Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Menjana Pendapatan Dengan Blog

Blog adalah laman web berupa diari di internet yang sentiasa dikemaskinikan dengan pelbagai cerita, pendapat, peristiwa, dan sebagainya.
Blog mempunyai pelbagai ciri menarik yang mudah dilaksanakan pemilik blog. Ciri-ciri adalah seperti mengemaskini isi kandungan, memberi komentar dan pendapat, berhubung antara pengguna laman web, dan juga membina jaringan laman web.

Hasil kajian menunjukkan peratus pengaruh pengguna laman web pada blog meningkat setiap bulan.

Bagaimana cara wang dihasilkan daripada blog?
1. BLOG membantu di dalam pemasaran di internet. Blog dapat mengeratkan perniagaan anda dengan pengguna internet di mana mereka dapat mengenali anda dengan lebih dekat lagi.

2. Di Malaysia, penulis novel, pelakon, penyanyi, dan para usahawan sudah mula menceburi penulisan blog ini. Hasilnya adalah menguntungkan di mana promosi mereka amat berkesan menerusi blog.

3. Blog yang bersifat interaktif membolehkan pengguna internet yang berminat baik dengan produk / perkhidmatan yang diberikan ataupun dengan pemilik laman web itu mengeratkan hubungan di antara pengunjung dengan pemilik blog.

4. Blog sentiasa dikemaskinikan. Maka sudah pasti pengunjung yang berminat akan terus datang setiap hari melihat sesuatu yang baru. Anda tidak perlu memberitahu mereka selepas anda melakukan pengemaskinian kerana pasti pengunjung anda akan datang semula ke blog anda.

5. Blog juga berupa harta intelek anda. Anda dapat menulis sesuatu perkara bagi dikongsikan bersama pengunjung blog anda. Dengan adanya artikel-artikel hasil penulisan anda, blog anda mempunyai lebih maklumat dan dapat menarik pengunjung .

6. Blog membina kredibiliti. Anda menjadi pakar dengan apa yang anda tulis di dalam blog.

7. Blog dapat membina keyakinan pengunjung dengan apa yang anda tulis. Sudah pasti isi kandungan yang dikenali sebagai ENTRY sedikit sebanyak dapat meyakinkan pembaca blog anda dengan apa yang anda bincangkan.

8. Blog mempunyai komuniti yang besar. Blog dapat membina jaringan perniagaan anda dengan mudah. Ia memberi kesan yang besar di dalam pemasaran viral.

9. Blog adalah PERCUMA.

10. Syarikat menyediakan perkhidmatan blog sudah sedia popular. Maka blog anda juga akan turut popular kerana setiap blog yang wujud mempunyai pautan terus dengan syarikat itu.

Sepuluh faedah sudah disenaraikan jika anda mempunyai blog. Blog dapat menjadikan minat di samping anda menjana untung.

Contoh-contoh syarikat yang menawarkan perkhidmatan blog adalah seperti:
http://www.blogger.com
http://www.blogdrive.com
http://www.livejournal.com
http://www.diaryland.com

Contoh-contoh blog:
http://www.sukeri.com (he..he..he tau ler)
http://kerjadarirumah.blogspot.com/
http://www.biznezzopps.com/how-to-make- money-fast/
http://recruitaffiliates.blogspot.com
http://www.darrenbarefoot.com

Anda dapat memulakan blog perniagaan anda. Anda dapat membuat pautan blog anda dengan laman web perniagaan anda dengan memberi nama E-ZINE, NEWSLETTER ataupun TIP dan CARA berkenaan dengan apa jua yang ada kaitan dengan laman web anda.

Ingat, pengaruh blog semakin meningkat setiap hari. Begitu juga penulis blog. Anda seharusnya tidak melepaskan peluang ini di dalam memasarkan produk/perkhidmatan perniagaan anda.

—–

Sumber : Buku 15 Teknik Efektif Internet Marketing yang boleh dibeli dari myorionet.com/buku


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

26 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by norhairiah
2006-06-30 16:43:20

A’kum,bagaimana cara untuk menbuat blog saya sendiri?

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-06-30 22:45:40

Waalaikumsalam Norhairiah, untuk permulaan saya rasa blogger lebih mudah.Anda boleh mulakan di http://www.blogger.com/start Percuma saja & just in 3 easy step.Ikut saja arahannya.

 
MyAvatars 0.2
Comment by smartusaha
2006-07-01 02:29:05

Sukeri, tu dah dapat buat link.. So x jadilah janji saya yer.. ;)

 
MyAvatars 0.2
Comment by cikguonline
2006-07-02 00:05:42

Betul tu blog dapat meningkatkan jualan saya…

 
MyAvatars 0.2
Comment by asmawati
2006-07-02 05:54:57

memang blog banyak membantu saya di dalam perniagaan ini. tq sukeri sebab letakkan link saya. salam sukses!

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-07-02 11:04:53

Terimakasih pada Smartusaha dan Asmawati kerana sudi membantu newbie seperti saya dengan meletakkan link di blog anda.Semoga anda semua lebih maju dan berjaya.

 
MyAvatars 0.2
Comment by fatah
2006-07-02 11:31:01

yer laa… kalu boleh saya nak tingkatkan bisness dengan blog aje buat masa nih…lagipun ia percuma.. dan sapo2 yang bleh beri bantuan dalam membina perniagaan dengan blog… amat dialu2kan, maklumlah saya baru nak start belajar sikit2… pakai hentam kromo je promosi sejak dari tahun 2000 hingga sekarang… tak dapat hasil2 yang lebih LUMAYAN…
mau jugak hasil yang lumayan dengan internet nih…

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-07-02 12:16:09

Fuhhh….lama tu sejak tahun 2000.Saya ni baru setahun jagung tapi dah boleh la capai income 4 angka tu.5 angka tu jauh lagi.Cam ni la, saya rasa anda mungkin perlukan mentor yang boleh tunjuk jalan yang betul.Mana tau usaha selama ni tidak di atas landasan yang betul.Kalau ada budget pergilah Seminar Saifulsham tu.Pelaburan yang baik.Masa yang kita bazirkan tak ternilai harganya.Buku dia pun bagus sangat.Murah jer.Jangan ikut macam saya cuba belajar sendiri, mungkin nasib baik dapat cara yang berkesan.Dah hampir setahun tapi baru 3 bulan yang lepas dapat pendapatan yang boleh tahanlah dari net biz…..Semoga anda sukses

 
MyAvatars 0.2
Comment by fatah
2006-07-02 13:16:17

fuyoooooo… start cari bisness dengan modal 300 dengan satu syarikat… pastu lingkup… pastu join dengan satu lagi syarikat rm300… berapa dah rugi kat situ… lingkup… buat masa nih slow sikit dulu pasal kuarkan modal yang entah apo2… cuma join yang free sambil2 cari informasi memperkasa mana yang patut…
kalu ada sapo2 yang minat bleh beri komen dan tips bleh la nolong saya mana yang patut… bleh klik tengok dalam www.bonuharian.blogspot.com, sokongan dan panduan dari mereka yang berpengalaman amat dialu2kan… sekian terima kasih…

 
MyAvatars 0.2
Comment by fatah
2006-07-02 13:17:05

website blog saya : www.bonusharian.blogspot.com

 
MyAvatars 0.2
Comment by medichuman
2006-07-04 10:58:49

tgk ni,,blog terbaru saya… ada comment

http://hair-loss-hair.blogspot.com

 
MyAvatars 0.2
Comment by medichuman
2006-07-04 11:01:59

mcm mane nak letak kan link kat web saudara ni

 
MyAvatars 0.2
Comment by Nazari
2006-07-04 14:11:23

Saya baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet.saya mula nak buat website tapi terbantut bila saya nak buat page bahagian lagu yang boleh di download oleh peminat. boleh bagitahu tak bagimana caranya? terima kasih.

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-07-04 14:49:27

Pasal buat web ni saya bukan pakarnya.Web saya biasa-biasa jer.Simple.Bab web+multimedia ni yang pakarnya En. Zul Smartusaha tu, saya sendiri minta tolong darinya pasal buat links Friends kat blog ni.Blog beliau http://blog.smartusaha.com Jangan malu-malu, dia tu sedia menolong.Tak caya cubalah.

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-07-04 16:05:32

Hai medichuman, nak letak link kat web saya ni saya saja yang boleh buat.Kalau nak letak link web saya kat blog anda dan tak begitu tau caranya boleh rujuk Asmawati, dia juga guna blogspot macam anda.Hmmm..beri komen pun secara tak langsung dah letakkan link dari web saya ke web anda.Rajin-rajinlah letak komen kat mana-mana blog atau forum, percayalah ianya sangat ‘berkhasiat’ untuk web anda..hu, hu

 
MyAvatars 0.2
Comment by smartusaha
2006-07-05 00:17:53

Baguslah semua nak buat blog, tapi pastikan anda rancang betul-betul apa yang diisinya.. Jangan buat-buat, then hanya sekerat jalan.. Pegang pepatah ni,

“Memulakan MEMANG mudah, tapi untuk MENGEKALKAN tidak seperti semasa memulakannya..”. ;)

Sukar? Susah? Anda akan tahu bila anda memilikinya.. :)

Rujuk mereka yang dah lama buat blog especially yg fokus pada bisnes.. Sebab blog bisnes dengan blog peribadi ni lain sikit.

 
MyAvatars 0.2
Comment by FATAH
2006-07-05 11:18:19

betul tu… saya pun baru nak start cari info dengan satu strategi yang betul untuk hasilkan income yang lumayan… kalu boleh laa… tapi website tak bleh nak lancar lagi… webhost kena bayar, domain name kena bayar… tunggu la ada rezeki nanti bleh lancarkan website sendiri nanti… wasalam

 
MyAvatars 0.2
Comment by manmoncang
2006-07-07 07:28:58

Saudara syukri

Blog bukan saja satu ruang mudah untuk memberi informasi perniagaan dan produk tetapi blog juga boleh menaikkan ranking laman web kita di search engine.

Ingin tahu caranya??

Sila baca entry terbaru myorionet http://www.myorionet.com

tq

 
MyAvatars 0.2
Comment by Noorizam Shah
2006-07-07 11:44:35

Dulu saya tak tahupun pasal kepentingan blog nih.. Saya ingat lagi sekitar tahun 2004 saya mula membina blog pertama saya. Tapi oleh kerana sifat malas untuk menulis .. blog itu berkubur seperti macam kubur-kubur lain.. hehehe..

Lepas tu.. saya lihat yahoo ada buat blog sendiri http://360.yahoo.com so kat sini la saya mula aktif semula menulis blog.

Dan entah macamana kebetulan pada suatu hari.. (macam citer kanak-kanak pula) hehehe.. saya terbaca satu blog yang menyatakan boleh buat duit hanya dengan blog! WOW! terkejut saya membacanya.. biar betul.. bila dilihat yer memang betul.. apa lagi … saya pon mula mendapat blog kat blogger.com

Tapi jgn mudah terburu-buru kerana jika kita tidak ada teknik.. serupa juga blog kita dengan blog yang lain.. langsung tidak mendatangkan keuntungan.

Syukur setelah mengikut beberapa langkah yang diajar oleh mereka yang mahir dengan adsense.. berjaya juga saya memperolehi pendapatan dari Adsense Google ini.

Now.. saya dah ada blog sendiri.. walaupun blog baru ini saya tidak lagi meletakkan iklan adsense .. saya percaya pada pontensi dengan adanya blog.. kita akan berjaya meraih sesuatu yang mungkin ianya datang dalam kita sedar.

go blog go.. komen yer blog saya en sukeri .. hehehehehe tukar-tukar blog pun boleh jadik potensi juga tu.. hehehehe

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-07-07 18:36:18

Saya dah tengok blog anda, bagus juga tu & membuatkan saya ingin berkongsi perkara yang sama macam anda walaupun lari tajuk.

Emmm..kalau mahukan pendapatan selitkanlah satu dua iklan.Mudah-mudahan ada yang rasa nak klik.

Money is nothing, friendship is forever, business is business

 
MyAvatars 0.2
Comment by AZ
2006-07-11 10:57:42

Akum en.Sukeri…ermmm dulu saya tak pernah buat blog nie..but when dah terjumpa website nie ..saya dah buat satu blog berkaitan automotive..my blog budak baru belajar http://azweststar.blogspot.com minta tunjuk ajar mu sifu…

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-07-11 11:08:59

Tahniah AZ dan selamat beradsense

 
MyAvatars 0.2
Comment by medichuman/asfaniz
2006-08-01 11:14:33

Sukeri,,

sorry lama tak masuk forum ni,, pasal nak letak link tu nanti dulu,, saya baru adjust blog saya,, nanti saya nak buat satu link untuk submit blog,, tgh usahakan,,ramai nampak yang aktive blog ni

http://hair-loss-hair.blogspot.com/
http://hair-loss-hair.blogspot.com

 
MyAvatars 0.2
Comment by rose
2006-08-01 14:12:08

akum..
setelah saya membaca mengenai penulisan blog ini,saya sangat berminat untuk berjinak2 dalam dunia blog. Saya baru mula nak buat website sendiri dan ingin menjadi salah seorang rakan dalam dunia blog ini. JIka tidak keberatan boleh berikan panduan kepada saya yang baru ingin mempelajari teknik/cara membuat blog sendiri..
wassalam..

 
MyAvatars 0.2
Comment by liz
2006-09-11 10:00:21

askum.
apa beza perniagaan mail order dgn blog.adakah ia saling berkaitan?

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-09-11 10:10:00

Mail order adalah perniagaan gaya pos, buat bisnes melalui surat menyurat & iklan di akhbar dan majalah.

Blog pula merupakan laman web berupa catatan & pandangan peribadi dan sejak kebelakangan ini dimanipulasikan untuk tujuan perniagaan kerana ciri-cirinya yang mudah dikemaskini dan disukai enjin pencari.

Bolehlah dikatakan tiada sangat kaitan antara Mail order & Blog tetapi Mail Order juga boleh dipromosikan melalui blog seperti apa yang saya lakukan sekarang.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson