Bina Web Ecommerce (Kedai Online) Secara Percuma
Lama betul saya tak menulis di blog ini gara-gara memberikan fokus kepada perniagaan MLM secara online. Diam tak diam dah lebih setahun saya terlibat dan kini perniagaan tu dah semakin stabil dan mampu menjana pendapatan lima angka setiap bulan.
Tapi post kali ini bukanlah nak cerita pasal MLM, saya pun rasa berat nak kongsi kerana ramai yang negatif dengan MLM. Kali ini saya nak kongsikan tentang membina laman web e-commerce atau kedai online. Kedai online ni sesuai jika anda ada banyak produk untuk dijual dalam satu laman web.
Untuk membina kedai online biasanya memerlukan bajet yang tinggi kecuali anda mahir menggunakan script ecommerce percuma yang biasanya disediakan oleh syarikat hosting. Semasa melayari internet saya terjumpa laman web lot.my yang membolehkan anda membina kedai online secara percuma dengan hostingnya sekali.

Saya telah cuba menggunakan servis web based ini dan ianya memang mudah untuk membina kedai online. Dalam masa beberapa minit saja anda dah boleh ada kedai online sendiri. Saya dah buat satu di www.sukeri.lot.my

Belum dapat idea apa produk nak jual, saya letak dulu beberapa ebook resell rights yang saya miliki. Mungkin nanti boleh bantu isteri saya yang mempunyai perniagaan tudung untuk jualan tudung secara online. Dekat nak Raya ni produk macam tu memang laris.
Kalau anda ada produk yang nak dijual secara online tetapi kekurangan bajet bolehlah gunakan lot.my untuk membina kedai online anda sendiri. Buat masa ini ianya percuma 100% dan di masa akan datang mungkin akan diujudkan akaun premium yang memerlukan bayaran untuk ciri-ciri tambahan.

Harap web ini akan berkekalan kerana ianya pasti banyak membantu mengembangkan industri perniagaan internet di negara kita. Tahniah kepada team lot.my yang diketuai oleh Mohd. Akmal Akhpah serta rakan-rakannya Shahabudeen Jalil, Mohd Suhaimi Ramly, Khairul Anwar M. Zaki, Luqman Zulhusni Ismael dan Mohd Alif Nordin.
Jika anda dah berjaya buat kedai online, kongsi-kongsikanlah link web anda di bahagian komen.Panduan bagaimana untuk mula membina kedai online hanya dalam masa lima minit ada ditunjukkan di Blog Lot.my di sini.

Berita baik untuk anda, TechSmith sedang memberikan tawaran istimewa iaitu Software Camtasia Studio secara percuma. Saya sebenarnya dah lama mengidam software ni tapi kerana harganya yang agak tinggi iaitu US$ 299.00 (~ RM1010.78) maka asyik tertangguh saja.




