Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Link Affiliate di Ruangan Komen, Apa Komen Anda?

Apa yang saya maksudkan ialah ruangan komen di blog anda diletakkan link affiliate oleh si pengkomen. Sebelum ni saya memang tak kisah sangat dengan benda ni kerana menganggap tidak akan mendatangkan sebarang kesan buruk kepada blog saya sehinggalah beberapa hari lepas seorang pengkomen dengan nickname Tube telah melakukan kesilapan dengan menulis komen yang ‘terlampau’. Anda boleh rujuk di sini.

Apa pun Tube telah meminta maaf dan saya juga telah memaafkannya.Biasalah manusia kekadang terlupa dan melakukan kesilapan termasuklah saya juga. Kalau berani mengakui kesilapan dan meminta maaf tu memang sikap yang baik.Caya sama lu Tube. Berbalik pada topik asal patut ke kita lepaskan semua link affiliate yang ada di ruangan komen kita yang kadangkala tu komen yang ditulis langsung tidak berupa komen kepada entri sebaliknya buta-buta promote link affiliate mereka.

Patut ke?. Minta pandangan dan cadangan anda.


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

16 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by ridaparidah
2007-04-09 11:20:09

Nampaknya komen kita dah nak berlanggar tadi…awak nak masuk saya pun nak masuk juga..yang saya nampak tadi kedua-duanya serentak memasuki ruang komen…he he…

Macam nilah en. sukeri, kebetulan saya pun tengah duk depan pc ni..biar saya berikan pendapat saya dulu…itupun kalau awak sukalah..

Setiap komen yang nak masuk ke ruang komen di blog kita tu perlu ditapis dulu, maksud saya kita kaji dulu isi kandungan komen tersebut…adakah ianya berbentuk komen ataupun iklan..kalau komen seperti yang dibuat oleh Tube tu tak perlu dilepaskan..kerana komen yang macam tu mungkin akan menjejaskan ‘periuk nasi’ kita sebagai pemilik blog, itu juga boleh kita anggap sebagai iklan atau promosi atas perniagaan yang dijalankan, menumpang tuah di lubuk orang lain tanpa izin dan yang lebih memudaratkan lagi apabila ada pulak pengunjung yang tertarik dengan iklan tersebut terus menerima tawaran yang diiklankan..tak ke berputih mata si pemilik blog tu?…tapi kalau komen atau pandangan berbentuk membina tak salah kalau dilepaskan…Wallahua’lam.

 
MyAvatars 0.2
Comment by Mohd Sufian
2007-04-09 12:53:40

Sepatutnya ruang komen di blog bukanlah untuk mempromosikan produk. Cara ini boleh dikatakan tak beretika.

Saya setuju dgn ridaparidah tu. Setiap komen yang diberi oleh pembaca blog kita perlu ditapis. Kalau ada komen yang tak beretika nie, kita delete je.

 
MyAvatars 0.2
Comment by amir
2007-04-09 17:03:23

Yer..betol tu, setuju..

 
MyAvatars 0.2
Comment by Maizul
2007-04-09 18:42:27

Bagus jugak kalau En. Sukeri buat tapisan komen.

 
MyAvatars 0.2
Comment by tazamfn
2007-04-10 09:45:58

Yup saya setuju juga dengan pendapat semua tapisan mampu menghalang pencerobohan yang tidak beretika tapi walau bagaimanapun saya percaya dengan memberi amaran dan meminta maaf isu ni nampak lebih telus lagi kerana ada diantara yang baru patut diberitahu dan ia merupakan pengajaran kepada semua

 
MyAvatars 0.2
Comment by shah Subscribed to comments via email
2007-04-10 12:45:25

ahaa..betul tu…tapis dan delete jerkk…
kalau ikutkan hari2 ada spam dalam blog ni…berjela-jela juga dok dpt..tapi saya tak approve pun..

 
MyAvatars 0.2
Comment by shueqry
2007-04-12 02:11:44

saya juga bersetuju, komen harus (bahkan wajib) dimoderasikan, untuk mejaga kredibiliti di jangka masa panjang.

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-04-13 17:21:06

Terima kasih kepada semua yang memberikan komen, cadangan dan pendapat. Sumbangan anda semua sangat saya hargai.

Hmm..lepas ni tak ada peluanglah kepada sesiapa yang berhajat nak letak link affiliate di ruangan komen blog ni. Kena la buat blog sendiri ya.

 
MyAvatars 0.2
Comment by abdfatah.com
2007-04-13 23:20:40

memang tak patut langsung… nak promote kena tempatnya ler… kalu tak kena tempat memang tak menguntungkan…

wahahhaaa

nak edit satu hal nak komen satu hal… aduhai…

 
MyAvatars 0.2
Comment by amir
2007-04-14 17:10:13

Yer, betol tu en.sukeri.. jgn bagi peluang..

 
MyAvatars 0.2
Comment by waka
2007-04-14 23:27:30

kalau dah minta maaf tu eloklah…manusia memang sering melakukan kesilapan

 
MyAvatars 0.2
Comment by am
2007-04-16 16:53:52

tak patutla kalau kita dok benarkan orang letak link affiliate… terutama sekali yang sama dengan apa yang kita jual… tambah lagi komen yang potong kepala gitu… tapi kalau nak bagi link yang kita takde buat takkisah sangat… tak pun cara paling beretika letak kat ruangan website tu…

 
MyAvatars 0.2
Comment by mohd fazdlie
2007-04-17 11:00:06

Betul tu, elok2 kita bercakap mengenai topik2 yang kita moderate tetiba plak ada insan lain yang sibuk nak promote dalam ruangan komen..

Nasib kita boleh edit komen yang mempromote link, kalau tak boleh edit, mahu kering periuk nasi kita. Ntah2 semua ruang komen kita nanti jadi iklan la plak.. betul en sukeri? :-)

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-04-17 11:05:02

Betul la tu Mohd Fazdlie, lepas ni kena la usahakan blog sendiri dan promotelah link affiliate sepuas-puasnya, tak sapa boleh halang.

 
MyAvatars 0.2
Comment by MATZIS
2007-04-20 08:30:13

Assalamualaikum, mungkin ada sebabnya Sukeri melepaskan komen tersebut. Kalau tak dilepaskan mungkin sesetengah pemilik blog tidak tahu apakah kesalahan yang telah dilakukan tersebut. Dengan pembongkaran kesalahan tersebut (cih macam edisi siasat plak) maka ini akan memberi manafaat kepada pemilik blog yang lain supaya berhati-hati. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan sahaja kepada Sukeri tetapi juga kepada pemilik blog yang lain.

 
MyAvatars 0.2
Comment by roswary
2007-05-01 14:17:18

untuk ke mana2 yang paling penting adalah etika. bila etika baik org pun akan senang dengan kita. mmg tidak patut letakkan link produk pada komen..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson