Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Buat Panggilan PC to Phone Dengan I-Talk Buddy

Bagi mereka yang selalu duduk depan komputer, bolehlah buat panggilan telefon dengan menggunakan i-talk buddy. Kadar panggilannya cukup murah dan kualiti audionya juga sangat baik. Berikut adalah kadar panggilannya:

  • Ke Telefon Rumah / Pejabat : 10 sen seminit (seluruh Malaysia)
  • Ke Telefon Bimbit : 15 sen seminit (seluruh Malaysia)

Panggilan ke luar negara juga boleh dilakukan. Untuk menggunakan i-talk buddy, anda perlukan:

  1. Komputer dengan sambungan internet broadband ( Contoh : Streamyx)
  2. Headphone yang dilengkapi dengan microphone
  3. Kredit Prepaid i-Talk

Langkah Pemasangan I-Talk Buddy

  1. Join (percuma) i-talk buddy di http://www.italkbuddy.com.my/?q=register
  2. Download i-talk buddy di http://www.italkbuddy.com.my/?q=downloads_user
  3. Install i-talk buddy di komputer anda

Dah selesai, mulakan program i-talk buddy anda. Masukkan username dan password yang anda daftarkan tadi.

Sebelum boleh membuat panggilan telefon, anda perlu top-up dulu akaun i-talk buddy anda. Contoh saya order i-talk bernilai RM10 dari server Mastereload

Arahan smsnya : me <password> im10

Lain-lain kod produk i-talk adalah seperti berikut.

im10 - i-Talk Mobile 10 - RM 10.00
im20 - i-Talk Mobile 20 - RM 20.00
im30 - i-Talk Mobile 30 - RM 30.00
im50 - i-Talk Mobile 50 - RM 20.00

Anda akan mendapat balasan dari server Mastereload yang mengandungi No Pin i-talk

Sekarang kembali ke i-talk buddy anda dan klik tanda $ tu

Klik pada Activate Account, masukkan No pin dan klik Submit

Ok sekarang dah ada kredit dalam akaun i-talk buddy anda dan dah boleh buat panggilan telefon. Klik pada Speak dan ikon telefon tu.

Masukkan no telefon dan klik Call

Nota:
Kadar keuntungan bagi produk i-talk jauh lebih tinggi berbanding produk prepaid lain. Sila rujuk kadar keuntungan dalam Mastereload bagi setiap produk di bawah :

  • i-talk RM10 - RM1.00
  • Celcom RM10 - 22.5 sen
  • Digi RM10 - 20 sen
  • Maxis RM10 - 23 sen

Kadar keuntungan lebih tinggi, kadar panggilan lebih rendah. Pilihan yang bijak.

http://www.italkbuddy.com.my


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

13 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by bizmalaya
2007-11-26 20:51:41

clear ke suara?kalau guna talian internet yang rendah (bawah 1M)

bizmalaya’s last blog post..Panduan Membeli Menggunakan Internet

Comment by Sukeri
2007-11-27 07:26:42

Talian internet saya 1Mbps tapi kalau test kat speedtest.net biasa dapat 1.3Mbps. Saya ada cuba buat panggilan ke telefon rumah dan handphone. Memang clear suaranya.

Tak ada terputus-putus & delay. Kalau nak dibandingkan dengan YM phone out dan Skype, dari pengalaman sendiri memang i-talk buddy ni jauh lebih baik. Mungkin kerana networknya kecil atau local server.

Kalau speed kurang 1Mbps tu tak tau la. Harap sesiapa yang guna 512kbps atau 384kbps tu dapatlah kongsikan testimoni anda.

Ni masih dalam Beta Version, akan datang boleh hantar SMS. Ni yang saya suka sebab mudah menaip di keyboard komputer berbanding di handphone.

Sukeri’s last blog post..Testimoni Dari Super TOP Agent Kami

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by koibito
2007-11-27 13:09:54

good info…ada masa nanti boleh lah cuba…tp 512MB boleh ke…

Nak tunggu testimoni dulu kot….tp kat sini kat kawasan sabah ni memang agak lembab sikit…guna 512 pun macam guna dial up je..

koibito’s last blog post..Panduan Membeli Belah Secara Online

Comment by Sukeri
2007-11-27 14:11:38

Kalau pakej 512kbps tu saya rasa memang tak ada masaalah, tapi faham-faham aje la TMnet ni. Elok test dulu speednya. Gunakan web http://speedtest.net untuk test.

Untuk makluman i-talk ni boleh juga guna terus melalui handphone atau telefon rumah. i-talk buddy ni cuma saluran tambahan saja. Kadar panggilannya sama.

Sukeri’s last blog post..Testimoni Dari Super TOP Agent Kami

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by titan Subscribed to comments via email
2007-11-28 06:29:42

Aku dah join..mastereload pun dah join. Cuma aku lom try call je..

titan’s last blog post..BlogerWave - Make Blog and Make Money

 
MyAvatars 0.2
Comment by soul_krasty
2007-11-28 10:52:13

menarik2..tp pkai skype free and ok la die pny performance..delays and jitter die boleh di terima akal lagi..huhu..

soul_krasty’s last blog post..CCNA

Comment by sukeri
2007-11-28 11:38:24

Issh, mana ada free pakai Skype. Kalau PC to PC memang free la. MSN dan YM juga free, kalau PC ke phone memang kena bayar juga.

Akaun Skype ni kena bayar dengan matawang Euro. Kalau panggilan dari Malaysia ke Malaysia rate dia:

Ke telefon rumah /pejabat : 0.017Euro/minit ( 8.5sen)
Ke telefon bimbit : 0.047Euro/minit (23sen)

Dari pengalaman saya, i-talk buddy lebih baik dari segi delay.

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by zool
2007-11-28 12:22:32

menariknya info ni…
Bagi yang guna dial up cam aku nie tak boleh nak guna..
Sedang berkira2 untuk streamyx.. hm .. tak cukup lagi lah

zool’s last blog post..Berangan kaya

 
MyAvatars 0.2
Comment by Encik Dlie Subscribed to comments via email
2007-11-28 14:31:34

Saya da lama guna i-talk.. memang berbaloi dan puas hati.. saya selalu call sabah gune i-talk.. RM10 - dapatla ckp dalam sejam (talian rumah), kalau Hp dalam 40 minit.. memang puas hati..

Encik Dlie’s last blog post..Kesilapan Menabung & Panduan Menabung Wang

 
MyAvatars 0.2
Comment by Din Beramboi Subscribed to comments via email
2007-11-28 15:30:51

Wah…menarik gak ni. Saya tak pernah guna i-talk buddy. Bleh lah call awek lama2…haha. Slalu call guna handset jer.. :)

TQ En.Sukeri… :)
Din Beramboi’s last blog post..Lestari - Love song

 
MyAvatars 0.2
Comment by Maizul
2007-11-28 17:06:10

Bagus jugak i-talk ni ye… info yang menarik tq En. Sukeri. Boleh cuba ni.

Maizul’s last blog post..Ebook TipsHartanah

 
MyAvatars 0.2
Comment by zahir Subscribed to comments via email
2007-11-29 09:05:00

ada saper2 kat sini pernah guna italk untuk panggilan ke hp oversea? europe or middle east?.. caj tetap sama ker? sbb saya slalu buat oversea call.. thanks

Comment by Sukeri
2007-11-29 09:24:26

Hi Zahir,

Untuk kadar panggilan ke 79 buah negara, anda boleh rujuk http://www.italkbuddy.com.my/?q=callrates

Sukeri’s last blog post..Percuma Camtasia Studio dengan Serial Key!

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson