Khidmat Setup Blog

SukeriHosting.com menawarkan khidmat setup blog wordpress dengan domain dot com anda sendiri. Berikut adalah apa yang akan anda dapat:

1. Kami akan setupkan sebuah blog wordpress. Contoh blog klik di sini
2. Bonus rahsia bernilai lebih RM170 akan diberikan (panduan Buat Blog & Buat Duit Dengan Blog)
3. Blog anda akan disiapkan dalam masa 48 jam setelah bayaran diterima
4. Kami akan belikan domain dan hosting untuk anda (termasuk dalam harga Pakej)
5. Nama domain adalah atas pilihan anda sendiri
6. Saiz hosting anda ialah 50MB, bandwithnya 5GB sebulan. Saiz hosting boleh ditambah kemudian bila-bila masa dengan bayaran tambahan

Harga Pakej ini hanya RM120 sahaja. Sekiranya berminat sila klik disini untuk membuat tempahan
Sekiranya anda dah ada domain & hosting sendiri, upah untuk buat blog sahaja (tanpa domain & hosting) hanya RM70 sahaja.

Berikut adalah ciri-ciri hosting anda:

Account Features
* 5 Add On Domain
* 50 MB Hardisk Space
* 5GB Bandwitdh
* Unlimited Sub Domains
* Unlimited FTP Accounts
* CGI
* PHP 5 with Zend Optimizer
* MySQL 4+
* Perl
* Ruby On Rails
* Python
* SSH
* SSI
* Cron
* FrontPage
* Curl
* GD
* Image Magick
* Streaming Audio/Video
* Free PHP/Perl Module InstallationEmail Tools
* Web Mail
* E-mail Alias
* Auto Responders
* Mailing Lists
* Catch Alls
* Spam Assassin
* Mail Forwards
* IMAP Support
* SMTP
Control Panel Tools
* Fantastico
* Soholaunch
* Multi Language
* Hotlink Protection
* phpMyAdmin
* IP Deny Manager
* Custom Error Pages
* Redirect URL
* Web Based File Manager
* PW Protected Directories
* Instant Blogs
* Instant Customer Support Desks
* Instant PHPnuke
* Instant Forums
* Instant Guestbook
* Instant Portals
* Instant Counter
* Instant FormMailWebsite / FTP Statistics
* AWstats (Real Time Updates)
* Webalizer
* Raw Log Manager
* Referrer Logs
* Error LogsE-Commerce Features
* Shared SSL
* Agora Cart
* osCommerce
* ZenCart
* Cube Cart

Harga Pakej ini hanya RM120 sahaja. Sekiranya berminat sila klik disini untuk membuat tempahan
Sekiranya anda dah ada domain & hosting sendiri, upah untuk buat blog sahaja (tanpa domain & hosting) hanya RM70 sahaja.

RSS feed

33 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by Lai ChengKiat
2007-09-11 20:29:04

Macam mana respons ni? Harga murahnya!

 
MyAvatars 0.2
Comment by Luth Subscribed to comments via email
2007-09-14 20:46:03

Saya tertarik dengan apa yang terjadi pada blog www.amarmahmood.com jadi saya ingin bertanya.

Saya mempunyai blog cuma saya menggunakan blogger.com. Boleh ke memdapat khidmat saudara?

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri Subscribed to comments via email
2007-09-15 08:38:59

Ya saya yang buatkan blog Amar tu kecuali kandungannya. En. Luth boleh dapatkan khidmat saya untuk setup blog wordpress macam Amar tu.

Kebiasaannya saya ambil masa kurang dari 24jam untuk siapkan jika proses pembelian domain dan hosting berjalan lancar

 
MyAvatars 0.2
Comment by zool
2008-05-28 12:50:34

Eh rasa berpatutan la tu fairuz..
Walaupun template tapi bagi yang tak tau nak buat tu…
Proses nak tau tu ambil masa lebih dari RM70 tu…

zool’s last blog post..Laman web / blog disiasat

 
MyAvatars 0.2
Comment by razzor23
2008-06-02 00:47:24

Untuk pengguna yang tahu cara-cara nak edit sendiri blog, mungkin caj yang di kenakan agak tinggi di sini.
TETAPI untuk pengguna yang ZERO knowledge atau tau sikit2 laa pasai edit blog ( mcm aku jugak…heh he heh) rasenye RM 70 tu berpatutan.

Kita tak boleh nak cakap template tu pree…so kita pon nak dapat harga yg super “istemewa”.

Mcm pemburu jugak…kalo dia pergi memburu rusa dlm hutan. Pastu dapat tangkap sekor. Pastu gi pasar juai daging rusa tu. Tak kan la pulak pembeli nak argue cakap harga daging tu mahai sebab dia dapat rusa tu pree. kan? kan?

Point nyer kat sini….sape yang buat kije lebih…dia la yg gain benefit lebey….. wak ka ka

-jangan marah aaa, nanti kena juai- :D
razzor23’s last blog post..Banner Baru

 
MyAvatars 0.2
Comment by Sukeri Subscribed to comments via email
2008-06-02 14:17:23

Kalau baca betul-betul, dengan bayaran RM70 tu bukan setakat dapat khidmat buat blog saya saja tetapi juga dapat bonus rahsia iaitu ebook panduan cara buat blog dan juga mp3 interview dengan dua expert blogger tentang cara mendapatkan trafik ke blog. Nilainya lebih dari RM70. Jadi tuan-tuan tak rugi apa-apa.

Sukeri’s last blog post..Ebook Panduan Menjana Wang Adsense

 
MyAvatars 0.2
Comment by emme Subscribed to comments via email
2008-06-10 15:30:44

Buat ape la nak berkira untuk kesenangan sendiri? :) Aku rasa amat berpatutan…

emme’s last blog post..Uji Kelajuan Menaip Anda!

 
MyAvatars 0.2
Comment by wetubeTV Subscribed to comments via email
2008-06-13 18:23:37

murah nyer…

 
MyAvatars 0.2
Comment by Komandotrg
2008-09-28 10:38:57

hmmm… bagilah hosting free sekali sekaler…ke guaner?
hehehehe………… Selamat Ber “bloggers”

Komandotrg’s last blog post..Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008

Comment by Sukeri Subscribed to comments via email
2008-09-28 10:44:24

Ni dah kira harga potong kepala ni, bagi lagi ebook panduan cara buat blog. Mana nak bagi hosting free lagi. Biasa kalau orang setup blog, upah jer dah makan RM200. Tu yang minimum tu, ada yang caj sampai beribu.

Sukeri’s last blog post..Selamat Hari Raya Aidilfitri

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by Silent Money Subscribed to comments via email
2008-09-28 17:09:01

Nak hosting free yea? nanti aq usahakan.

Aq pon nak menceburkan diri gak dalam bidang nie. Abistu, ilmu aq nie nak letak kat mana? baik guna kan.

 
MyAvatars 0.2
Comment by lukman
2009-01-19 09:17:49

saya cadangkan sesiapa nak buat blog/web, disinilah tempatnya. saya mula2 dulu pun x tau ape.jasa baik en. sukeri skrg sya dah pandai update & buat sdiri. dgn harga rm120, smua diajar satu persatu…pastu smua ptanyaan djawab dgn segera.boleh tgok web saya hasl dr panduan ebook & en. sukeri…

www.lhmediatv.com

lukman’s last blog post..Nasyeed Music Video

 
MyAvatars 0.2
Comment by Asri
2009-01-28 12:24:39

Macam mana nak bagi blog kiter di kesan oleh enjin pencari??? kena beli domain gak ker??? kalau saya nak domain jer… blog saya buat sendiri plak cam mana???

mesinchopper.blogspot.com

Asri’s last blog post..Khas Untuk Penternak

Comment by sukeri Subscribed to comments via email
2009-01-28 12:36:19

Untuk dikesan oleh enjin carian bagi blog wordpress tak perlu buat apa-apa sebab dah ada ping service. Kalau nak lebih baik tambahkan senarai ping server. Cara lain ialah bertukar link dengan blog / web lain terutamanya yang selalu dikemaskini.

Setiap blog memang perlu ada domain dan hosting kerana tanpa domain alamat blog anda akan kelihatan begini http://60.235.244.144 dan pastinya sukar untuk orang mengingatinya.

Kalau dah ada hosting, beli domain saja pun boleh. Harap anda tahu macam mana nak buat add on domain ke hosting tu kerana akses ke hosting tu hanya anda dan tauke hosting tu saja yang tahu.

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by SifooSidee Subscribed to comments via email
2009-04-13 20:21:01

Assalamualaikum Encik Sukeri. Saya Rasidi dari Shah Alam. Saya dah ada web dan domain sendiri. Saya mengupah orang untuk membuat website saya. Sekarang saya nak mengubah website saya.

Maksud saya untuk mengubah balik setting web tersebut. Pengubahan tersebut melibatkan format, template dan sebagainya.

Persoalan saya,

1. Bolehkah saya mengubahsuai semula web tersebut, contoh ke blog wordpress

2. Adakah web tersebut akan terganggu kerana saya dah daftar domain dan hosting syarikat lain

3. Berapa sub domain yang boleh dibuat

Rasidi
http://mudahbelajar.com

Comment by Sukeri Subscribed to comments via email
2009-04-13 22:04:08

Salam Rasidi,

1. Web statik memang boleh diubah kepada blog wordpress tetapi ia memerlukan mereka yang tahu develop theme wordpress from scratch. Ini diluar kemampuan saya.
.
2. Kalau nak letak kat root directory memang web lama akan terganggu. Boleh letak kat sub-folder atau sub-domain jika mahu kedua-dua web berjalan serentak.
.
3. Sub domain biasanya tiada had.

Sukeri’s last blog post..Teknik Jana Wang Rahsia Clickbank Dilancarkan

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by SifooSidee Subscribed to comments via email
2009-04-14 22:16:11

Terima kasih Encik Sukeri atas jawapan tempohari.

Sekali lagi saya ingin bertanya, saya ingin menukar bentuk web saya seperti web Encik Sukeri.

Maksud saya mendelete web lama dan menukar yang baru.

Saya tiada pengetahuan teknikal tentang ubahsuai ini.

Boleh Encik Sukeri membantu dan berapa bayaran dikenakan.

Rasidi
http://mudahbelajar.com

Comment by Sukeri Subscribed to comments via email
2009-04-14 22:54:15

Ok saya jawab terus pada email tuan

Sukeri’s last blog post..Teknik Jana Wang Rahsia Clickbank Dilancarkan

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by Nimoiz T.Y Subscribed to comments via email
2009-04-15 18:54:02

Kalau khidmat setup blog beserta kaedah pembayaran. Contohnya, kalau saya nak minta khidmat setup blog untuk penjualan e-book. Dan dalam blog tersebut disertakan sekali kaedah pembayaran termasuklah maybank2u, paypal dsb, berapa kosnya?

Comment by sukeri Subscribed to comments via email
2009-04-15 20:43:05

Kalau buat kedai online dengan blog, sebelum ni Labanon ada buat. Cajnya RM500 tapi sekarang dia dah tak buat lagi. Kalau cuma nak jual 1 ebook, gunakan minisite lebih sesuai.
.
Kalau banyak ebook, gunakan kedai online yang ada shopping cart. Saya tak sediakan semua servis ni sebab tak cukup tangan nak handle. Saya cuma setup blog saja.
.
Mungkin akan datang saya akan buat servis setup web MLM, tengah pertimbangkannya.

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by Yazid Subscribed to comments via email
2009-06-24 18:09:00

Kalau saya buat tempahan buat blog, adakah tajuk blok dan kandungannya saya akan isikan kemudian? Bolihkah saya updatekan blog itu kemudian? Bagaimana pula dengan username dan password?
Bagaimana pula sekiranyan saya tidak pasti apa yang nak saya tulis diblog itu ( sama ada perniagaan atau sebaliknya ), tentulah saya akan hadapi masaalah unyuk memilih nama domain yang sesuai.

Comment by Sukeri Subscribed to comments via email
2009-06-24 18:58:45

Saya hanya setupkan blog saja, tajuk dan kandungan tuan kena
isi sendiri dan ianya boleh diupdate bila-bila masa.
.
Username & passsword saya setkan untuk kali pertama, ianya
boleh ditukar bila-bila masa kemudian. Nama domain sebaiknya menggambarkan kandungan blog tetapi ianya tidak mesti begitu.
.
Blog saya sendiri hanya gunakan nama peribadi tetapi kandungannya bercampur antara peribadi dan perniagaan. Anda sendiri tentukan ke mana hala tuju blog tersebut.
.
Saya hanya menbantu menyiapkan asasnya.

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by astin1972 Subscribed to comments via email
2009-07-16 12:03:09

shukri…
Nak tanya sikit..kalau nak setup web/blog perniagaan yang ada system auto responder berapa kos nya

Comment by Sukeri Subscribed to comments via email
2009-07-16 14:48:56

Ada juga Autoresponder (AR) yang boleh pasang pada hosting tetapi saya tak galakkan kerana banyak risiko dan email mungkin lebih banyak masuk ke folder Spam.
.
Sebaiknya guna AR yang professional macam Aweber dan Getresponse. Harga sekitar US$19 & US$18 sebulan.

Sukeri’s last blog post..Tips Pengurusan Kewangan Menggunakan Overdraft

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by izam Subscribed to comments via email
2009-10-31 18:37:26

hi…

saya berminat nak buat bisness online…apa yg saya lihat

ade setengah yg guna blog dan jugak website.. saya fikir guna

blog lebih baik sbb tak perlu bayar sewa…apa pandangan

saudara…blog or website? dan klau bleh nak mintak bantuan

saudara utk set up blog utk business online saya …

Comment by Sukeri Subscribed to comments via email
2009-11-01 11:52:58

Sama ada blog atau website lebih baik ianya bergantung pada strategi pemasaran kita. Biasanya blog digunakan untuk mendapatkan trafik yang tinggi.
.
Di blog kita boleh terus menjual atau membawa prospek tersebut ke website produk / servis. Saya tak galakkan tuan guna blog percuma, cuba baca artikel ni.
.
http://membuatblog.com/padah-menggunakan-blog-percuma/
.
Saya memang sediakan servis pasang blog dan berikan ebook panduan bagaimana nak guna blog tu. Sila rujuk
.
http://www.sukerihosting.com/blog.php

Sukeri’s last blog post..Keluarkan Wang Paypal Terus Ke Bank Malaysia

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by lengloii Subscribed to comments via email
2009-12-29 17:05:11

salam.. Sy berminat nak memiliki blog sendiri dgn tujuan menjual brgn wanita dan bayi..disbbkan sy ni mmg 100% zero tentang web dan blog,jd sy rasa unt membyr hampir rm500 unt sesebuah web yg ada shoping cart tu mcm xpatut jer(walaupun nampak menarik)..tp kalu setakat rm120.rasanya masih berbaloila.. Jd soalan sy.. 1.cemana sy nak update blog sy stlh en.sukeri bina blog sy? 2.adakah sy perlu memberith en.sukeri tentang isi dlman blog sy? 3.jika sy xpandai nak mengedit blog sy bagaimana en sukeri blh membantu sy? 4.blh ke en.sukeri bg sy beberapa cnth blog yg tlh en.sukeri bina unt panduan sy.bkn apa yg blog contoh tu sy tgk tp masih blur lg.. Harap xpamerkan soalan2 ni ye. Seganla pulak sy ni buta it.

Comment by sukeri Subscribed to comments via email
2009-12-30 20:55:04

Salam,
.
1. Saya akan beri ebook panduan cara menggunakan blog.
.
2. Tak perlu, anda yang tulis sendiri kandungan blog
.
3. Saya akan bantu melalui YM, Email, Call atau SMS
.
4. Contoh blog saya yang lain
http://tricajushebat.com/
http://islam.sukeri.com/
http://jawatankosong2u.com/

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by Kaklong Subscribed to comments via email
2010-01-15 11:38:16

Assalammualaikum…

Bayaran RM120 ke RM70 utk buat blog. Saya hnya tahu sikit2 je buat blog. Saya ingin buat blog utk kedai online. Blog yang mempunyai YM dll. Utk bayaran terus secara online cth maybank2u, cimb cliks dll, borang tempahan dan macam2 lagi.
Boleh en sukeri tolong saya. Saya ni buta it…tau sikit2 je.
Terima kasih.

Comment by Sukeri Subscribed to comments via email
2010-01-15 11:56:36

Waalaikumsalam,
.
Bayaran RM120 untuk domain + hosting + setup blog. Bayaran RM70 untuk setup blog sahaja ( jika dah ada domain dan hosting sendiri).
.
Untuk YM dan borang tempahan online tak ada masalah, yang macam-macam lagi tu kena jelaskan supaya tiada salah faham di kemudian hari.
.
Saya cuma setupkan blognya saja, kandungan blog kena tulis sendiri. Jika buat IT terus memang kurang sesuai, kena mahirkan dulu dengan IT atau saya boleh perkenalkan pembuat blog yang beserta kandungannya. Harganya sekitar RM400

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by Kaklong Subscribed to comments via email
2010-01-15 15:39:05

Terima kasih dengan jawapan En Sukeri. Saya dh fhm so jika saya inginkan khidmat En Sukeri byrannya RM120 dan bhn2 kena saya isikan sendiri cth : pic dll kan? Apa2 bahan yang saya nak letak diblog saya kena bgtau En Sukeri ke? Segala2nya kena bagitau cth: Bilangan pengunjung, saya nak ada lagu semasa blog saya dibuka boleh kan? maaflah saya tak tahu apa2 tentang blog setakat blogger.com tu adalah…so mcmana nak buat tempahan berapa lama blh siap blog saya nnti? Macam2 saya nak letakkan diblog saya tu blh ke En Sukeri buatkan…paypal, nama senarai org yg beli dikedai online saya, update tiap2 bulan boleh ke? maaf saya terlalu byk soalan plk…

 
MyAvatars 0.2
Comment by Azli Bin Ghani Subscribed to comments via email
2010-07-11 21:34:11

Salam En Sukeri, sekarang ni masih on lagi ke buat blog? Saya nk dptkan khidmat Tuan untuk buat blog surau yang baru nk dibina bagi mencari dana.

Comment by sukeri Subscribed to comments via email
2010-07-12 11:00:42

Ya saya masih aktif dengan bisnes setup blog. Tapi saya cuma setup blog saja, kandungan blog kena buat sendiri.

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson