Percuma Camtasia Studio dengan Serial Key!
Berita baik untuk anda, TechSmith sedang memberikan tawaran istimewa iaitu Software Camtasia Studio secara percuma. Saya sebenarnya dah lama mengidam software ni tapi kerana harganya yang agak tinggi iaitu US$ 299.00 (~ RM1010.78) maka asyik tertangguh saja.
Camtasia ni adalah software yang boleh merekod aktiviti di screen komputer kita dan menukarkannya kepada video. Bagi saya ini sangat berguna untuk buat tutorial. Contohnya jika kita nak ajar sesuatu kepada orang lain, kita rakamkan dan kirim video tersebut.
Tentunya mereka lebih mudah faham dengan melihat video sambil mendengar penerangannya. Ianya juga baik untuk pemasaran. Kita boleh rakamkan tentang produk kita dan penerangannya kemudian upload video tersebut ke youtube. Jika ada rezeki kita akan dapat jualan.
Ok anda boleh klik link di bawah untuk download:
http://download.techsmith.com/camtasiastudio/enu/312/camtasiaf.exe
Untuk mendapatkan lesennya, sila daftar melalui link berikut:
http://www.techsmith.com/camtasia/pcpls.asp
Nota:
Camtasia yang diberikan percuma ni adalah Version 3, yang terkini adalah Version 5. Jika nak upgrade anda hanya perlu bayar separuh harga sahaja.
Tak tahu macam mana nak hasilkan video yang baik, klik di sini untuk mendapatkan panduannya.
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini






No comments yet.