Jadikan Blog Wordpress Anda Mesra PDA & Smartphone
Hari ini semakin ramai yang surf internet menggunakan PDA dan Smartphone dan agak malang oleh kerana screennya yang kecil membuatkan maklumat di laman web sukar dipaparkan. Jika pelawat melayari blog anda dan sukar untuk dibaca seperti gambar di bawah, rasanya mereka tentu mencari blog lain.

Bagaimana pula jika blog anda mesra PDA dan Smartphone seperti paparan berikut

Tentulah mereka terus melekat dan membaca maklumat yang ada. Saya memang bengang bila surf web Maybank2u menggunakan IE Mobile yang tak mesra PDA, langsung tak boleh semak transaksi terkini.
Terpaksa guna Opera Mobile baru boleh tengok transaksinya. Transaksi di CIMB Click juga boleh dilihat dengan Opera Mobile. Ok berbalik pasal blog wordpress, anda boleh jadikannya mesra PDA dengan memasang plugin WP PDA.

Cara pemasangan
1. Download plugin di http://imthi.com/wp-pda/
2. Upload fail pda.php ke [wordpress_dir]/wp-content/plugins/
3. Upload folder pda-theme ke [wordpress_dir]/wp-content/plugins/
4. Login ke blog anda –> Plugins –> Wordpress PDA -> Aktifkan plugin wp-pda
Nota: Selepas memasang plugin ini ke beberapa blog saya, themenya bertukar sendiri ke default theme selepas ianya diaktifkan dan surf dengan pdaphone HTC TyTn II, anda cuma perlu tukarkannya balik ke theme asal.




