Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Berhati-hati dengan SEO

Lihat screen shot di atas, ini adalah kali pertama blog ini mendapat ranking No. 1 di Google dengan keyword usahawan internet. Biasanya takhta ini dipegang oleh blog SmartZul yang sentiasa segar dan padat kandungannya. Bab update blog ni memang saya tak terdaya untuk mengatasi SmartZul.Dia memang superb.

Jadi apakah faktor yang melonjakkan blog ini ke tahap itu?, Saya percaya ianya berkaitan dengan backlink yang terhasil dari projek My List Daryl kerana tidak banyak aktiviti SEO lain yang saya lakukan buat masa ini.

Ya saya agak gembira dengan perkembangan ini tetapi juga risau selepas membaca komen-komen pelawat blog ini. Mohd Ismail beritahu google sedang menyusun balik algoritma enjin cariannya. Perlu berhati-hati dengan senarai My List yang panjang tu.Azrin juga berpendapat blog ini pasti kena gam dengan Google dan Technorati kerana senarai itu.

Lebih malang lagi, John Chow yang begitu unggul dengan keyword make money online sebelum ni yang menggunakan taktik blog review dan mendapat lebih 700+ backlink dalam masa yang singkat sudah menerima kesannya dan serta-merta menghentikan kempennya.

Adakah blog ini juga akan menerima nasib yang sama kerana peningkatan jumlah backlink yang banyak dalam masa yang singkat. Apa pandangan anda?


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

18 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by BujangJutawan
2007-06-04 09:44:28

Wah, kalau betullah macam tu… susah la macam ni.. ada alternatif lain ker?

 
MyAvatars 0.2
Comment by SEO Subscribed to comments via email
2007-06-04 12:23:11

sini ada web yang berkaitan dengan SEO…

citer pasal google dan lain-lain.

nampaknya memang perlu berhati-hati la dengan lebih teliti lagi…

 
MyAvatars 0.2
Comment by azraai Subscribed to comments via email
2007-06-04 14:38:31

maximum outside link dalam setiap page yang diterima algorithm search engine kebiasaannya hanya 20. kalau lebih dari 20 selalunya dieorang akan tanda sebagi spam site.

 
MyAvatars 0.2
Comment by Maizul
2007-06-04 20:34:53

Tahniah.. jangan sampai kene gam dah lah.

 
MyAvatars 0.2
Comment by SEO Subscribed to comments via email
2007-06-05 02:28:45

dia tak gam kot… cuma kena turut pangkat dari biasa la.

kalu lebih lagi tu mungkin depa hantar surat peringatan laa. hihi…

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-06-05 10:00:42

Bujang jutawan, ada banyak cara lain untuk seo ni, backlink adalah yang paling popular tapi kaedahnya banyak.

Terima kasih Fatah kerana bagi link teknik seo. Juga kepada Azraai, baru hari ni saya tau maximum outgoing link adalah 20. Kalau tau dari awal tentu saya tak berani join projek ni.

Ya Cikgu, saya memang risau kena gam. Setakat jatuh ranking tu ok lagi sebab macam-macam keyword yang sampai disini, semalam keyword Hibah jalan Ampang pun boleh sampai ke sini.

Tapi tak adillah kalau saya delete post yang ada senarai tu, sebab ini kerja komuniti, kira dah sanggup bagi kerjasama kena tunaikan juga tanggungjawab tu.

Untung sama-sama jadi kalau rugi pun sama-samalah. Tengok dalam sebulan ni kalau blog ni kena ban. Jadi eksperimen la gamaknya.

 
MyAvatars 0.2
Comment by azraai Subscribed to comments via email
2007-06-05 16:55:51

mungkin sekarang makin rendah jumlah dia. lepas PR update hari tu byk site turun PR dieorang. Frontpage Blogitude pun sekarang letak 15 posts jer. tak berani lebih.

 
MyAvatars 0.2
Comment by Nasir Subscribed to comments via email
2007-06-09 23:22:02

Google founders say: “Don’t be evil”

People come with all kind of tricks, but anything that is deemed as cheating will be flagged by Google. You do know that they have thousands of staff working dedicatedly just to catch fresh tricks like this all the time, right?

I personally trust branding, more than all SEO tricks out there. Google, Yahoo, MSN, Myspace /Friendster, LinkedIn, Wiki (and celebrity bloggers’) etc. are good examples. No matter how people backlink or not, people will keep coming to them for years, not just days/weeks/months.

If you’ll be treating blogging as a “business”, target long-term. Don’t settle for quick-term tricks. Quickies are good when you’re new, and amateur, but once you turn pros, if you keep practicing quick tricks, you’ll go down after a couple years or so. (that’s the max, btw!). I’ve observed this very well throughout my 10+ yrs as active Web user.

My 2-cent…. I’m still learning myself after all these years…

 
MyAvatars 0.2
Comment by Nasir Subscribed to comments via email
2007-06-09 23:34:25

Lagi satu… Kenapa nak berebut-rebut dengan keyword “usahawan Internet” padahal tak ramai yang search for that keyword. 40x lebih ramai orang look for “usahawan” and 5x more people look for keyword “usahawan Melayu” atau “usahawan berjaya” misalnya…

Isu yang sama saya utarakan kepada perunding pemasaran Internet di salah sebuah syarikat pemasaran utama yang aktif di mainstream media: Kena bising-bising “Internet Coaching” padahal berapa kerat sangat yang cari phrase tu, berbanding misalnya “Internet Marketing” yang beratus2 kali lebih banyak!

Dan kenapa Malaysia/Asia sahaja, padahal kalau Internet maksudnya, GLOBAL! Kalau tak boleh global, maksudnya, tak cukup berkesan, sebab hanya boleh jadi jaguh kampung. USA dan Europe misalnya masih mendominasikan penggunaan Internet, sekurang2nya 3/4 daripada penggunaan seluruh dunia. Penggunaan Internet di eluruh Asia masih kurang daripada 25% walaupun penduduk Asia adalah 2/3 dunia.

 
MyAvatars 0.2
Comment by SEO Subscribed to comments via email
2007-06-10 10:32:37

yer betul jangan main silap mata… nanti anda yang akan kecewa… kan dah ada cara nak mendekati google dengan cara yang baik… lebih baik gunkan panduan yang telah diberikan oleh google dengan sebaik mungkin untuk kekal bersama google…

nak kekal lama atau nak sementara lama?

pilihan di tangan anda…

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-06-10 11:31:10

Lagi satu… Kenapa nak berebut-rebut dengan keyword “usahawan Internet” padahal tak ramai yang search for that keyword. 40x lebih ramai orang look for “usahawan” and 5x more people look for keyword “usahawan Melayu” atau “usahawan berjaya” misalnya…

Maaf En Nasir, saya tau awak seorang yang advance dan mungkin jutawan internet tetapi saya bukan melihat duit semata-mata dengan keyword “usahawan internet” dan “perniagaan internet”

Kalau saya cuma nampak duit, tak perlulah saya tulis blog dalam Bahasa Malaysia ni kerana saya juga tau pasarannya kecil berbanding jika saya menulis dalam Bahasa Inggeris.

Ada niat lain disebalik tu, saya mahu kongsikan sedikit ilmu yang saya ada kepada sesiapa yang berminat mencari maklumat tentang perniagaan internet dan usahawan internet. Tak semua orang Malaysia fasih Berbahasa Inggeris dan ramai yang dahagakan maklumat dalam Bahasa Malaysia.

Pendek kata blog ini lebih sesuai untuk newbie dan bukannya seorang yang begitu berjaya dengan dunia perniagaan internet.

Saya tahu ramai usahawan internet Malaysia diluar sana yang buat duit dengan banyak melalui internet dan kitamungkin tak pernah kenal siapa mereka. Mungkin mereka tak bersedia kongsikan ilmu mereka takut-takut jadi pesaing mereka pula.

Jadi keyword usahawan internet dan perniagaan internet ada serampang dua mata, membantu mereka yang mahukan maklumat dalam Bahasa Malaysia tentang perniagaan internet dan buat duit sikit untuk cover kos saya.

Harap En. Nasir faham kenapa saya pilih keyword tu.

