HTC Touch VS Iphone

My PDA history

Ini adalah sejarah penggunaan PDA saya. Bermula dengan Palm m100, dah tak ingat tahunnya tapi masa tu masih tak ramai lagi yang guna PDA dan saya pun malu-malu pengantin bila nak guna. Maklumlah ramai yang menjeling memerhati apa agaknya yang saya tekan.

Tak la canggih sangat, tiada warna, backlight pun warna hijau jer tapi masa tu sangatlah teruja. Selepas m100 saya bertukar kepada Palm Zire72. Yang ni ada warna dan digital camera sekali tapi tak sampai 1 Megapixel pun. Walau apa pun saya akui PDA ni sangat berguna.

Biasa saya gunakan untuk record appointment dan manual kerja-kerja saya. Zire72 ni boleh simpan dan baca dokumen Word, Excel, PDF dan html. Jadi bila kat site tu dan terlupa bagaimana nak selesaikan sesuatu kerja, dengan pantas boleh rujuk dia.

Dunia semakin berubah, wireless dah jadi trend. Saya pun tukar lagi kepada Palm Tungsten T3. Wirelessnya bluetooth la. Wi-Fi tak ada. Seronok la juga bila digandingkan dengan handphone bluetooth. Senang nak hantar dan balas SMS. Tak yah guna T3 kat phone, guna stylus jer tulis kat PDA kemudian send dan automatic dia cari handphone bluetooth yang telah di pairingkan untuk hantar SMS.

Tapi sekarang ni dah letih nak carry 2 gadget ke sana ke mari tapi fungsi PDA memang dah jadi darah daging saya. Penyelesaiannya ialah PDA Phone dan sejak kebelakangan ni iphone dan HTC Touch asyik bermain-main di kepala cuba mengurangkan wang saya.

Lama dah fikir benda ni kebetulan iphone pun tak masuk-masuk lagi pasaran Malaysia, mungkin tahun 2008 ni. Kalau unlocked version tu memang dah ada, kat ebay atau lelong ada dijual. Tapi khabarnya ada isu sikit, Maxis tak boleh terima call dan ada sesetengah kad SIM Celcom tak berapa serasi.

Lebih malang lagi, jika dah diunlock maka jaminannya telah terbatal. HTC Touch pun tak kurang hebatnya. Kira pesaing terdekat iphone. Mula-mula memang dah jatuh cinta dengan iphone tetapi setelah banyak pertimbangan akhirnya dah berubah hati kepada HTC Touch.

Mungkin penggunaan saya yang lebih kepada produktiviti dan ianya lebih fleksibel untuk dimasukkan 3rd party application yang begitu banyak. Kalau nak tau Palm T3 saya juga boleh berfungsi sebagai Remote control TV, DVD player dan Astro dengan menggunakan applicaton Novii Remote.

Dengan adanya Wi-Fi, browser dan email application, senang la nak semak email terutamamya pesanan pelanggan. Boleh beri respon yang lebih cepat dan tak perlu lagi tertonggok depan komputer jer. Sambil-sambil tengok TV kat kusyen empok atau main-main dengan isteri anak pun boleh jenguk-jenguk bisnes sikit.

Berikut adalah review dari Dieter Bohn berkaitan Iphone dan HTC. Tak hairanlah dia memihak kepada HTC kerana beliau dah 6 tahun sebagai Windows Media Expert.

Interface Iphone memang cantik, tapi interfave HTC juga boleh menyerupai Iphone. Lihat video ni.

Boleh berkongsi pendapat anda dengan saya tentang iphone, HTC atau lain-lain jenama dalam kelasnya? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen ya. Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini.Harap maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang saya menulis di sini ada yang tersinggung dengan apa juga info dan coretan saya.

Walaupun beraya saya tetap online setiap hari untuk menyemak email dan pesanan pelanggan kerana saya memang tinggal di kampung dan tak balik beraya ke mana. Rumah mertua pun tak jauh. Biasanya berulang-alik saja.Tapi tak la seperti hari biasa saya online. Sekejap-sekejap ajer.

Kepada yang memandu tu, hati-hatilah di jalanraya. Semoga anda semua berbahagia di samping keluarga sambil menikmati cuti panjang ini. Hmm..ada ke orang yang baca blog saya raya-raya ni.

Takbir Raya :

Selamat Berpuasa Ramadan

Inilah masanya kita tunjukkan yang Ramadhan ini adalah bulan untuk kita bermujahadah melawan segala jenis nafsu seperti nafsu seks, nafsu membeli belah berlebihan, nafsu makan dan sebagainya. Pembekal ayam memang nak cari untung, lebih-lebih lagi mereka tahu dah nak puasa dan raya.

Boikot sepanjang bulan puasa ni saja dan lihat apa akan jadi pada mereka. Tapi soalannya bolehkah kita bersatu hati menjayakan boikot ini?.

Download grafik di bawah, cetak dan tampalkan di mana-mana saja. Di rumah, pejabat, pasar dan dimana saja. Mari kita boikot habis-habisan. Kita lihat kesannya nanti. Biar dia orang rasa. Kita mulakan kempen ini hari ini juga.

Boikot Ayam

Lirik Lagu Read more »

Membeli Sambil Menderma, Hosting RM15 Sahaja

Lanjutan dari usaha komuniti web untuk membantu saudara Badruzamani saudara Md Hilmi telah membuat tawaran hosting pada harga yang sangat murah iaitu cuma RM15 saja setahun. Berikut adalah ciri-ciri hostingnya:

  • 100MB Space (Sesuai untuk blog)
  • 10Gb Bandwith
  • Unlimited Subdomain
  • Unlimited Email
  • 1 Addon Domain
  • 1 Park Domain
  • Fantastico
  • 99% Uptime
  • 30 hari Money back guarante
  • Server based US/Canada.

Dari setiap RM15 yang anda belanjakan, RM10 akan disalurkan terus kepada saudara Badruzamani. Jadi kepada sesiapa yang masih teragak-agak untuk membeli hosting untuk blog, lakukanlah sekarang.

Selain dapat membeli hosting dengan harga yang murah, anda juga dapat beramal. Maklumat lanjut untuk membeli hosting ni, sila rujuk post Md Hilmi di forum Wang Cyber.

Kempen Bantu Rakan Blogger Kita

Selama ni kita asyik cerita pasal cari duit, buat duit saja, kali ni biarlah kita tambahkan keberkatan rezeki tu dengan membantu mereka yang memerlukan. Saya terbaca post ini di blog Alang dan terus buat keputusan untuk sama-sama terlibat. Tak ada siapa suruh saya buat ni.

Saya ingin turut sama membantu meringankan beban sahabat kita saudara Badruzamani. Saya dah lama memerhatikan beliau di forum Wangcyber tapi cuma kira-kira sebulan yang lepas berhubung dengan beliau atas kerjasama pertukaran link.

Dari beberapa email dengannnya saya dapati beliau memanglah seorang yang berhemah tinggi dan saya sungguh terharu seorang OKU yang baik seperti beliau menerima nasib seperti ini.Inil adalah kisah beliau untuk anda renungkan.

Nama saya adalah Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal.

Pada tahun 1995, saya terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Ketika itu, saya sedang menuntut dalam jurusan Sijil Elektrik Kuasa di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Syah(POLIMAS), Jitra. Sebelum kecelakaan itu, saya dalam perjalanan pulang dari melawat bekas guru saya di Sekolah Menengah Vokasional Arau pada pagi 30 April 1995.

Akibat kecelakaan itu, saya mengalami patah tulang belakang dan disahkan oleh doktor, lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Tulang bahu kanan saya pernah patah. Hampir 2 tahun, saya berada di Hospital Pulau Pinang sebelum saya mampu menulis semula. Kini kecederaan saya di bahu sudah sembuh sepenuhnya.

Tetapi, akibat tidur terlalu lama di atas katil hospital dan di dapat bergerak dalam tempoh yang lama kerana patah tulang belakang, kulit belakang saya melecet dan lebam yang sangat teruk. Jadi, doktor telah buang kesan lebam itu dan menyebabkan ‘luka besar’ (bedsore) yang sukar sembuh sehingga sekarang. Oleh kerana di bahagian luka itu, saya tidak merasa sakit (sebab patah tulang belakang / lumpuh), jadi tidaklah ‘meraung’ setiap hari. Namun kos untuk membeli seperti kapas, pampers, kain gauze, ubat / krim aloo vera dan sebagainya, memerlukan kos yang banyak setiap bulan.

Namun saya cuba untuk berjimat dan berusaha sejak tahun lepas untuk menambah pendapatan melalui laman web ini dan laman RahsiaNiaga.Com. . Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa untuk berjaya perlu ada usaha, selalu berdoa, kena ada ilmu dan akhir sekali bertawakal kepada Allah dengan penuh sabar dan tabah. Itulah yang saya ‘pegang’ sebelum ini.

Tetapi, bila saya lihat akaun Maybank saya pada 30 Mei 2007 hanya tinggal RM 1.33,akaun Maybank 30 Mei 2007 sedangkan ubat untuk luka dan kain gauze sudah habis, bil Streamyx dan bil telefon belum dijelaskan lagi dan gas memasak dah habis, saya pening kepala. Boleh ka saya bersabar lagi?

Jika anda prihatin dan kasihan dengan masalah saya sekarang, bantulah seikhlas anda. Saya harap bantuan anda sekalian. Walaupun tak banyak yang mampu anda beri, saya tetap menghargai sumbangan anda. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda sekalian. Amin…

Sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Al - Wadiah saya bernombor : 162021342824.

Terima kasih banyak - banyak kepada anda semua membantu saya. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekalian. Amin…

Yang benar,

Badruzamani Bin Azmi,
1, Lorong Machang 4,
Taman Machang Manis,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Sekiranya ada kemampuan, bantulah beliau. Biar saya berikan idea membantu tu.

  • Sedekahkanlah sejumlah wang ke akaun beliau.
  • Sewalah ruang iklan di blog beliau
  • Belilah produk affiliate melalui blog beliau
  • Berikan sokongan dengan cara mengwar-warkan kempen ini di blog atau web anda
  • Doakan semoga beliau murah rezeki dan bebas dari dugaan ini
  • Apa-apa sajalah yang anda fikir boleh membantu…

Ingatlah…satu yang kita beri, tuhan akan balas dengan sepuluh ganjaran. Adakah anda masih mempunyai perasaan simpati?. Jom kita beramal.

« Previous PageNext Page »

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson