Perniagaan Internet Perlu Didaftarkan

400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan

PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.-Bernama

Sumber : Harian Metro Online

Komen Sukeri.com : Kalau dulu ramai yang beranggapan perniagaan internet tidak perlu didaftarkan, hari ini jelas ia mendapat perhatian serius dari kerajaan. Jika anda masih belum mendaftarkannya lakukanlah segera sebelum pihak berkuasa dapat mengesan perniagaan internet anda yang tidak didaftarkan.

Kos pendaftaran SSM pastinya jauh lebih rendah berbanding risiko dikenakan tindakan. Download garis panduan bagaimana melakukan pendaftaran perniagaan di sini.

Blog Dr. Mahathir Di Blogspot Digantung

Situasi ini tiada kaitan dengan suasana politik semasa, tidak kena mengena dengan kelantangan Tun Dr Mahathir menghentam PM Dolah Badawi dan kuncu-kuncunya. Saya juga percaya PM dan menantunya tidak mungkin dapat mempengaruhi Blogger dan bersekongkol untuk menutup Blog Dr. Mahatir.

Inilah risikonya kalau gunakan barang free seperti artikel yang pernah saya tulis sebelum ini, Padah Menggunakan Blog Percuma. Blog Chedet.com - che det adalah nama gelaran dan nama pena Dr Mahathir telah digantung oleh Blogger.com dengan alasan ia dianggap sebagai “dicurigai blog spam”.

Blog itu gagal dikemaskini sejak 19 Jun lalu yang memuatkan artikel terakhirnya ‘RapidKL: Answers to questions and SAPP’. Mungkin itu cuma alasan Blooger.com saja. Mungkin mereka tak senang dengan trafik tinggi ke blog tersebut yang mencapai hingga sejuta pengunjung dalam masa lebih kurang sebulan.

Yelah, kita cuma menumpang di rumah orang, tak bayar sewa pula tu. Bila tuan rumah dah tak suka maka ditendanglah kita keluar. Apa nak dikato. Apapun nasib baik blog Dr. M menggunakan domain sendiri Chedet.com, kalau tak tentu lebih parah kerana pelawat setia tak tau ke mana nak dituju.

Dengan domain sendiri, bila hosting di blogspot telah disekat maka kita boleh pointkan domain tu ke hosting yang baru. Bayangkan kalau blog begini merupakan sumber rezeki utama kita dan tiba-tiba hilang maka boleh jadi hilang akal la kita.

Oleh itu jadikan ini sebagai satu pengajaran, kalau serius nak buat bisnes melalui blog, gunakanlah domain & hosting sendiri. Tak tau macam mana nak buat blog pada domain sendiri? Dapatkan Panduan Membina Blog Wordpress Pada Domain / Hosting sendiri di sini.

Malas nak belajar buat blog tetapi mahukan blog dot com anda sendiri dengan segera? Saya boleh buatkan blog dot com anda sendiri dengan kadar segera. Tak yakin boleh belajar cara buat posting kat blog?. Jangan bimbang, jika anda boleh menulis email maka anda juga boleh menulis blog. Ianya semudah itu. Anda boleh dapatkan servis buat blog saya dengan klik di sini.

Sebarkan Report & Buat Duit Lagi

Kali ini Jon Leger pula nak bagi duit jika anda sebarkan laporan percuma beliau tentang Mitos Search Engine. Komisyen yang dibayar ialah US$0.25 per refferal untuk 2-tier.

Contoh:

Jika anda refer 10 orang anda dapat
0.25 x 10 = US$2.50 (atau ~RM8.40)

Jika 10 orang itu refer 10 masing-masing, anda dapat
0.25 x 10 x 10 = US$25.00 ((atau ~RM84.00)

Rasanya anda dah faham sebab bulan ni saja dah 3 program pay per lead macam ni yang dilancarkan. Jadi bertindak segera, rebut peluang anda sekarang di http://myxurl.com/semyth

Macam biasa juga, bayaran akan dibuat melalui akaun Paypal. Jika belum ada, dapatkan akaun Paypal (free juga) di http://myxurl.com/paypal

Kepada yang beragama islam, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Adil Adha.

Confirm Harga Domain Akan Dinaikkan

Sebelum ni saya ada membaca khabar-khabar angin tentang kenaikan harga domain di blog Saifulsham, hari ini saya telah menerima email dari Namecheap mengesahkan tentang kenaikan harga tu. Ianya akan bermula pada 14 Oktober ini. Berikut adalah sebahagian kandungan email dari Namecheap.

