Jual Diri Anda Dulu Sebelum Menjual Produk
Ramai pendatang baru di internet memasarkan produk dengan tiada
perancangan dan melulu.
Tahukah anda jika anda menjual sesuatu produk, terdapat berpuluh
atau beratus orang lain lagi yang menjual produk yang sama dengan
anda atau lebih teruk mereka menjual produk yang lebih baik.
Bukan mudah untuk meyakinkan pelanggan membeli produk lebih-lebih
lagi secara online. Sedangkan secara konvensional, anda akan
membeli atau mendapatkan servis seboleh-bolehnya dari orang yang
anda kenali.
Tak kira untuk mendapatkan insurans perlindungan anda, melabur
dalam unit trust, membeli barangan, anda lebih menjurus untuk
mencari seseorang yang anda kenal dan boleh percayai.
Begitu juga dengan internet. Pelanggan tidak akan senang-senang
terus membeli dari anda. Jadi apa yang harus anda lakukan? Jual
reputasi anda. Jadikan mereka percaya kepada anda dan membeli
melalui anda.
Nampak mudah bukan? Sebenarnya cara ini tidaklah mudah tetapi
berbaloi jika dilakukan. Anda membina reputasi dan kredibiliti
dalam bidang anda. Jika anda menjual produk kecantikan, anda
hendaklah menunjukkan yang anda mahir dalam bidang tersebut.
Bagaimana melakukannya? Ada beberapa cara dan yang paling
baik ialah dengan menulis artikel atau laporan ringkas tentang
bidang yang anda mahir.
Artikel tersebut mungkin menyentuh hanya sebahagian daripada bidang
anda dan anda boleh letakkan maklumat perniagaan, produk dan diri
anda pada akhir artikel tersebut.
Contoh jika anda dalam bidang kecantikan, mungkin anda boleh
menceritakan tentang “10 tips menjaga kecantikan wajah dan
mengelakkan kulit berkedut”.
Artikel ini boleh
1. Dihantar kepada laman web berkaitan yang inginkan artikel
sebagai bahan rujukan pelawat
2. E-mail kepada mailing list anda
3. Jadikan sebagai fail PDF untuk orang ramai download dan baca
4. Hantar kepada ‘article directory’ seperti goarticles.com,
ezinearticles.com, articlecity.com (untuk bahasa inggeris)
Ingat, semakin kerap artikel anda dibaca dan nama anda keluar di
internet, semakin yakin bakal pelanggan anda dengan reputasi anda
dan lebih mudah untuk anda menjual servis dan produk anda kepada
mereka.
—————————————-
Sumber : Laman Web ez-steps.com/pemasaran
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini






assalamualaikum..
saya penulis artikel ni. takde credit utk penulis artikel ke? takkan copy paste je.
MInta maaf En. Azwan, saya dah buat kesilapan.OK saya dah letakkan sumbernya.Jangan marah ya…
tak marah
takut nnti jadi kebiasaan org2 kita main copy paste artikel org lain. teruskan usaha en. sukeri berkongsi ilmu di blog ini. semoga ilmu yg dikongsi bermanfaat kepada ramai orang.
haa… pasal copy paste biasa laa… copy hak orang kena tulis sumber rujukannya kat mana.. yer tak? takper la teguran yang membina… sayapun akan beringat2 jugak laa… bleh jenguk iklaneka dalam blog saya… www.bonusharian.blogspot.com
mula-mula nih nak buat iklan dulu laaa… wasalam.
askum,saudara..saya ingin meminta pertolongan dr saudara.bagaimane saya dpt bermula untuk menjual insurans diri melalui internet.
Waalaikum salam Mohd Syafiz, saya cadangkan anda ke Seminar kalau nak lebih cepat & berkesan untuk mempelajarinya.Maklumatnya di http://pendapataninternet.com/seminar-internet.htm
menarik tajuk post ni. Membuatkan saya teruja ingin membacanya. Tapi memang betul.. produk dah ade bermacam2 jenis dekat pasaran. Yang membezakannya pengetahuan kita dalam produk yang dipasarkan tu.. barulah pelanggan yakin dengan keluaran kita.
Membina blog dan terus menulis tentang produk kita juga mampu meningkatkan reputasi kita apalagi bila tedapat ruangan komen iaitu komunikasi dua hala secara terbuka.
Ini pastinya mampu meningkatkan keyakinan pelanggan untuk berurusan dengan kita.
ya…saya setuju dengan anda…popularkan laman web dan diri anda kemudian jual produk..malaysia boleh