 
MyAvatars 0.2
Comment by smartzul
2007-06-10 16:00:47

Sukeri, bagi saya dalam membina back link, kita kena biarkan ia terjadi secara neutral, tanpa dibuat2 dalam masa yg singkat. Nak buat boleh, tapi kena ada balance lah. Begitu juga dengan one way dan two way linking, kalau dua2 seimbang lagi bagus.

Satu lagi bab letak link di blog yg tak ada kaitan dgn topik blog kita, sebelum ni kita faham ia tak bagus untuk SE (search engine), tapi sebenarnya kalau ada lagi bagus sebab di mata SE dia akan anggap blog kita ni neutral dan ada balance.

Kesimpulannya, SE macam Google mungkin lebih sukakan keneutralan. :)

Lari topik sikit: Google ni saya kecewa sikit sebab apa yg kita cari kadang2 yg top ten tu tak relevan pun apa yg kita nak. Tapi tak apa lah, at least ada SE. hehe.. ;)

Wallahu ‘alam.

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-06-10 18:48:45

Terima kasih SmartZul kerana memberikan nasihat yang berguna. Saya juga melakukan kesilapan dan saya sedia belajar darinya.

Sesuatu yang menarik, cuba taip keyword “click here” kat google, dah lama saya cuba dan sampai hari ni Adobe Reader di ranking no. 1.

Kenapa begitu sedangkan cuma satu perkataan click dan satu perkataan here di web tu, Gabungan click here memang tak ada langsung.

Saya percaya ianya kerana back link, tentu banyak web yang link back to web Adobe Reader tu gunakan tajuk link Click here to download Adobe Reader atau click here saja dan pastinya web yang buat back link tu dari pelbagai bidang.

Jadi benarlah kata Smartzul kadang yang top ten tu tak relevan. Kalau diikutkan sangat memang pening layan search engine ni tapi SEO memang diperlukan kalau mahu trafik tambahan.

 
MyAvatars 0.2
Comment by SEO Subscribed to comments via email
2007-06-11 01:10:14

haha… itulah kepelikan google agaknya. yang ini kena report la kepada google. bleh tanya depa kenapa apa yang di cari di top ten tak releven dengan yang kita nak?

patut kena buat research juga tu… bagaimana nak menghasilkan produk terbaik di top ranking, macam artikel terbaik yang di pertandingkan dalam seo chalenge dalam WC terdahulu…

sekian terima kasih

 
MyAvatars 0.2
Comment by suhail Subscribed to comments via email
2007-06-19 17:17:09

oh. neutral backlink..setahu saya kalo bagi komen di blog org juga mendapat natural backlink bukan??? kalau banyak buat komen di blog yg tak ada dlm favorite blog bukankah itu akn menjadi tak seimbang tanpa kita sedari..so add lah dahulu link blog yg kita nk komen tu dlm favorite blog kita.hehe sekadar pendapat

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-06-19 21:13:03

Saya tak sure sangat pasal benda ni dan dah lupa baca kat mana. Katanya backlink kat komen tak akan difollow oleh spider search engine kerana default settingnya ada arahan no follow untuk link di komen.

Kalau benar bermakna tak ada makna backlink kat komen untuk search engine.

Kalau tak silap ada plugin khas untuk batalkan arahan no follow ni.

 
MyAvatars 0.2
Comment by azwan
2007-07-27 00:21:14

Cek rank sukeri.com hari ni nombor dua. Takleh lawan dengan usahawaninternet.com. hehehe

Anyway good sharing after all. Banyak benda yang boleh dipelajari dari setiap orang.

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-07-27 09:13:04

He..he.. small player macam saya mana boleh lawan otai. Ni pun dah lama tak update blog.. tak tau kenapa tiba-tiba macam ada satu anjakan dan kini seolah-olah berada di luar dan menilai apa yang sedang dilakukan sukeri ni.

Kalau selama ni saya biasa habiskan masa berbelas jam sehari online tapi sekarang dihadkan sekitar 4 atau 5 jam saja.

Mungkinkah ini satu proses yang perlu dilalui. Entahlah?

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson