Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Sah Clickbank Dibuka Untuk Rakyat Malaysia

Oleh kerana kurang yakin dengan status Malaysia yang diterima oleh Clickbank sekarang maka saya telah meminta kepastian dari pihak Clickbank sendiri. Berikut adalah email balasan yang saya terima:

Jadi sekarang saya sudah berpuashati dengan jawapan ini, malah En. Khairul Azmi juga telah mendapat pengesahan lebih awal dari saya. Jadi perkara ini memang sudah sah. Tiada keraguan lagi. Perkara pertama yang saya nak buat ialah tukarkan akaun clickbank saya yang beralamat di US ke Malaysia.

Sekarang ada >US$200 dalam akaun tu dan saya akan minta cek bayaran dan lihat jika cek itu akan dikeluarkan dan dipos ke Malaysia seterusnya boleh di tunaikan di mana-mana bank di Malaysia, pilihan saya ialah CIMB kerana kosnya cuma RM10 sahaja berdasarkan pengalaman tunaikan cel Adsense dulu-dulu.

Sekarang Adsense tak main cek lagi, guna Western Union lagi cepat. Hari ini Google bayar, esok dah boleh tunaikan. Biasanya saya tunaikan kat CIMB atau RHB.

Berbalik tentang Clickbank, saya percaya tak lama lagi akan keluar banyak ebook tentang clickbank dalam Bahasa Malaysia memandangkan sudah ramai yang mampu menulis ebook kecuali saya. Google trends juga menunjukkan permintaan maklumat clickbank yang baik dan stabil untuk Malaysia. Sila rujuk http://www.google.com/trends?q=clickbank

Sementara tu saya berikan dulu asas penggunaan clickbank dalam bentuk video tutorial. Antara kandungan video ini:

Video 1: Clickbank - What it is and How you can make money with it
Video 2: Finding good products to sell from the Clickbank Marketplace
Video 3: Preselling Secrets and selling the Clickbank product
Video 4: Marketing the Clickbank product

Anda boleh download video ini di Clickbank_Video_Series.zip Clickbank merupakan pusat affiliate produk digital yang terbesar di dunia, jika mahukan maklumat bagaimana nak promote produk clickbank anda juga sebenarnya boleh cari maklumat cara memasarkan produk affiliate, sebagai asas anda hanya perlu tahu bagaimana nak dapatkan affiliate link produk clickbank atau lebih dikenali sebagai hoplink.

Selebihnya sama saja dengan teknik memasarkan produk affiliate yang lain. Inginkan rujukan dalam Bahasa Malaysia tentang Clickbank, anda boleh dapatkan Clickbank Step By Step (Versi BM & BI ) di sini

Mahukan panduan affiliate yang lagi power, saya cadangkan anda join membership Super Affiliate Ewen Chia, salah seorang affiliate yang terhebat di dunia dan berasal dari Singapura. Beliau mampu menjana pendapatan sehingga 6 angka sebulan.

Saya sudah lima bulan menyertai membership Super Affiliate beliau dan sangat berpuashati dengan bahan-bahan yang disediakan setiap bulan. Kandungannya fresh dan unik. Antara bahan baru setiap bulan ialah Business In A Box, Case Study, MP3 Temuramah dengan super affiliate yang lain, teknik-teknik trafik yang terbaru dan lain-lain.

Satu yang memeranjatkan saya, beliau mendedahkan bagaimana seorang super affiliate dari Australia yang tidak membina list mampu menghasilkan perniagaan affiliate bernilai jutaan ringgit. Beliau dulunya seorang peniaga restoran yang menjalankan perniagaan affiliate secara sambilan.

Akhirnya kerana ingin memberikan tumpuan yang lebih kepada keluarga, beliau begitu serius dan melakukannya sepenuh masa, saya cukup hairan bila beliau bercerita bagaimana dia menghantar dan membalas email secara peribadi bagi setiap pelanggannya tanpa menggunakan autoresponder.

Beliau memang berusaha membina hubungan erat dan kepercayaan pelanggannya melalui cara itu. Hari ini perniagaan beliau bernilai jutaan rinngit dan sudah menggajikan pekerja untuk urusan perniagaannya.

Baru-baru ini beliau meninggalkan Australia selama enam bulan dan ada kalanya lebih seminggu tak usik komputer tetapi perniagaannya tetap berjalan dengan lancar. Nak tau banyak lagi rahsia dan teknik Super Affiliate, anda boleh join Super Affiliate membership di sini.

Mungkin anda juga akan jadi pelanggan setia Ewen macam saya kerana bahan-bahanya sangat berkualiti, unik dan fresh.

Clickbank Dibuka Untuk Rakyat Malaysia?

clickbank malaysia

Berdasarkan imej di atas, semasa proses pendaftaran clickbank pilihan Country untuk Malaysia telah ada. Adakah ini bermaksud rakyat Malaysia sudah boleh mendaftar keahlian Clickbank?

Saya telah cuba mendaftar dan proses pendaftarannya berjaya tetapi jangan ghairah sangat kerana sebelum ni perkara ini telah berlaku dan ianya disebabkan kesilapan teknikal. Boleh daftar tapi tak boleh keluarkan duit.

Sebenarnya saya dah lama ada akaun Clickbank yang menggunakan alamat US tapi saja daftar sekali lagi dengan alamat Malaysia mana tau memang betul, senang la sikit tunaikan cek Clickbank di bank Malaysia saja.

