11 TIP PRAKTIKAL – BERJAYA JUAL MINIMUM 100 UNIT PRODUK SEBULAN?

11 Cara praktikal eksperimen iklan FB Ads, yang membantu klien kami jual 100 unit produk atau cecah RM10,000 sales pertama?
Soalan:

Tuan, iklan FB Ads saya ada masalah. Saya jual produk kecantikan untuk wanita, boleh tuan tengok FB Pages saya dan cadangkan apa penambahbaikan yang boleh saya buat?

Saya dah spend lebih RM300 dalam masa 3 hari. Sedih sangat sebab iklan tak ada orang respon pun.

Jawapan:

1. Saya sudah tengok iklan cikpuan. Sangat mengecewakan. Cikpuan cuba jual kepada semua wanita yang mahu cantik. Jadi saya sendiri boleh letak jaminan bahawa iklan itu 99% tak akan berkesan (Kejam? Biasalah).

2. Jangan gatal-gatal tangan terus keluarkan kos iklan RM100 sehari. Itu sangat besar untuk pengalaman yang kecil. Mula dengan sekecil RM50 dulu. Kemudian jika 2 hari (RM100) masih tidak mendatangkan hasil, tutup terus iklan itu.

3. Saya cadangkan cikpuan jawab soalan ini baik-baik dan teliti: “Aku nak jual kat siapa?”

4. Jawapan cikpuan di atas akan menentukan sejauh mana cikpuan faham dan kenal siapa pelanggan cikpuan.

5. Asas sebelum tulis iklan adalah tahu kepada siapa yang kita jual. Lepas dah tahu siapa, baru mudah untuk kita rangka kempen iklan yang betul dan berkesan.

6. Jika cikpuan masih belum jumpa jawapan yang memuaskan hati, jalan paling mudah adalah menghubungi semula 2 orang pelanggan (minimum) yang repeat order.

7. Call mereka untuk cuba memahami apakah poin-poin yang menyebabkan mereka repeat order. Ini akan menjimatkan 90% masa cikpuan untuk kenal pasti mana satu poin yang kuat untuk ditekankan dalam setiap kempen iklan.

8. Cikpuan juga tidak jelas dengan matlamat cikpuan. Cikpuan tamak. Mahu letak 10 matlamat dalam 1 kempen iklan. Ini perbuatan berani bodoh. 1 iklan hanya 1 matlamat saja.

9. Sebagai contoh, 1 kempen iklan cikpuan mensasarkan untuk dapat minimum 10 pertanyaan prospek di ruangan message FB Page. Ini adalah indikator samada iklan cikpuan berjaya atau tidak.

10. Tak perlu guna gambar model yang pegang produk. Pelanggan tak rasa apa-apa pun bila tengok gambar itu. Guna gambar pelanggan lain yang pegang produk kita. Lebih bagus, gambar pelanggan yang sudah nampak hasil selepas pakai produk kita.

11. Mohon cikpuan tak bergantung pada 1 iklan. Sebelum ini, cikpuan buat 1 iklan kemudian terus ‘berserah’. Permainan iklan bukan seperti itu.

Sentiasa buat iklan berlawan 1 sama lain. Minimum test 2 iklan. Cikpuan akan perasan salah satu iklan akan memberi pulangan yang lebih lumayan.

Jawapan yang kami berikan di atas adalah jawapan asas yang membantu klien-klien dan peserta kelas untuk dapatkan 100 sales pertama. Kalau produk cikpuan harga RM100, ia dapat membantu untuk tuan puan faham bagaimana untuk dapat RM10,000 sales pertama.

Kalau cikpuan masih tak faham cara buat iklan, beli saja panduan Ads Vault. Tengok cara asas yang kami guna secara LIVE untuk hasilkan iklan-iklan FB Ads?

NOTA: Boleh tuan puan tolong SHARE 11 tip ini di FB sekarang? Biar ramai orang dapat manfaat.

Baca lagi 8+ case study yang berjaya naikkan sales sehingga RM50k sebulan.

Semuanya selepas mereka amalkan teknik penulisan iklan yang diajar dalam kelas online Ads Vault.

Klik sini: http://sifubisnes.com/adsvault

– Aqif Azizan
Pengasas, Write to Wealth.

BAGAIMANA MENGHASILKAN JUALAN 6 ANGKA TANPA FB ADS

jualan-naik

Ada agen-agen atau stokis-stokis produk yg jualannya krik-krik?

Nak sales naik tapi takut nak belanja duit kat FB Ads sebab takut duit hangus terbakar?

Nak tips untuk gandakan jualan anda tanpa FB Ads?

Saya cadangkan anda baca ebook ni kalau serius nak naikkan jualan. Investlah untuk ilmu jika nak upgrade hidup anda.

Penulis ini telah membuktikan dalam satu pertandingan di Online Business Academy beliau berjaya membantu mentee menghasilkan jualan 6 angka dalam masa 6 minggu sahaja dengan teknik yg diajar dalam ebook ni

Anda boleh dapatkan ebook ni di:

==>> http://sifubisnes.com/ideamaster

ebook