Domain registries VeriSign(.com, .net tld’s), Afilias(.info tld), Neulevel (.biz tld) and Public Interest Registry(.org tld)applied for and received price increases and have announced they will be raising their wholesale prices to all registrars including us.

In light of that decision, NameCheap.com will be adjusting its pricing on Sunday, October 14, 2007 as follows:

  • .com domain renewals, transfers and new registrations: Old pricing $8.88, new pricing $9.29 per year
  • .net domain renewals, transfers and new registrations: Old pricing $8.88, new pricing $9.29 per year
  • .org domain renewals, transfers and new registrations: Old pricing $8.88, new pricing $9.29 per year
  • .info domain renewals, transfers and new registrations: Old pricing $8.88, new pricing $9.29 per year
  • .biz domain renewals, transfers and new registrations: Old pricing $8.88, new pricing $9.29 per year

Setakat ini Godaddy masih belum buat pengumuman, saya ada renew dua domain .com hari ini dengan Godaddy dan harganya masih sama iaitu USD8.95 campur USD0.20 ICANN fee jadi total untuk satu domain ialah USD9.15

Jadi jika anda sedang berkira-kira nak beli domain, lakukan sekarang supaya boleh berjimat. Kenaikan ini akan berlaku di seluruh dunia dan melibatkan semua penjual domain.

Malaysian Dah Boleh Keluarkan Wang Paypal

Berita baik untuk usahawan internet Malaysia yang menerima bayaran dengan Paypal. Terkini Paypal membenarkan pemindahan wang terus ke kad kredit dan kad debit anda. Berikut adalah kenyataan dari Paypal.

You can withdraw funds from your PayPal account to any credit, debit, or prepaid card with a Visa or MasterCard logo.

Funds Availability
PayPal completes this transfer in days, but your card issuer’s policies may affect the processing time.

Withdrawal Limits
There is a minimum and maximum amount that you can withdraw to your card. To see the minimum withdrawal amount, click Fees at the bottom of any page. To see the maximum withdrawal amount, click View Limits on the Account Overview page.

Note: If you are withdrawing to a prepaid card, the amount that you can withdraw might be different from your PayPal account withdrawal limit. For more information, contact your card issuer.

Fees
PayPal charges a fee for withdrawals to your card. Currency conversion fees may also apply. If the information in your withdrawal request is incomplete or incorrect, PayPal will charge a return fee. For more information, click Fees at the bottom of any page.

Selaras dengan polisi baru ini saya terus mencuba masukkan Kad Kredit Public Bank Visa saya untuk tujuan pindahan wang.


Klik pada imej untuk tumbesaran

Selepas itu saya cuba transfer USD10.00 ke kad kredit tersebut. Caj pemindahan yang dikenakan ialah USD5.00. Menurut Paypal transaksi tersebut akan sempurna dalam tempoh 5 hingga 7 hari.


Klik pada imej untuk tumbesaran

Berikut adalah email yang saya terima dari Paypal selepas transaksi tersebut

Jika pemindahan ini berjaya bermakna kita tak perlu lagi bersusah payah membuka akaun bank US atau membeli kad debit tertentu dengan yuran bulanan untuk mengeluarkan wang dari Paypal. Jika anda tiada kad kredit, saya cadang dapatkan Kad Debit Public Bank untuk tujuan ini.

Saya akan update pada post ini selepas transaksi ini berjaya.

UPDATE 05 Oct 2007
Hari ini saya menyemak akaun kad kredit Public Bank Visa dan dapati pemindahan wang Paypal telah pun sempurna.

Dari USD10.00 yang dipindahkan, USD5.00 ditolak sebagai caj pemindahan dan baki USD5.00 dimasukkan ke akaun kad kredit saya. Ini bermakna kadar tukaran wang semasa yang digunapakai ialah:

USD1.00 = RM3.356

Untuk makluman tidak semua kad kredit / debit / prepaid di Malaysia ini boleh digunakan untuk transaksi ini. Berikut adalah pengalaman rakan-rakan kita yang telah mencuba.

Berjaya

Gagal

Discover The Powerful Secrets To Drive Huge Amounts Of Instant Cash Straight Into Your Paypal Account…

The Rhodes Brothers has put their secrets into a 34-page guide dubbed How To Generate Multiple Funnels Of Instant Paypal Cash. As with all of their products, there’s not one ounce of fluff. Here’s a taste of what you’ll learn:

Click Here To Get Your Copy Now



Next Page »

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson