Kad Kredit Tanpa Riba & Peluang Buat Duit

Berita baik untuk anda, kini Bank Islam memberikan satu peluang kepada kita untuk memiliki kad kredit tanpa RIBA sekaligus peluang menjana pendapatan.

Mungkin anda dah ada kad kredit, jadi nak buat lagi?

Anda boleh memindahkan baki dari kad kredit semasa ke kad kredit bank islam dan hutang anda kini tidak lagi dibebani faedah yang tinggi akibat RIBA.

Bagaimana nak buat duit dengan kad kredit bank islam?

Anda boleh mendaftar secara percuma di kadbankislam.com untuk menjadi affiliate kad bank islam kemudian sebarkan maklumat ini melalui link affiliate anda.

Jom dapatkan kad kredit bank islam, selain berpeluang mendapat komisyen anda juga akan mendapat kelebihan-kelebihan lain yang diberikan oleh kad kredit bank islam seperti :

Berlandaskan Syariah, Tiada Riba
Kad Bank Islam adalah berlandaskan syariah, tiada unsur - unsur Riba ( Faedah ) dan Gharar (ketidaktentuan).

Tiada Caj Faedah Berganda
Tidak seperti kad kredit konvensional, Kad Bank Islam tidak mengenakan sebarang caj keuntungan berganda. Ini bererti pemegang Kad Bank Islam akan menikmati penjimatan keuntungan sebanyak 1.6 % setahun.

Caj Pengeluaran Tunai RM 12
Caj serendah RM 12 dikenakan untuk pengeluaran wang tunai RM 1000 atau sebahagian daripadanya di semua cawangan ATM Bank Islam.

Rebet Keuntungan hingga 2.5 % p.a
Program Rebet Keuntungan antara 0.5 % - 2.5 % setahun yang akan dikreditkan terus ke akaun anda setiap bulan secara automatik.

Keuntungan Tetap, Tidak Berubah
Berbeza dengan kad kredit konvensional, Kad Bank Islam menawarkan keuntungan tetap dan tidak berubah, tidak seperti kad kredit konvensional yang menawarkan keuntungan yang tidak tetap dan berubah.

Kemudahan Pindahan Baki
Hanya RM 6.20 untuk setiap kali pindahan baki dibuat tidak kira jumlah pindahan / amaun. Tiada caj keuntungan dikenakan hingga tarikh akhir pembayaran. Jumlah baki yang dipindahkan mestilah tidak melebihi had pembiayaan pemegangan kad.

Teknologi Cip Keselamatan Terkini
Kad Bank Islam menggunakan teknologi cip keselamatan terkini. Menerima anugerah Platinum oleh MasterCard Asia

Anda boleh mendaftar secara percuma di kadbankislam.com

UPDATE : NOTIS PENTING

Dimaklumkan bahawa www.KADbankislam.com adalah laman web tidak sah dan Pusat Kad Bank Islam (BICC) tidak pernah melantik syarikat tersebut sebagai ejen untuk melaksanakan sebarang urusniaga.Maklumat lanjut sila rujuk :

http://www.bankislam.com.my/cms/default.asp?cms_articleID=238


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

14 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by matzis
2006-10-30 14:45:26

Assalamualaikum, saya dah ada kad kredit bank islam mastercard dan visa. Saya dah gunakan kad bank islam ini 6 bulan memang bagus & apa yang di perkatakan tentang kelebihannya ada betul. Tentang peluang dapat komisyen tu perlu di rebut cepat.

 
MyAvatars 0.2
Comment by MATZIS
2006-11-03 09:13:36

Dah 2 hari server kadbankislam ni tak berfungsi. Sukeri tau tak?….network saya dah dekat 100 orang & yang memohon 25 orang di kadbankislam ni.

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri Subscribed to comments via email
2006-11-03 09:29:35

Ya saya juga sedar tentang perkara ini malah dua hari lepas juga saya dihubungi En. Khairil, Ketua Jabatan Pemasaran Bank Islam.

Dia sangka web tu kepunyaan saya.Katanya salah disisi undang-undang ambil deposit tanpa kebenaran Bank Negara dan gunakan pula nama Bank Islam.

Katanya lagi ada orang dah buat laporan ke Bank Negara dan dia sendiri cuba mencari web master web tu untuk settle down, kalau tak dia akan buat laporan polis.

Saya rasa ini mungkin ada kaitan dengan web yang down tu.Memang saya akui sambutan amat menggalakkan, tak salah cari orang join kad kredit cuma yang salahnya mereka minta RM100 untuk nikmati bonus pada level 2.

Seorang kenalan saya juga sedang berusaha membuat web yang begini dan akan membayar lebih tinggi lagi sekitar RM70 per pemohon kad yang berjaya tanpa meminta sebarang bayaran.

Bila dah up nanti saya akan war-warkan.Nampaknya idea ni bagus cuma silap teknik sikit, harap mereka ubah sistem supaya memenuhi kehendak peraturan dan kita dapat terus mempromosikannya.

 
MyAvatars 0.2
Comment by tazamfn
2006-11-03 11:51:59

yup saya bersetuju sedikit ngan pendapat En Sukeri dan betul apa yang diperkatakan oleh En Khairil tu benda ni dah diperdebat di forum wang cyber mengambil deposit tanpa kebenaran bank negara memang salah mempromosi tidak salah tapi rasanya elok dapat kebenaran bank

 
MyAvatars 0.2
Comment by MATZIS
2006-11-03 12:24:12

Saya awal-awal lagi dah syak benda ni pasal webmaster tak bagi alamat detail sykt. dan no phone untuk dihubungi. Tetapi oleh kerana cara pemasaran ini bagus dan cepat, saya mencuba dan ternyata cepat dapat network cuma sukeri cakap tadi ler diorang cuma silap teknik jer.

 
MyAvatars 0.2
Comment by azra
2006-11-13 05:11:07

Saya tak bagi alamat dan detail syarikat kerana belum diputuskan oleh team saya pada waktu itu dan saya lebih kepada testing sistem KBI.com pada masa itu untuk rakan terdekat. Tapi query market terus kepada pihak bank islam dan bank negara membantutkan proses.

Mungkin silapbesar saya juga buat laman web bersistem itu terlalu cepat dan sepatutnya direview oleh 3 pihak termasuk pihak bank islam sendiri sebelum dipromosi ke orang ramai.

Saya bekerjasama dengan pihak bank utk selesaikan kekeliruan yang timbul. Kepada En Sukeri dan Matzis..anda sememangnya hebat.

Maklumat lanjut boleh terus ke blog saya.. Sebagai melayu berani mencuba, saya boleh terima segala cari maki kalau rasa saya tak betul dan kalau boleh biarlah yang membina.

http://silapbesar.com/blog/index.php/2006/10/19/kadbankislamcom-pra-lancar/

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri Subscribed to comments via email
2006-11-13 10:59:51

Tahniah Azra, anda seorang yang berani kerana sanggup mengakui kesilapan.

Sesiapa pun akan melakukan kesilapan sekali sekala.Belajar dari kesilapan dan memperbaikinya untuk panduan kejayaan masa depan adalah amalan yang baik.

Semoga anda sukses.

 
MyAvatars 0.2
Comment by san
2006-11-17 02:06:20

wah ! saya ni pula hanya menunggu selama lebih kurang setengah bulan baru nak buat promosi sebab nak buat sedikit kajian mengenainya, saya diam-diam saja tak nak bagi tau, sebab saya belum promosi lagi kepada kawan-kawan , bagus juga… Komen membina lebih baik daripada komen menjatuhkan…..kalau saya pun kena komen membina,walau macam manapun dia tak jual produknya kepada saya, saya akan beli juga sebab bantu saya, tapi kalau komen menjatuhkan, warhhh !!!! satusen pun aku tak nak beli..sebab tak membantu saya langsung..sebab tambah masalah ..hehehe… silap besarlah kalau macam ni , satu kesilapan yang boleh diperbaiki pada masa akan datang.

Baru juga aku dapat access website ni sukeri,sebab dah lama “Web no gateaway reply” sejak bebarapa hari yang lalu.Tak dapat baca blog u

 
MyAvatars 0.2
Comment by azra
2006-11-20 11:56:49

Biasala..barang orang kena ikut rules orang. Memang plan ada fasa sepatutnya untuk dapatkan guideline atau kena tanya dulu boleh ke tak cuma tak kesampaian. Cuma kebocoran sikit jadi masalahl tu. Saya teruskan dengan projek projek lain saja buat masa sekarang ni. Orang siasat macam macam cara tapi bila dah sampai ke Bank lain pula jadinya.

No hal la, kalau nak kad ni boleh terus ke Bank Islam berhampiran.

 
MyAvatars 0.2
Trackback by Platinum And Visa
2008-02-07 22:16:10

Citi® mtvU™ Platinum Select® Visa® Card for College Students - A Good Choice?…

All too often, it seems like part of being a college student is being almost broke all the time or at best, having very limited financial resources. While having a credit card such as the Citi® mtvU” Platinum Select® Visa® Card for College Students…

 
MyAvatars 0.2
Comment by whizzkid Subscribed to comments via email
2008-03-05 16:48:09

ape requirement yg perlu ade?
kalau student boleh apply x?
susah la xde kad credit kalau nk book room kat mane² via online..

Comment by Sukeri Subscribed to comments via email
2008-03-05 19:28:09

Kad kredit biasanya perlukan bukti pendapatan RM18 ribu setahun, tak kira la student ke apa asal ada payslip.

Kalau tak ada, boleh dapatkan kad debit. Sesiapa pun boleh apply, dia tak tanya pun ada pendapatan atau tidak. Yang boleh buat transaksi online macam Public Bank Visa Electron. Saya pun ada guna kad ni.

Paling senang kad debit Ambank NextG, boleh beli kat 7 Eleven ajer.

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by allisa Subscribed to comments via email
2008-04-08 13:08:34

bagaimana nk apply kad credit?tolong gtau saya
saya keja sendiri ja..

Comment by Sukeri Subscribed to comments via email
2008-04-08 13:20:46

Program KadBankIslam ni telah dihentikan, kalau nak mohon kad kredit terus pergi ke bank dan tanyakan pada Customer Service mereka.

Sekarang ni saya lihat ramai agen-agen kad kredit buat promosi di pasaraya-pasaraya, biasanya mereka cuma minta kad kredit lain & IC saja. Kalau belum pernah ada kad kredit kena sediakan slip gaji atau bukti pendapatan seperti transaksi akaun bank syarikat dan sebagainya.

Sukeri’s last blog post..Pernahkah Anda Terfikir Untuk Membina Kedai Online Sendiri (Online Store)?

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson