Mendapatkan Trafik Enjin Carian Google Ke Laman Web Anda
Jika anda seorang yang berkira dan kedekut membelanjakan wang untuk mengiklankan blog atau laman web anda seperti saya maka mengaplikasikan teknik SEO untuk mendapatkan trafik adalah pilihan yang baik.
Ianya bukan saja percuma tetapi juga mendapat prospek yang targetted, bermakna peluang anda untuk mendapatkan jualan adalah lebih baik kerana prospek itu menemui apa yang mereka cari. Mereka yang datang cari kita, bukan kita yang pujuk-pujuk apalagi memaksa mereka.
Berikut adalah sebahagian laman web saya (dalam kotak merah) yang mendapat trafik berterusan dari enjin carian google tanpa bayar satu sen pun pada google.
1. Mendapatkan Prospek Yang Berminat Dengan Perniagaan Internet

2. Mendapatkan Prospek Untuk Perniagaan MLM

3. Menjual Produk Resell Rights

4. Menjual Produk Affiliate

5. Menjana Pendapatan Dengan Google Adsense

6. Mencari Pelabur & Downline Agen Unit Amanah

Hmm.. tentu seronok bila laman web kita dah ada ranking yang baik macam ni, apa yang perlu dilakukan cuma maintainkan saja kedudukannya. Jadi anda perlu ada ilmu SEO atau Search Engine Optimization untuk melakukannya.
Sukeri boleh ajar ke? Ho..ho.. saya bukanlah pakar SEO dan tidak ada kelayakan untuk mengajar tuan-tuan tetapi rakan saya saudara Busiai bin Seman aka Inspiration sedia berkongsi ilmu ini melalui ebook beliau Panduan SEO Google cara Inspiration
Saudara Busiai Bin Seman menulis ebook panduan ini berdasarkan pengalaman beliau dalam menguasai teknik SEO. Seperti yang anda sedia maklum, SEO adalah merupakan satu “teknik marketing” yang amat kos efektif di dalam mempromosikan website perniagaan anda.
Teknik yang saudara inspiration tunjukkan di dalam ebook ini adalah amat praktikal dan berkesan. Ini terbukti dengan kejayaan beliau memenangi pertandingan-pertandingan seo yang dianjurkan oleh website-website tempatan dan juga antarabangsa.
Teknik yang diajarkan dalam ebook ini juga diakui dan mendapat perhatian dari beberapa orang pakar SEO tempatan. Kalau pakar pun respek, apa lagi saya yang ketandusan ilmu ni.
Saya akui untuk mendapatkan ranking yang baik dengan keyword yang kompetetif biasanya mengambil masa tetapi jika anda sudah mendapat ranking yang dikehendaki, pastinya anda tersenyum lebar kerana mendapat trafik yang berterusan dan berkualiti dari engin carian. Jika anda mahu, bolehlah klik di sini untuk mendapatkan ebook Panduan SEO Google ini.




