Transformasi Diri Dengan Perniagaan Internet

Buat pertama kalinya, seorang ahli perniagaan atau firma kecil boleh bersaing diperingkat global dengan syarikat-syarikat ternama dan besar. Internet membuka peluang perniagaan yang sangat luas tanpa adanya batas sempadan dan masa. Masa perniagaan beroperasi tanpa henti 24 jam sehari sepanjang tahun memberi kelebihan berbanding dengan berniaga secara offline.

Internet satu platform baru bagi kita untuk mencari sumber baru kekayaan. Tahukah anda, mengikut bancian Nielson, tahun 2010 mencatat jualan online global mencecah kepada US$680 Billion. Di Malaysia pula, perniagaan melalui Internet bernilai RM1.8 Billion dan dijangka meningkat kepada RM5 Billion pada tahun 2015.

Model Baru Perniagaan

Angka-angka ini telah membuka mata samaada usahawan offline atau usahwan yang baru untuk turut sama aktif di dalam punca sumber ekonomi baru ini. Untuk golongan peniaga, kaedah lama di dalam menjalankan perniagaan sudah tidak lagi relevan. Untuk kekal berjaya, sangat penting untuk membawa perniagaan mereka ke tahap
seterusnya (next level) iaitu berurusniaga melalui online. Anjakan model perniagaan ini masih tidak lagi terlewat kerana peniagaan melalui Internet ini masih lagi diperingkat awal.

Bagi usahawan yang baru, kisah-kisah kejayaan mereka yang telah berjaya dan bergelar Jutawan Internet telah menarik minat untuk menceburi perniagaan Internet ini.
Di Malaysia nama-nama besar seperti Dr. Irfan Khairi, Fione Tan, Patric Chan dan ramai lagi Jutawan Intenet Senyap telah membuktikan bahawa kejayaan dan kekayaan boleh diraih dengan Internet. Dan mereka ini telah menempa kejayaan pada usia di bawah 30 tahun!

Mengapa Internet ini menjadi sangat hot dan kegilaan ramai pada hari ini?

Begitu banyak seminar-seminar dan kursus-kursus yang memberikan program-program perniagaan online diadakan sekarang mendapat sambutan yang hebat. Ada pelaburan yang percuma sehingga harga puluhan ribu ringgit. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di peringkat global. Malah satu rekod, seorang Internet Marketer dari Negara jiran kita telah menjana US$1.497 juta dalam tempoh 36 jam untuk program
latihan secara online!.

Perubahan Gaya Komunikasi

Kemudahan komunikasi hari ini sangat hebat dan canggih. Ini menyumbang kepada faktor penggunaan meluas telefon pintar dan kemudahan komunikasi dan internet yang lebih baik. Di Malaysia sahaja sepanjang tahun lalu sebanyak 7.5 juta telefon bernilai RM4.5 Billion terjual di mana separuh adalah telefon pintar.(Jumlah Penduduk Bancian 2010 adalah 27.5 juta orang). Kaedah komunikasi lebih pantas seperti SMS, blog, facebook dan twitter menjadi pilihan majoriti pengguna.

Dengan perubahan persekitaran ini, terdapat permintaan yang sangat tinggi kepada produk atau aplikasi Mobile. Pengguna, terutama generasi muda mahukan sesuatu perkhidmatan tidak mengira masa dan mudah untuk melakukan transaksi. Peluang ini terbuka luas kepada Usahawan untuk memenuhi permintaan mereka dengan
menyediakan produk-produk dan servis yang berkaitan.

Contoh Produk

Apakah jenis produk yang boleh diniagakan melalui Internet?

Sebenarnya semua boleh dijual, bermula daripada hobi kepada produk atau servis. Berikut adalah contoh-contoh produk-produk yang bermula dari idea yang biasa-biasa tetapi terjual lumayan melalui Internet:

1. Jacob Hiller, menjual lebih US$1 juta melalui ebook The Jump Manual Book , sebuah buku panduan mengenai bagaimana untuk melompat lebih tinggi!.

2. Zachary & Nathan Doctor, pemilik BikeTiresDirect.com dengan US$8 juta jualan tahunan – menjual peralatan basikal. Idea bermula dengan hobi semasa remaja iaitu bermain basikal.

3. Kristof Lindner dari German , memperoleh pendapatan 7 angka dengan mengalih bahasa buku oleh penulis Amerika Eben Pagan Double Your Dating ke bahasa German“. Ideanya? Bermula dengan hanya membaca buku!

4. Marc Ostrofsky, tahun 1999 menjana US$7.5 juta tanpa website, servis dan produk. Dan dengan menambah nilai, beliau menjual semula pada nilai US$345 juta. Berniaga apa tu? Beliau hanya menjual domain Business.com!

5. Dr. Irfan Khairi – Pakar Perniagaan Internet, penulis buku terlaris, diantaranya Rahsia Internet.com, Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar dan Secrets of Internet Millionaires Revealed. Kejayaannya bergelar Jutawan Internet diusia muda telah menjadikan beliau Ikon Internet Malaysia!.

6. Jamal Bahari- Pakar ebook menjana pendapatan enam angka dengan buku-buku – ebook-ebook BOX OFFICE yang telah dihasilkan sejak 2009 hingga kini, diantaranya ebook Rahsia Affiliate Kerajaan, Rahsia Lulus temuduga
Kerja Kerajaan dan juga ebook Emas-Emas Yang Hilang berjaya menghasilkan lebih 7000 unit ebook sejak Disember 2008.

Dan banyak lagi kisah-kisah kejayaan yang lain.

Sebenarnya dalam diri kita sendiri mempunyai idea-idea yang hebat seperti mereka. Bezanya mereka yang telah berjaya telah mengambil tindakan merealisasikan menjadi kenyataan. Begitu banyak model perniagaan yang boleh dibuat seperti menggunakan Website, media sosial seperti Facebook, Youtube, Email, Blog dan Twitter.

Bagi yang tidak mempunyai produk, boleh berniaga melalui konsep dropship, affiliate atau menjual domain. Terpulang kepada kita untuk memilih jenis model mengikut personaliti dan kemampuan anda. Seperti Marc Ostrofsky, domain Business.com dibeli berharga US$150,000 dan mengambil masa empat tahun untuk dijual dengan harga US$7.5 juta.

Tidak kira apapun jenis model perniagaan yang dipilih, kejayaan memerlukan komitmen yang tinggi, sikap yang positif dan yang pentingnya seronok dengan apa yang dilakukan. Pelajari sistem dan ilmu dari mereka yang telah berjaya untuk memendekkan proses perjalanan kita ke arah kejayaan.

Sumber : Maimunah Hussin, www.nextsphere.com.my

Sebab Kegagalan Usahawan Internet Malaysia

Perniagaan internet marketing Malaysia telah menjana belian sebanyak RM1.8 Billion (bukan juta, tapi billion!) untuk tahun 2010 dan ramai usahawan internet Malaysia telah menjana pendapatan mewah melalui bisnes internet mereka.

Namun begitu, untuk setiap seorang usahawan internet yang sukses, terdapat lebih banyak lagi usahawan yang gagal menjana satu sen pun dari internet.

Pelik kenapa terdapat percanggahan seperti ini bukan?

Sebenarnya, sebab kegagalan utama ialah kerana ramai orang langsung tidak “TAKE ACTION” kepada ilmu yang mereka ada untuk memulakan bisnes mereka.

Golongan ini biasanya “cerdik” ilmu perniagaan internet, tetapi tidak memahami bahawa ilmu itu tidak berguna jika tidak dipraktikkan langsung.

Kerana asyik menyertai seminar sana sini, membeli ebook itu dan ini, melompat lompat setiap minggu dalam membuat teknik marketing-akhirnya usaha mereka untuk menjadi usahawan internet gagal begitu sahaja.

TETAPI- Soalannya cepumas; kenapa orang yang “TAKE ACTION” pun masih gagal menjana wang di industri IM tempatan?

Baca pandangan seorang IM yang berjaya mengenai sebab kegagalan usahawan internet Malaysia di sini.

Saya harap pembacaan di atas membantu anda memahami industri IM tempatan dengan lebih bermakna!

Tips Pemasaran Rasulullah S.A.W

Kali ini saya nak berkongsi tentang teknik pemasaran yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Saya buat kesimpulan melalui beberapa kitab sirah yang membicarakan sejarah nabi secara menyeluruh… apa yang saya ulas kembali adalah perkara berkaitan perniagaan Rasulullah S.A.W untuk tatapan & manafaat kita semua..

Konsep Pemasaran 4P digunapakai oleh nabi dalam perniagaan baginda.

1- Produk (Produk)

Rasulullah S.A.W memasarkan barang dagangan atau produk yang menepati citarasa pengguna di kalangan masyarakat Arab. Baginda turut mengutamakan kualiti produk sepertimana Allah berfirman yang bermaksud :

“Wahai manusia! Makanlah apa yang baik & dihalalkan di dunia & janganlah kamu mengikuti langkah syaitan” (Al-Baqarah: 168)

2- Promosi (Promotion)

Promosi adalah aspek penting dalam sesebuah perniagaan. Tanpa promosi yang betul akan mengundang kegagalan yang memeritkan. Walau Rasulullah S.A.W menyedari betapa pentingnya promosi dalam melakukan perniagaan, baginda tidak pernah melebihkan produk dengan maksud ingin memikat pembeli. Promosi merupakan komunikasi dua hala yang penting antara penjual & pembeli. Baginda tegas mengatakan bahawa seorang peniaga yang baik perlu menjauhi diri drpd sumpah/janji yang berlebihan dan melampaui batas. Daripada Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sumpah atau janji yang diucapkan untuk melariskan perniagaan dapat merosakkan keuntungan” (Direkodkan oleh Muslim)

Seterusnya dlm satu hadith baginda bersabda :

” Yang dinamakan jualan palsu adalah usaha utk melariskan barang dagangannya, lagi berusaha dgn cara yang tercela” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

3- Penetapan Harga (Pricing)

Harga sesuatu barang dagangan/jualan amatlah penting. Dalam proses penetapan harga, Rasulullah S.A.W mengamalkan konsep tertentu yang dapat difahami dalam hadith di bawah daripada Abdullah bin Umar :

“Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri”
(Direkodkan oleh Bukhari & Muslim)

Jika diteliti dalam hadith di atas, persaingan yang tidak sihat seperti perang harga yang melampau adalah dilarang. Namun baginda amat mengesyorkan persaingan yang sihat dgn menekankan kpd kualiti produk & memberi nilai hebat kpd pelangan dr produk yang dipasarkan…

4- Pemilihan Lokasi (Place)

Semua peniaga telah maklum tentang betapa pentingnya lokasi/pemilihan tempat dalam perniagaan. Di zaman Rasulullah lebih 1400 tahun dahulu, faktor pemilihan tempat amatlah ditekankan oleh baginda. Pasar-pasar di sekitar Makkah menjadi tumpuan baginda kerana di situlah pedagang-pedagang luar berkumpul dan mengedarkan barangan yang dibawa.

Baginda telah berusaha menempatkan dirinya di kalangan peniaga di sekitar Makkah terutamanya di pasar-pasar besar yang menjadi tumpuan sejak dari kecil lagi. Di sanalah juga Rasulullah S.A.W menjalinkan jaringan sebanyak mungkin dgn para pedagang tempatan & luar Makkah. Di samping itu baginda mementingkan hubungan yang baik dengan semua pelangannya.

Baginda telah melarang beberapa strategi yang tidak adil contohnya strategi yang boleh membebankan petani-petani di kampung dan juga bakal pelangan. Ini dapat difahami dgn lebih jelas dalam hadith baginda S.A.W daripada Jabir :

” Tidaklah dibolehkan penduduk kota menjadi perantara niaga bagi orang di desa. Biarkanlah orang memperoleh rezeki Allah satu daripada yang lain.”
(Direkodkan oleh Muslim).

Dapat difahami secra umumnya, semua strategi yang mengundang kepada ketidakadilan dan kezaliman kepada mana-mana pihak adalah dilarang menurut Rasulullah S.A.W dan wajib dielakkan diamal oleh para peniaga. Etika & amanah serta jujur dalam berniaga amat penting demi mendapatkan rezeki yang Halalan Toyyiban!

Sumber : Forum Wangcyber

Perniagaan Internet & Psikologi Healing

Selepas memindahkan blog percuma pelanggan saya di wordpress.com ke domain sendiri, saya pun baca-bacalah sikit kandungan blog beliau.Tak tau pula saya perniagaan internet ni boleh berkait rapat dengan psikologi healing. Berikut adalah petikan dari topik tersebut.

Seorang penulis yang sangat saya kagumi dan Internet Marketer yang terkenal serta digelar “the Buddha of the internet” iaitu Mr Fire atau Joe Vitale di dalam buku hebat beliau “Spiritual Marketing” dan sekarang telah diubah tajuk sebagai “the Attrator Factor” telah menggunakkan Energy Healer Johnathon sebagai therapist beliau setiap kali beliau mengalami masalah atau halangan di dalam bisnes beliau.

Malahan di dalam buku beliau dan di webnya, Joe telah mencadangkan Brad Yates (Pengamal EFT-Money Beyond Belief) sebagai alternatif healing untuk mendapatkan kejayaan dalam kewangan. Joe Vitale juga adalah seorang pengamal Gi Gong suatu seni tenaga dalam aliran kuno China.

Jika anda ingin membaca artikel penuhnya, silalah ke http://eftmalaysia.amarmahmood.com

Amar Mahmood adalah seorang “Therapist” Minda dan Pengamal Psikologi Energi. Pengamal Sains Minda, NLP dan EFT (Emotional Freedom Tech). Selain itu, beliau juga adalah seorang Master Reiki Usui dan Kundalini yang menggunakan energi dalaman dan alam semesta sebagai medium “healing”. Mengkhusus di dalam bidang “personal growth” dan percaya di samping motivasi, perlu aplikasi penyembuhan psikologi untuk mencapai sukses, kekayaan dan kemakmuran.

Saya sendiri tak berapa faham sebahagian istilah-istilah tersebut. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh melawati dua lagi blog beliau di:

http://amarmahmood.com
http://quantumenergi.amarmahmood.com

Riba : Dosa Kelas Pertama

Jika anda rasa makan babi dan berzina itu dosa yang dahsyat, ketahuilah dosa riba itu lebih besar lagi. Tontonlah video ini, mudah-mudahan jadi dorongan untuk kita tidak terlibat dengannya. Insyaallah.

Video 1

Video 2

Next Page »

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson