau kad kredit. Beli dari reseller tempatan mudah sikit. Sila rujuk http://sempoihosting.com/buy-domain-name-only.htm Mudah nak faham dan boleh buat bayaran dengan perbankan internet.
Jika anda langgan pakej setup blog saya di http://sukeri.com/khidmat-setup-blog/ Saya akan uruskan semuanya. Tau siap aje.
Sukeri’s last blog post..101 Tip Adsense
Aku prefer dengan tempatan. Bukan aku tak suka yang luar. Dah la mahal. Kekadang susah nak faham bahase jerman diorang tuh..
Better orang kita. Nak cari gaduh pun sonang. Hehe..:D