Dapatkan Satu Ringgit Anda Yang Pertama dari Internet
Sudahkah anda mendapatkan satu ringgit anda yang pertama dari internet? Jika belum, artikel ini sememangnya sesuai untuk anda. Pada kali ini, saya akan memberikan anda beberapa tips serta panduan mudah yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan satu ringgit anda yang pertama dari internet. satu ringgit yang pertama ini sangat penting, kerana, untuk mendapatkan satu juta ringgit dari internet, ia perlulah dimulakan dengan satu ringgit. Saya masih lagi ingat sewaktu saya menerima satu ringgit saya yang pertama dari internet, saya hampir tidak dapat tidur dan sanggup menunggu di depan komputer berjam-jam lamanya tanpa berganjak untuk melihat Ringgit Malaysia yang berikutnya masuk ke dalam akaun bank saya.
Baiklah, tanpa membuang masa, berikut adalah beberapa kaedah mudah yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan satu ringgit yang pertama anda dari internet.
1) Blog + Google Adsense (Meter cabaran: 5)
Binalah satu blog yang boleh anda hasilkan secara percuma di blogger atau blogdrive atau wordpress . Tulis mengenai sesuatu topik yang anda minati seperti bowling, memancing, berkelah, mendaki gunung, kereta, futsal dan sebagainya. Kemudian, mohon akaun google adsense dan masukkan iklan google tersebut ke dalam website anda.
2) Program Affiliate (Meter cabaran : 2)
Daftar mana-mana website yang menawarkan program affiliate percuma seperti ideabisnesluarbiasa.com , adikbijak.com dan sebagainya. Dapatkan url agen anda dan mulakan promosi di forum, yahoogroup, chat room, serta email. Namun begitu, perlu diingat… jangan sekali-sekali membuat spam. Buatlah promosi dengan cara berhikmah dan bertertib.
3) Ebay & Lelong (Meter Cabaran :3)
Cari barang-barang terpakai di rumah anda yang tidak anda gunakan lagi seperti handphone, tikar sarawak, kamera lama, action figure, komik & majalah, buku-buku rujukan di universiti, CD game, dan sebagainya. Ambil gambarnya, dan jualkannya di lelong atau ebay . Jika anda tidak mempunyai barang terpakai di rumah anda, sila cari dirumah jiran anda. Cuba selama beberapa minggu dengan kaedah serta stail jualan yang berbeza. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda dapat membuat sedikit kajian dan study bagaimana untuk berurusniaga di lelong atau ebay ini.
Jadi, itulah antara beberapa kaedah mudah yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan satu ringgit yang pertama anda dari internet. Untuk makluman anda, semua kaedah diatas boleh anda lakukan tanpa mengeluarkan wang sesen pun sebagai modal. Anda boleh lakukannya tanpa perlu mempunyai website dan nama domain. Setelah anda berjaya mendapat wang dengan melakukan kaedah di atas, maka wang tersebut bolehlah anda gunakan untuk dijadikan modal untuk bisnes internet anda seterusnya dengan membeli nama domain dan webhosting yang pertama anda.
—–
Sumber: Laman Web Wangcyber.com
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini





hebat…hebat…bravo……
Nak Hebat kena tuntut ilmu jerk…itu ja ubat dia.
Kalau masa kat sekolah/universiti tuntut ilmu utk dptkan sijil nak berkerja jerk..
Nak meniaga dlm internet kena cari ilmu berkaitan dgnnya
saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara sukeri kerana melalui tip saudara, akhirnya saya dapat juga membina blog saya sendiri. Blog address saya ialah http://alihari.blogspot.com
info yang baik kepada mereka yang blm membina blog atau website
dear en. sukeri,
thanks a lot…lyn dh ader blog sendiri, http://norlyn7779.blogs.friendster.com/princess ..but now the problem is how to market the product or services…lyn igt nk marketkan few products like bedsheet, shoes etc. and one more thing is i’m secretary so igt nk offer service utk typing paper work.. so wht do u think?
Tahniah Lyn, teruskan usaha anda, kalau anda secretary dan suka menaip paper work, lakukan saja.Jika kita buat benda yang kita minat, buat banyak kerja pun tak terasa penatnya.