Jadikan Blog Wordpress Anda Mesra PDA & Smartphone
Hari ini semakin ramai yang surf internet menggunakan PDA dan Smartphone dan agak malang oleh kerana screennya yang kecil membuatkan maklumat di laman web sukar dipaparkan. Jika pelawat melayari blog anda dan sukar untuk dibaca seperti gambar di bawah, rasanya mereka tentu mencari blog lain.

Bagaimana pula jika blog anda mesra PDA dan Smartphone seperti paparan berikut

Tentulah mereka terus melekat dan membaca maklumat yang ada. Saya memang bengang bila surf web Maybank2u menggunakan IE Mobile yang tak mesra PDA, langsung tak boleh semak transaksi terkini.
Terpaksa guna Opera Mobile baru boleh tengok transaksinya. Transaksi di CIMB Click juga boleh dilihat dengan Opera Mobile. Ok berbalik pasal blog wordpress, anda boleh jadikannya mesra PDA dengan memasang plugin WP PDA.

Cara pemasangan
1. Download plugin di http://imthi.com/wp-pda/
2. Upload fail pda.php ke [wordpress_dir]/wp-content/plugins/
3. Upload folder pda-theme ke [wordpress_dir]/wp-content/plugins/
4. Login ke blog anda –> Plugins –> Wordpress PDA -> Aktifkan plugin wp-pda
Nota: Selepas memasang plugin ini ke beberapa blog saya, themenya bertukar sendiri ke default theme selepas ianya diaktifkan dan surf dengan pdaphone HTC TyTn II, anda cuma perlu tukarkannya balik ke theme asal.
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini







Niat di hati memang nak sambar satu. Tapi sekarang tengah kumpul nak angkat laptop dulu. Hoho..:D
titan’s last blog post..Update Lazzeo Itu Ini..
menarik tips ni sukeri,
kalau N95 boleh tgk tak?
han
N95 tu dah kira katogeri smartphone, memang boleh.Handphone lama saya Sony Ericsson k510i pun boleh.
Sukeri’s last blog post..Jadikan Blog Wordpress Anda Mesra PDA & Smartphone
kalau Sony Ericsson W700i boleh ke?
titan’s last blog post..Update Lazzeo Itu Ini..
Rasanya W700i lebih canggih dari k510i. Boleh la tu agaknya. Sebelum ada orang yang salah faham biar saya sebut balik, plugin ni bukan pasang kat handphone tapi kat blog kita.
Tak ada buat apa-apa pada pda / phone kita. Mungkin nota pada gambar tu mengelirukan sikit.
Sukeri’s last blog post..Jadikan Blog Wordpress Anda Mesra PDA & Smartphone
tengok kat youtube memang smart la phone en sukeri tu. rasa nak beli jugak pun ada.
Maizul’s last blog post..Direktori Blogger Malaysia
Mulanya saya nak beli HTC Touch saja tapi 3G pula tak ada, mana tau di masa akan datang 3G jadi murah dan saya nak pakai pula. GPRS memang ada la.
Lepas tu HTC Touch Dual, ada 3G tapi tak ada Wi-Fi sedangkan Wi-Fi tu la yang paling saya gunakan sebab saya ada wireless router kat rumah. Boleh pakai internet dengan Wi-Fi
Akhirnya HTC Touch Ty Tn II ni yang jadi pilihan. Semua jenis connection ada kecuali Infra Red, jadi tak dapat la dia jadi remote control TV, Astro, DVD dan sebagainya.
Nampaknya Palm Tungsten lama saya masih berguna la sebagai universal remote control. Saya guna aplikasi Novii Remote.
Sukeri’s last blog post..Jadikan Blog Wordpress Anda Mesra PDA & Smartphone
Saya pkai HP ipaq.. pernah la online blog gune PDA.. boleh la tgk mana2 web biz dan blog yang best.
Tapi mcm en sukeri ckp la.. HP ipaq model saya ni tak boleh nak semak transaksi maybank2u.. harap login je boleh tapi x leh semak langsung..
Nasib boleh semak email, boleh la tahu kalau2 ada sales hari tu..
Encik Dlie’s last blog post..7 Kunci Bebas Kewangan | Mitos Kekayaan |Teknik Kewangan | Urus Wang
Kalau saya guna browser IE Mobile memang tak boleh semak transaksi di Maybank2u, tapi kalau guna browser Opera Mobile saya dah cuba Maybank2u, CIMB Clicks dan Public Bank semuanya boleh.
Cuba la install Opera Mobile, boleh download trial version di:
http://www.opera.com/products/mobile/products/
Thanks en sukeri beri saya link tu..
Encik Dlie’s last blog post..Rahsia Teknik Mudah | Buat Duit Dalam Masa 10 Hari!!
wah! dah ada handphone baru sekarang ni. Nampaknya bisnes makin maju dan akan terus maju sebab dapat online 24 jam.
anytime, anywhere.
Terima kasih, mudah-mudahan kita sama-sama maju.
Sukeri’s last blog post..Jadikan Blog Wordpress Anda Mesra PDA & Smartphone
Sangat bagus. Terima kasih untuk tips ini.
Emilian’s last blog post..Updated ! These Guys Will Pay You $150 per Day
kalau macam tu kena main off n on plugin tu ler
kita’s last blog post..Jadikan Windows XP Sebagai Mesin Fax
Tak perlu on & off plugin tersebut, masa saya buat test tu memang saya off & on sebab nak tunjukkan perbezaannya. Untuk penggunaan biasa tak perlu on off.
Sebab semasa visitor datang, blog kita akan detect visitor tu guna browser jenis apa. Jika gunakan PC base maka theme yang kita pilih akan keluar, jika visitor tu guna browser jenis mobile, maka theme pda yang akan keluar.
Sukeri’s last blog post..Jadikan Blog Wordpress Anda Mesra PDA & Smartphone
Bilalah aku nak dpt sebiji macam tu..huhuhu..angan2 tu ada lah juga.
shahraduan’s last blog post..Jom Buat Duit Dengan Myspace!
Salam Ziarah
bile le nk merasa pakai PDA ni..huhu
haris’s last blog post..Blog niche
salam kenal, informasi yang menarik.
thanx