Apa-apa pun bagi yang nak ambil kesempatan, bolehlah cuba mendaftar
di www.clickbank.com/accountSignup.htm

Clickbank ni memang lubuk emas bagi affiliate yang bergerak aktif di pasaran antarabangsa. Jika benar clickbank sudah dibuka untuk rakyat Malaysia, peluang menjana pendapatan lumayan kini terbuka luas. Cuba la daftar dulu.

Belajar Affiliate Marketing Dengan Super Affiliate Ewen Chia


YES Ewen! I Want To Be A Super Affiliate Now!.I want to be one of the few you mentor to be Super Affiliates before this rare chance is gone forever! Click Here.

Affiliate : Tips & Rahsia Memperolehi Kerjaya Idaman

Keyword “jawatan kosong” adalah antara keyword yang paling popular dan mendapat bilangan carian yang tinggi untuk pasaran Malaysia. Ramai yang membina blog  atau laman web berasaskan keyword ini. Kebanyakannya meletakkan adsense untuk menjana pendapatan.

Terkini satu affiliate berkaitan dengan ‘niche’ ini telah dilancarkan. Kepada yang memiliki laman web berkaitan bolehlah mempromosikan affiliate ini untuk menambahkan pendapatan.

Berikut adalah antara kandungan ebook ini:

  • Apakah Persiapan yang diperlukan ?
  • Bagaimana menyediakan Resume ?
  • Bagaimana buat Surat Permohonan Pekerjaan ?
  • Apa itu Borang Permohonan Jawatan ?
  • Apa itu Iklan Kekosongan Jawatan ?
  • Persediaan Menghadapi Temuduga.
  • Cara Menjawab Soalan Temuduga.
  • Contoh Soalan-Soalan Temuduga.
  • Adab Dan Pakaian Bagi Wanita / Lelaki.
  • Datang Awal ke sesi temuduga.
  • Kawal Emosi Semasa Temuduga.
  • Faktor Penting Oleh Bakal Majikan.
  • Apa yang Perlu Dilakukan Selepas Temuduga ?
  • Templat-templat untuk surat rasmi permohonan, resume dll.
  • dan banyak lagi…………..

Selain itu 6 bonus tambahan juga akan diberikan kepada pembeli. Harganya hanya RM20, sesuailah dengan budget kebanyakan pencari kerja. Page jualannya boleh dilihat di http://www.panduankerjaya.com

Anda boleh menyertai affiliate ini secara percuma. Komisyen RM5 akan diberikan bagi setiap jualan. Daftar affiliate di http://www.panduankerjaya.com/member/index.php

Untuk makluman Cik Zurina berjaya memasang sistem affilliate ini hasil panduan dari Pakej Web Jualan Mini Site, Autoresponder & Affiliate ini.

Affiliate + PPC + … = Wang Besar

Saya benar-benar teruja bila membaca laporan percuma ni. Ini adalah kali pertama saya habis membaca laporan percuma setebal 40 muka surat dengan sekali baca saja. Semua yang diterangkan memang masuk akal dan logik untuk menjana pendapatan besar dari sistemnya.

Bayangkan jika seorang budak perempuan berusia 15 tahun yang langsung tidak tahu tentang internet marketing, apalagi affiliate dan ppc boleh menjana pendapatan lebih dari USD1000 pada bulan pertama mencubanya. Ahh.. malulah kalau saya atau anda yang hebat, yang telah banyak terlibat dan membaca pelbagai blog perniagaan internet setiap hari tidak boleh melakukannya. Nak ke tak nak kata Dr Tuah, pakar motivasi kita.

Ini membuktikan sistem ini bukan saja cukup mudah untuk dipelajari dan dipraktikkan tetapi juga mampu menjana pulangan dengan cepat. Dengan sistem ini anda tak perlu buat website apalagi nak mengSEOkannya, tak perlu berurusan dengan pelanggan, beri support, uruskan pesanan produk, semak bayaran dan sebagainya kerana sistem ini adalah hasil gabungan Adwords + Affiliate + Special Software.

Pada asasnya anda mempromosikan produk affiliate menggunakan Google Adwords dan dibantu oleh software Chris ni. Software Chris inilah tools yang sangat berkuasa untuk mengatasi pesaing anda. Kalau anda rasa tools tak penting, cuba lihat foto di bawah. Tujuan kerjanya sama, nak korek tanah atau melombong emas tapi peralatan yang digunakan berbeza, agak-agak siapa yang menang besar. Anda mesti tahu jawapannya dan tidak silap meneka kecuali anda tak tau lelaki berkumis tebal tu sebenarnya ialah Clark Kent (Superman)

Sesiapa saja boleh menyertai google adwords di https://adwords.google.com. Affiliate yang digunakan dalam kes budak perempuan tu ialah Clickbank, ya rakyat Malaysia masih tak boleh join clickbank secara terus tetapi masih ada kaedah bagaimana melakukannya. Salah satu cara ada diceritakan oleh Gobala dalam ebook Chapter-mnya.

Tapi Clickbank bukanlah satu-satunya pengurus sistem affiliate di alam maya ini, paydotcom.com dan cj.com juga memainkan peranan yang sama dan boleh disertai oleh rakyat malaysia walaupun mereka tak segah clickbank. Sistem affiliate yang dipasang pada domain sendiri pun banyak, anda cuma perlu google saja.

Emm.. tak sabar tunggu software tu dikeluarkan. Anda pula macam mana, jom baca laporan percuma Chris ni. Dapatkannya disini. Awas, degupan jantung anda mungkin bertambah kencang kerananya. Selamat membaca dan tak perlu lagi jealous kepada kakitangan kerajaan yang gajinya mencanak naik tu.

Next Page »

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson