Perniagaan Internet Perlu Didaftarkan

400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan

PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.-Bernama

Sumber : Harian Metro Online

Komen Sukeri.com : Kalau dulu ramai yang beranggapan perniagaan internet tidak perlu didaftarkan, hari ini jelas ia mendapat perhatian serius dari kerajaan. Jika anda masih belum mendaftarkannya lakukanlah segera sebelum pihak berkuasa dapat mengesan perniagaan internet anda yang tidak didaftarkan.

Kos pendaftaran SSM pastinya jauh lebih rendah berbanding risiko dikenakan tindakan. Download garis panduan bagaimana melakukan pendaftaran perniagaan di sini.

Bina Web Ecommerce (Kedai Online) Secara Percuma

Lama betul saya tak menulis di blog ini gara-gara memberikan fokus kepada perniagaan MLM secara online. Diam tak diam dah lebih setahun saya terlibat dan kini perniagaan tu dah semakin stabil dan mampu menjana pendapatan lima angka setiap bulan.

Tapi post kali ini bukanlah nak cerita pasal MLM, saya pun rasa berat nak kongsi kerana ramai yang negatif dengan MLM. Kali ini saya nak kongsikan tentang membina laman web e-commerce atau kedai online. Kedai online ni sesuai jika anda ada banyak produk untuk dijual dalam satu laman web.

Untuk membina kedai online biasanya memerlukan bajet yang tinggi kecuali anda mahir menggunakan script ecommerce percuma yang biasanya disediakan oleh syarikat hosting. Semasa melayari internet saya terjumpa laman web lot.my yang membolehkan anda membina kedai online secara percuma dengan hostingnya sekali.

kedai online percuma

Saya telah cuba menggunakan servis web based ini dan ianya memang mudah untuk membina kedai online. Dalam masa beberapa minit saja anda dah boleh ada kedai online sendiri. Saya dah buat satu di www.sukeri.lot.my

kedai online percuma

Belum dapat idea apa produk nak jual, saya letak dulu beberapa ebook resell rights yang saya miliki. Mungkin nanti boleh bantu isteri saya yang mempunyai perniagaan tudung untuk jualan tudung secara online. Dekat nak Raya ni produk macam tu memang laris.

Kalau anda ada produk yang nak dijual secara online tetapi kekurangan bajet bolehlah gunakan lot.my untuk membina kedai online anda sendiri. Buat masa ini ianya percuma 100% dan di masa akan datang mungkin akan diujudkan akaun premium yang memerlukan bayaran untuk ciri-ciri tambahan.

lot.my

Sumber : Utusan Malaysia

Harap web ini akan berkekalan kerana ianya pasti banyak membantu mengembangkan industri perniagaan internet di negara kita. Tahniah kepada team lot.my yang diketuai oleh Mohd. Akmal Akhpah serta rakan-rakannya Shahabudeen Jalil, Mohd Suhaimi Ramly, Khairul Anwar M. Zaki, Luqman Zulhusni Ismael dan Mohd Alif Nordin.

Jika anda dah berjaya buat kedai online, kongsi-kongsikanlah link web anda di bahagian komen.Panduan bagaimana untuk mula membina kedai online hanya dalam masa lima minit ada ditunjukkan di Blog Lot.my di sini.

Teknik Mudah Menjana Pendapatan Dari Program Affiliate

Adakah anda semakin berputus asa di dalam usaha menjana pendapatan mempromosi mana-mana produk affiliate?

Adakah anda tidak pernah mendapat apa-apa komisen di dalam usaha promosi produk affiliate?

Adakah anda sudah bosan dengan pelbagai strategi dan formula yang didedahkan di dalam mana-mana ebook?

Adakah anda hanya diberikan teori semata-mata tanpa diberikan alat yang boleh membantu anda bermula?

Anda juga tidak didedahkan produk sebenar yang boleh dipromosikan?

Jika banyak jawapan YA untuk soalan-soalan di atas, bermaksud anda
perlu lakukan sesuatu. Perkenalkan, Teknik Mudah Affiliate!

Dengan hanya satu teknik ini, anda mampu menjana komisen secara berterusan tanpa usaha yang agresif, malah boleh digunakan untuk menjana pendapatan pasif di internet.

Melalui Pakej TMA ini, anda akan:

[+] Diberikan material untuk segera bermula.
[+] Didedahkan produk sebenar yang boleh dipromosi.
[+] Baca, faham dan terus boleh buat.
[+] Teknik yang boleh diduplikasi untuk produk-produk lain.
[+] Mampu menjana komisen affiliate secara ’santai’.

Jika anda mengatakan pakej ebook ini sama dengan ebook lain, anda silap. Kebanyakan ebook lain hanya memberikan anda kaedah tanpa membantu anda terus bermula. Tetapi tidak untuk pakej TMA ini. Anda akan diberikan panduan termasuk material serta cadangan produk untuk anda promosi.

Ya, anda boleh bermula terus pada hari yang sama anda menerima Pakej TMA ini!

Usah bertangguh lagi kerana jualan Pakej TMA ini adalah terhad, Layari sekarang:

Bagaimana Nak Buat Duit Di Internet Bermula Dari ZERO?

Bagaimana nak buat duit?. Ini adalah antara persoalan yang paling popular sejak kebelakangan ini memandangkan kita masih mengalami kegawatan ekonomi. Kedai-kedai banyak yang tutup kerana tak mampu lagi bayar sewa dan gaji pekerja. Ramai pekerja yang diberhentikan .. dan banyak lagi masalah yang melanda.

Jadi, secara tidak langsung persoalan bagaimana buat duit di internet semakin popular memandangkan ianya tidak memerlukan banyak modal atau boleh bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal.

Betul ke bila saya katakan ZERO modal?

Ya, seorang usahawan internet muda mendedahkannya, Ammar Zahar baru saja melancarkan sebuah produk Zero Ke Hero iaitu strategi bagaimana beliau menjana pendapatan di internet bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal.

Dia sememangnya sama saja dengan kebanyakan anda pada awal tahun lepas. Teringin nak buat duit di internet tapi tak tahu caranya. Akhirnya atas usaha gigih dan strategi yang mengena, beliau kini menjadi salah seorang usahawan internet yang disegani dan mempunyai syarikat sendiri.

Bukan itu saja, jika dulu beliau digelar ZERO dan tidak mempunyai apa-apa selain duit PTPTN, kini beliau mampu membeli rumah sendiri, kereta sendiri dan pendapatan beliau melebihi dekan fakultinya sendiri.

Manarik bukan? Itu tak cukup menarik..

Yang lebih menarik, beliau sedia berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaannya di internet kepada umum melalui Pakej Zero Ke Hero.

buat duit zero ke hero

Pakej ini hanya untuk mereka yang berminat nak buat duit di internet dan percaya bahawa internet adalah perniagaan sebenar dan bukannya skim cepat kaya seperti kebanyakan orang yang silap jalan.

Klik di sini dan tonton video Ammar.. Saya pasti, jika anda mendapatkan Zero Ke Hero, anda bakal bergelar Usahawan Internet berjaya tak lama lagi.. Mungkin setahun, sebulan, ataupun seminggu?

Jika anda dapatkan pakej ini dan ambil tindakan, semuanya tak mustahil! Klik di sini untuk mendapatkannya.

Keluarkan Wang Paypal Terus Ke Bank Malaysia

Berita baik untuk rakyat Malaysia amnya dan usahawan internet khususnya, terkini anda boleh keluarkan wang paypal anda terus ke akaun simpanan bank di Malaysia. Berikut adalah cara untuk add akaun bank anda.

(1) Login ke akaun paypal anda dan klik pada menu Profile -> Add/Edit Bank Account

paypal bank malaysia

(2) Masukkan maklumat bank anda, jika tak pasti nama bank dan bank routing code, anda boleh klik pada Details

paypal bank malaysia

 MALAYSIA BANK ROUTING CODE (SWIFT Code)
==========================================
AFFIN BANK BERHAD – PHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD – MFBBMYKL
AMBANK BERHAD -  ARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD -  BIMBMYKL
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD - BKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHAD - BMMBMYKL
BANK OF AMERICA -  BOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONAL - BSNAMYK1
CIMB BANK BERHAD - CIBBMYKL
CITIBANK BERHAD - CITIMYKL
DEUSTCHE BANK -  DEUTMYKL
EON BANK BERHAD - EOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHAD -  HLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD - HBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHAD - MBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHAD - OCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHAD -  PBBEMYKL
RHB BANK BERHAD -  RHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD - SCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) - ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANK -  UOVBMYKL

(3) Semak maklumat bank anda dan klik Add Bank Account

paypal bank malaysia

(4) Kini proses add akaun bank Malaysia telah berjaya

paypal bank malaysia

Anda juga akan menerima email makluman dari paypal selepas siap proses ini

paypal bank malaysia

Berikut adalah caj yang dikenakan dan tempoh jika anda mengeluarkan wang paypal terus ke akaun bank Malaysia

paypal bank malaysia

Kini tiada alasan lagi untuk anda tidak bergiat cergas dalam perniagaan internet di pasaran tempatan dan luar negara. Memang semakin seronoklah buat Perniagaan GDI kerana tak perlu tunggu cek lagi.

Next Page »

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson