HTC Touch VS Iphone

Ini adalah sejarah penggunaan PDA saya. Bermula dengan Palm m100, dah tak ingat tahunnya tapi masa tu masih tak ramai lagi yang guna PDA dan saya pun malu-malu pengantin bila nak guna. Maklumlah ramai yang menjeling memerhati apa agaknya yang saya tekan.
Tak la canggih sangat, tiada warna, backlight pun warna hijau jer tapi masa tu sangatlah teruja. Selepas m100 saya bertukar kepada Palm Zire72. Yang ni ada warna dan digital camera sekali tapi tak sampai 1 Megapixel pun. Walau apa pun saya akui PDA ni sangat berguna.
Biasa saya gunakan untuk record appointment dan manual kerja-kerja saya. Zire72 ni boleh simpan dan baca dokumen Word, Excel, PDF dan html. Jadi bila kat site tu dan terlupa bagaimana nak selesaikan sesuatu kerja, dengan pantas boleh rujuk dia.
Dunia semakin berubah, wireless dah jadi trend. Saya pun tukar lagi kepada Palm Tungsten T3. Wirelessnya bluetooth la. Wi-Fi tak ada. Seronok la juga bila digandingkan dengan handphone bluetooth. Senang nak hantar dan balas SMS. Tak yah guna T3 kat phone, guna stylus jer tulis kat PDA kemudian send dan automatic dia cari handphone bluetooth yang telah di pairingkan untuk hantar SMS.
Tapi sekarang ni dah letih nak carry 2 gadget ke sana ke mari tapi fungsi PDA memang dah jadi darah daging saya. Penyelesaiannya ialah PDA Phone dan sejak kebelakangan ni iphone dan HTC Touch asyik bermain-main di kepala cuba mengurangkan wang saya.
Lama dah fikir benda ni kebetulan iphone pun tak masuk-masuk lagi pasaran Malaysia, mungkin tahun 2008 ni. Kalau unlocked version tu memang dah ada, kat ebay atau lelong ada dijual. Tapi khabarnya ada isu sikit, Maxis tak boleh terima call dan ada sesetengah kad SIM Celcom tak berapa serasi.
Lebih malang lagi, jika dah diunlock maka jaminannya telah terbatal. HTC Touch pun tak kurang hebatnya. Kira pesaing terdekat iphone. Mula-mula memang dah jatuh cinta dengan iphone tetapi setelah banyak pertimbangan akhirnya dah berubah hati kepada HTC Touch.
Mungkin penggunaan saya yang lebih kepada produktiviti dan ianya lebih fleksibel untuk dimasukkan 3rd party application yang begitu banyak. Kalau nak tau Palm T3 saya juga boleh berfungsi sebagai Remote control TV, DVD player dan Astro dengan menggunakan applicaton Novii Remote.
Dengan adanya Wi-Fi, browser dan email application, senang la nak semak email terutamamya pesanan pelanggan. Boleh beri respon yang lebih cepat dan tak perlu lagi tertonggok depan komputer jer. Sambil-sambil tengok TV kat kusyen empok atau main-main dengan isteri anak pun boleh jenguk-jenguk bisnes sikit.
Berikut adalah review dari Dieter Bohn berkaitan Iphone dan HTC. Tak hairanlah dia memihak kepada HTC kerana beliau dah 6 tahun sebagai Windows Media Expert.
Interface Iphone memang cantik, tapi interfave HTC juga boleh menyerupai Iphone. Lihat video ni.
Boleh berkongsi pendapat anda dengan saya tentang iphone, HTC atau lain-lain jenama dalam kelasnya? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen ya. Terima kasih.
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini






wah… banyak perubahan dan peningkatan dari semasa ke semasa. namun saya belum boleh nak menjadikannya sebagai hakmilik lagi. suatu hari nanti laa dapat guna menda nih. wiahahahahaa…
Setiap individu mempunyai keperluan sendiri yang mungkin berbeza. En. Abd Fatah mungkin kurang memerlukan gadget ini dan saya pula macam dah tak boleh berenggang darinya.
Sukeri’s last blog post..Guna Dana KWSP Untuk Melabur
sukeri nak tukar PDA kepada HTC pulak ke? Abis tu yang Palm T3 tu lehla jual murah2 kat saya..serius ni..
soha’s last blog post..Cinderella Music Theme
Nanti saya fikirkan, apa-apa pun kena tunggu saya beli PDA Phone dulu, kalau tak saya nak pakai apa. Terus terang cakap bateri (rechargeable) dia dah kurang power. Kalau pakai kuat dan on bluetooth, tiap-tiap hari kena cas.
Dulu saya pakai Dopod, ingat nak tunggu iPhone tapi bila dapat tau smartphone sony ericsson P990i dh turun harga, terus berkenan dan beli (sebelum beli dopod lagi saya dh berkenan kt P990i tapi masa tu P990i mahal lagi). Best pakai P990i ni.
kalau sukeri masih survey lagi PDA apa nk beli, sukeri cuba try survey HTC Touch Dual, lagi smart, ada slide-out keypad skali.
Saya minat iPhone sebab interface dia lawa.. memang smart gile. Browser internet dia pun smart. Tp dah beli P990i ni, kena tggu lama sket le baru beli iPhone plk..
http://www.sonyericsson.com/spg.jsp?cc=global&lc=en&ver=4001&template=pp1_1_1&zone=pp&lm=pp1&pid=10336
http://www.htc.com/product/03-product_htctouch_dual.htm
Terima kasih atas info Fendi, saya ni kurang minat yang jenis flip atau slide, sejak dulu memang tak pernah beli phone macam ni. Saya dah biasa gunakan stylus, jadi tak kisah la.
Saya akui interface iphone memang mengancam, sebab tu ada orang buat dan jual interface macam tu. Kat ebay dia orang jual dalam USD4. HTC pun boleh tukar pakai interface ni.
Saya dah masukkan video HTC pakai interface Iphone dalam posting ni kalau nak tengok.
interface mcm iphone bole masuk dlm windows mobile? menarik tu.
tpulang pd sukeri, klu sukeri byk menggunakan software, better sukeri pilih htc, boleh install mcm2 software yg best2. iphone sesuai utk media, nk dgr lagu atau tgk clips ke.
sukeri mmg byk menggunakan software2 dlm palm/pda tu? mcm sy guna beberapa software je. windows mobile dh penah rasa, symbian pun dh rasa, akan dtg nk rasa iphone plk kut.
p/s : comment ni sy tulis guna p990i sy
en. sukri dah guna htc touch ke??
htc touch nie ade wayerless ke..??
nak juga satu..mcm best laa
de problem ke x..??
Lum beli lagi, dah cari kat kedai handphone sekitar Muar ni tapi tak ada. Wireless yang ada setahu saya Bluetooth dan Wi-Fi, 3G tak ada.
Sukeri’s last blog post..Percuma Camtasia Studio dengan Serial Key!
sini nak promote jek…kedai tempat saya bekerja ada jual pda jenis htc ni… kat melaka la.. sape minat boleh email je kat irnie_nazirah1987@yahoo.com
Ha..ha. saya beli HTC TyTn II kat Melaka la, Nokia Care kat Mahkota Parade.
Sukeri’s last blog post..Sebarkan Report & Buat Duit Lagi
sy sekarng guna unlocked iphone, so far ok je..xde masalah. cuma sebgai pengguna kita mesti ingat Iphone bkn spt fon lain, pd sesapa yg minat pada internet, digalakkan menggunakannya…
Tapi jgn beli skrg, tunggulah tahun depan dgr2 maxis nk cuba bwa masuk Iphone ni ke Malaysia dgn harga bwh RM1000 untuk 3G 16 GB. Harap bersabar mudah2an menjadi kenyataan. tapi sesapa yg dh ada Iphone skrg ni jgn bimbang, menurut maklumat yg sy dgr kita boleh “update” phone kita nanti…
ade org nk htc dual touch…
rm1200… bru pakai 1 bulan.. semua accesories lengkap
siap ngan cd.. kotak pn ader lagi…
jual utk baiki kereta…
area putrajaya…
0193201719-ayie