Perniagaan Internet Perlu Didaftarkan
400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.-Bernama
Sumber : Harian Metro Online
Komen Sukeri.com : Kalau dulu ramai yang beranggapan perniagaan internet tidak perlu didaftarkan, hari ini jelas ia mendapat perhatian serius dari kerajaan. Jika anda masih belum mendaftarkannya lakukanlah segera sebelum pihak berkuasa dapat mengesan perniagaan internet anda yang tidak didaftarkan.
Kos pendaftaran SSM pastinya jauh lebih rendah berbanding risiko dikenakan tindakan. Download garis panduan bagaimana melakukan pendaftaran perniagaan di sini.
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini





nampaknya, memang kena registerla gayanya yek..
mashita’s last blog post..Selecting a Mesothelioma Treatment Option – Critical Info
Saya pun dlu, tak jugak daftar, bila dengar ura - ura macam ini, terus daftar. Takut la pulak kena denda. apapun biz internet ini sudah mula berkembang….Kepada pengajar2 biz online ini terima kasih atas ilmu di berikan itu. Lebih2 lagi sudi berkongsi…
amir
syokbeli.com
Bagi yg banyak masuk affiliate mcmana pulak? Setiap affiliate berbeza jenis bisnesnya.
Maaf tuan, saya tak mahir dengan perundangan dan akta SSM. Nanti bagi nasihat yang salah susah pula. Yang terbaik tuan hubungi terus SSM untuk bertanya. Boleh dapatkan no telefon dan email mereka di http://www.ssm.com.my/hubungikami.php
haha… ni mesti kena daftar la ni…
Boleh dapatkan cara daftar SSM online di blog saya
[…] Selain dari itu, kalau anda nak betul-betul serius dalam perniagaan internet perlu didaftarkan yang bertujuan untuk melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan perniagaan mematuhi etika perniagaan. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila klik di sini http://www.sukeri.com […]
salam, motif sebenar adalah melebarkan kutipan ssm dan lhdn. itu saja, bukan motif kepenggunaan.
ismail’s last blog post..Liberate Your Heart
tak silap kos daftar perniagaan hanya rm65 sahaja, register melalui online pon boleh
anuarkarimz’s last blog post..Kanser Adalah Pembunuh No. 2 Di Malaysia
Masuk tahun semua blogger dah bising,
pasal kena cukai.
Ali ridha’s last blog post..Misteri gravatar ali al-ridha