Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Perlukah Anda Belajar HTML, Susah Ke Nak Mempelajarinya?

Selama ni anda mungkin membina laman web menggunakan perisian seperti NVU, Dreamweaver, Microsoft Publisher atau lain-lain yang seumpamanya. Kira jenis What You See Is What You Get lah(WYSIWYG). Pernah tak lepas tu anda menghadapi masalah untuk mengubah, menambah dan memperbaiki laman web ataupun blog anda?

Mungkin kerana anda tidak tahu apa fungsi tag berikut :

<td align=”center”>

<p></p>

<a href= </a>

Atau pun pernahkah anda berfikir begini :

Aku nak letak kod adsense ni, tapi mana nak bubuh ni? Dalam tag ni ke “<p></p>”? atau pun tag yang ni “<td></td>” ?

Percayakah anda, hanya dengan masalah di atas, ada sesetengah usahawan yang baru berjinak dengan pengiklanan Google Adsense, terpaksa mengupah orang lain untuk memasukkan kod Adsense tersebut?

Ya, saya pernah mengalami situasi seperti di atas. Mereka mengupah saya hanya semata-mata untuk memasukkan kod tersebut. Bukankah ianya merugikan? Sebenarnya, masalah tu boleh diselesaikan dengan mudah tanpa perlu mengupah orang lain, hanya dengan cara anda memahami asas HTML.

Apa HTML tu?

Tag seperti contoh di atas disebut sebagai HTML (HyperText Markup Language). Ia adalah kod yang dihasilkan untuk memaparkan dalam bentuk visual apa yang anda taip di dalam tag.

Contoh anda inginkan teks anda BOLD. Tag seperti di bawah digunakan :

<b>Bold</b> = BOLD

Anda inginkan teks anda berbentuk Italic, tag seperti di bawah digunakan :

<i>ITALIC</i> = ITALIC

Dan banyak lagi yang boleh anda lakukan hanya dengan menggunakan tag HTML ini.

Penting ke HTML ni…

Jujur saya katakan, memang ramai orang mengatakan, tidak perlu belajar HTML sebab banyak perisian yang dapat membina laman web ataupun blog tanpa perlu tahu HTML.

Ya, saya tidak menafikan fakta tersebut. Tetapi dengan memahami HTML, anda tahu apa yang anda lakukan. Anda mudah mengesan di mana berlakunya kesilapan atau error di laman web atau blog anda.

Saya yakin, anda pernah mengalami situasi di atas bukan? Perkara beginilah yang membuatkan kadang-kadang ramai orang ‘blank’, tak tahu apa nak buat dan sebagainya. Bagi mereka, susah untuk mempelajari HTML. Ingin saya tegaskan, daripada banyak bahasa komputer di dunia ini, HTML adalah bahasa komputer yang paling senang dipelajari.

Berikut adalah beberapa kelebihan sekiranya menguasai HTML :

  • Dapat mengubahsuai laman web dengan lebih mudah
  • Dapat memperbaiki masalah laman web walau tanpa perisian ( NVU, DREAMWEAVER etc )
  • Dapat mengoptimumkan rekabentuk dan kualiti laman web
  • Dapat menguruskan dan mengedit blog anda dengan lebih mudah

Banyak lagi kelebihan jika anda menguasai HTML. Tanyalah kepada sesiapa yang telah menguasai HTML ni. Apakah perasaan mereka? Nak edit blog, nak mengurus laman web, hatta, anda juga boleh mencari ‘side income’ sekiranya anda memahami HTML. Bagaimana? Anda fikirkanlah sendiri

Adakah tutorial HTML ini dalam bahasa Malaysia?

panduan belajar htmlAlhamdulilah, sekarang anda tidak perlu lagi bersusah payah belajar di internet melalui tutorial-tutorial percuma, saudara MazlieNadzri telah menghasilkan ebook Panduan Asas HTML dalam Bahasa Malaysia.

Kini anda tidak perlu lagi risau sekiranya anda tidak faham atau kurang selesa dengan Bahasa Inggeris kerana saudara MazlieNadzri telah menulis dalam Bahasa Malaysia khas untuk anda di dalam ebook tersebut.

Dapatkan ebook Panduan Asas HTML ini segera untuk anda memantapkan ilmu HTML anda. Klik di sini untuk mendapatkannya


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by Abdul Rashid Basar Subscribed to comments via email
2008-06-15 22:44:37

En Sukeri orang Muar kan. Saya pun. Kat Depan SAB. Komen saya mengenai e-book tersebut adalah seperti berikut.
1. Sesuai untuk yang baru hendak mendalami bidang web design samada untuk perniagaan internet atau untuk tujuan lain.
2. Jika dah tahu bina web sendiri, barulah kita tahu membina laman web ini tidaklah sesukar mana

ARB Dagang.Com
http://www.informasi.arbdagang.com

Comment by Sukeri
2008-06-16 10:33:09

Ya saya orang Muar dan tinggal di rumah kampung di Bukit Pasir, orang kampung pun tak tau saya kerja apa, selalu ada kat rumah ajer. Kadang-kadang boring juga tak keluar-keluar rumah. Kalau ada masa tu contact-contact la, boleh sembang-sembang kat kedai kopi.

Sukeri’s last blog post..Perlukah Anda Belajar HTML, Susah Ke Nak Mempelajarinya?

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by bantingboy
2008-06-16 05:44:17

huhu. no wonder. Ramai gak yang sedang promosikan ebook html nih. Memang bagus nampaknya.

bantingboy’s last blog post..How to reduce Credit Card Debt?

Comment by Sukeri
2008-06-16 10:35:32

Memang bagus kalau tau html ni, ada masanya bila guna WYSIWYG kita tak dapat buat apa yang html boleh buat.

Sukeri’s last blog post..Perlukah Anda Belajar HTML, Susah Ke Nak Mempelajarinya?

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by mus Subscribed to comments via email
2008-06-16 13:28:08

memang patut kita belajar serba sedikit tentang html ni.
dalam sesetengah keadaan, kita perlu untuk memasukkan kod html ke dalam blog atau laman web tanpa menggunakan perisian membina laman web.

mus’s last blog post..Cara Nak Cover Malu

 
MyAvatars 0.2
Comment by misteri Subscribed to comments via email
2008-06-16 14:01:07

Owhh..u ada di sini ye..I dah download panduan asas html tu tp blom baca lagi..hee..hee.. Tq bro..

 
MyAvatars 0.2
Comment by kita Subscribed to comments via email
2008-06-16 14:51:13

bagus ebook tu….secara tak langsung semakin ramai orang kita panda bab komputer

kita’s last blog post..Jadikan Windows XP Sebagai Mesin Fax

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson