Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini yang merayakannya. Semoga kedatangan Syawal ini akan membawa kemeriahan kepada anda bersama keluarga tercinta.

Saya juga ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang tulisan saya di sini ada terkasar bahasa, tersalah kata, menyinggung perasaan dan sebagainya.

Dah hantar kad raya? Kalau nak jimatkan duit kad dan setem hantar saja ekad raya, abang posmen pun boleh relax sikit. Bersama ni saya senaraikan beberapa laman web yang menyediakan servis hantar ekad raya percuma, pilihlah mana yang berkenan.

Jika anda mahukan design ekad raya yang unik sikit macam kat atas tu boleh dapatkan photoshop action script yang akan menukarkan imej 2D kepada 3D seperti di atas.

Script ni percuma saja dan tawaran dibuka sehingga seminggu selepas raya. Anda boleh dapatkannya di http://www.syoksyok.com/kadraya.html. Video tutorial macam mana nak buat pun disertakan. Thanks Luvlee

Beli Tiket Bas & Keretapi Secara Online

Hari Raya tinggal 2 minggu saja lagi. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam untuk balik beraya di kampung tentu dah gelabah kalau belum dapat tiket lagi.

Kalau sebelum ni anda tak berjaya dapatkan tiket, mungkin kerana dah dikebas dulu oleh ulat tiket cubalah semak-semak mana tau syarikat pengangkutan ada sediakan tiket tambahan. Tak perlu bersusah payah dan berebut-rebut kerana ada sebahagian tiket yang boleh dibeli secara online.

Kini bukan tiket kapalterbang saja boleh dibeli secara online, bas dan keretapi pun boleh.
Berikut adalah beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut:

Nampaknya kita dah maju setapak lagi dalam melakukan aktiviti pembelian secara online. Masyarakat kita semakin membiasakan diri dan ini adalah perkembangan yang baik bagi usahawan-usahawan internet tempatan.

Keyakinan masyarakat Malaysia khususnya akan meningkat dan ini lebih memudahkan kita untuk mendapatkan jualan.

Hmm.. kalau anda tahu, kat mana lagi boleh beli tiket bas / keretapi secara online, kongsikanlah di ruangan komen ya. Jom balik kampung.

Lawak Pilihanraya 2008

Empat klip video berikut diterbitkan oleh Y4C (Youth For Change) yang bertajuk Setem YB, Ubah Gaya hidup, Rom Pak Lah dan YB vs Bloggers.

Lawak-lawak juga tapi jangan lupa tanggungjawab anda sebagai pengundi pada 8 Mac nanti. Pastikan tempat mengundi anda adalah betul. Buat la semakan di http://www.spr.gov.my

SPR ni pun buat lawak juga, setahu saya manusia tertua di dunia berusia 122 tahun, tapi mereka tak tau kat Malaysia ni ada ramai lagi yang berusia lebih dari tu, tak caya semak kat web SPR. He..he..he.. lawak sungguh SPR ni. Enjoy the videos.

SETEM YB

UBAH GAYA HIDUP

ROM PAK LAH

YB vs BLOGGER

Buat Panggilan PC to Phone Dengan I-Talk Buddy

Bagi mereka yang selalu duduk depan komputer, bolehlah buat panggilan telefon dengan menggunakan i-talk buddy. Kadar panggilannya cukup murah dan kualiti audionya juga sangat baik. Berikut adalah kadar panggilannya:

  • Ke Telefon Rumah / Pejabat : 10 sen seminit (seluruh Malaysia)
  • Ke Telefon Bimbit : 15 sen seminit (seluruh Malaysia)

Panggilan ke luar negara juga boleh dilakukan. Untuk menggunakan i-talk buddy, anda perlukan:

  1. Komputer dengan sambungan internet broadband ( Contoh : Streamyx)
  2. Headphone yang dilengkapi dengan microphone
  3. Kredit Prepaid i-Talk

Langkah Pemasangan I-Talk Buddy

  1. Join (percuma) i-talk buddy di http://www.italkbuddy.com.my/?q=register
  2. Download i-talk buddy di http://www.italkbuddy.com.my/?q=downloads_user
  3. Install i-talk buddy di komputer anda

Dah selesai, mulakan program i-talk buddy anda. Masukkan username dan password yang anda daftarkan tadi.

Sebelum boleh membuat panggilan telefon, anda perlu top-up dulu akaun i-talk buddy anda. Contoh saya order i-talk bernilai RM10 dari server Mastereload

Arahan smsnya : me <password> im10

Lain-lain kod produk i-talk adalah seperti berikut.

im10 - i-Talk Mobile 10 - RM 10.00
im20 - i-Talk Mobile 20 - RM 20.00
im30 - i-Talk Mobile 30 - RM 30.00
im50 - i-Talk Mobile 50 - RM 20.00

Anda akan mendapat balasan dari server Mastereload yang mengandungi No Pin i-talk

Sekarang kembali ke i-talk buddy anda dan klik tanda $ tu

Klik pada Activate Account, masukkan No pin dan klik Submit

Ok sekarang dah ada kredit dalam akaun i-talk buddy anda dan dah boleh buat panggilan telefon. Klik pada Speak dan ikon telefon tu.

Masukkan no telefon dan klik Call

Nota:
Kadar keuntungan bagi produk i-talk jauh lebih tinggi berbanding produk prepaid lain. Sila rujuk kadar keuntungan dalam Mastereload bagi setiap produk di bawah :

  • i-talk RM10 - RM1.00
  • Celcom RM10 - 22.5 sen
  • Digi RM10 - 20 sen
  • Maxis RM10 - 23 sen

Kadar keuntungan lebih tinggi, kadar panggilan lebih rendah. Pilihan yang bijak.

http://www.italkbuddy.com.my

Komuniti Wordpress Malaysia

Jika anda rakyat Malaysia dan menggunakan wordpress sebagai platform blog anda, anda dijemput untuk menyertai komuniti Wordpress Malaysia di http://www.wpmalaysia.com/forum Di sini anda boleh membuat pertanyaan, memberikan pendapat dan membantu ahli lain.

Kat sini tak perlu risau jika anda kurang mahir berbahasa Inggeris kerana boleh menggunakan Bahasa Kebangsaan kita Bahasa Malaysia. Apa tunggu lagi, jom daftar segera di sini dan buat posting anda.

Next Page »

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson