Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Perniagaan Internet & Psikologi Healing

Selepas memindahkan blog percuma pelanggan saya di wordpress.com ke domain sendiri, saya pun baca-bacalah sikit kandungan blog beliau.Tak tau pula saya perniagaan internet ni boleh berkait rapat dengan psikologi healing. Berikut adalah petikan dari topik tersebut.

Seorang penulis yang sangat saya kagumi dan Internet Marketer yang terkenal serta digelar “the Buddha of the internet” iaitu Mr Fire atau Joe Vitale di dalam buku hebat beliau “Spiritual Marketing” dan sekarang telah diubah tajuk sebagai “the Attrator Factor” telah menggunakkan Energy Healer Johnathon sebagai therapist beliau setiap kali beliau mengalami masalah atau halangan di dalam bisnes beliau.

Malahan di dalam buku beliau dan di webnya, Joe telah mencadangkan Brad Yates (Pengamal EFT-Money Beyond Belief) sebagai alternatif healing untuk mendapatkan kejayaan dalam kewangan. Joe Vitale juga adalah seorang pengamal Gi Gong suatu seni tenaga dalam aliran kuno China.

Jika anda ingin membaca artikel penuhnya, silalah ke http://eftmalaysia.amarmahmood.com

Amar Mahmood adalah seorang “Therapist” Minda dan Pengamal Psikologi Energi. Pengamal Sains Minda, NLP dan EFT (Emotional Freedom Tech). Selain itu, beliau juga adalah seorang Master Reiki Usui dan Kundalini yang menggunakan energi dalaman dan alam semesta sebagai medium “healing”. Mengkhusus di dalam bidang “personal growth” dan percaya di samping motivasi, perlu aplikasi penyembuhan psikologi untuk mencapai sukses, kekayaan dan kemakmuran.

Saya sendiri tak berapa faham sebahagian istilah-istilah tersebut. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh melawati dua lagi blog beliau di:

http://amarmahmood.com
http://quantumenergi.amarmahmood.com


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by Amar Mahmood Subscribed to comments via email
2007-11-02 10:07:33

Terima kasih tak terhingga buat saudara Sukeri dalam menyebarkan ilmu ini dalam blog beliau. Memang tidak dinafikan, dalam kita menuju ke arah teknologi tanpa batas, semakin manusia mengetahui banyak rahsia di dalam diri manusia.

Quantum fizik adalah bukti yang menunjukkan manusia adalah sisyem energi yang terhebat.Malahan ramai pakar2 dan jutawan dunia bergerak seiring dengan bantuan “Healer” masing2. Contoh seperti Oprah, Trump, Deepak Copra, Tiger wood dan ramai lagi.

Bergerak di luar (fizikal) tetapi jangan dilupa apa yang berlaku di dalam diri sendiri yang sebenarnya banyak menjadi halangan seseorang individu mencapai kejayaa dan impian mereka sendiri.

Terima kasih sekali lagi buat Saudara Sukeri - Mentor saya dalam hal2 internet.

Love&Prosperity-Amar Mahmood

Amar Mahmood’s last blog post..Quantum Energi & EFTer Malaysia

 
MyAvatars 0.2
Comment by tazamfn Subscribed to comments via email
2007-11-02 15:49:59

Hm menarik memang yang nih saya tak penah dengar lagi. sesuatu yang lain dan menarik untuk didalami mungkin boleh lari sikit dari tema perniaan internet

tazamfn’s last blog post..Kuasa Forex

Comment by sukeri
2007-11-02 16:03:58

Betul tu En. Taza, saya dah kenal Joe Vitale ni sejak tahun 2005 lagi. Masa tu badan dia gempal habis kemudian bertukar macam body builder. Memang menakjubkan

Ada juga subscribe newsletter dia tapi lepas tu unsubscribe sebab rasa macam tak minat dengan tulisan dia. Sekarang ni saya selalu baca blog En. Amar tu, saya pun minat juga dengan Yoga.

Sukeri’s last blog post..Produk Yang Mengakibatkan Kanser

 
 
MyAvatars 0.2
Comment by shahraduan Subscribed to comments via email
2007-11-05 16:13:06

Aku juga teringin nak belajar kuasa2 minda ni..tak jauh lah. Banyak pusat kuasa minda ni kat KL nun disana. Aku nak pi belajar untuk aktifkan minda bawah sedar. Kalau minda bawah sedar ni aktif dan hidup, pegang lampu pun boleh menyala. Bukan kepercayaan karut…tapi semua tu kena belajar dengan org yg arif.

shahraduan’s last blog post..Iklan Adwords Apakah Kegunaannya !

 
MyAvatars 0.2
Comment by hashim Subscribed to comments via email
2007-11-11 18:17:45

kuasa minda ni sebebanrnya membantu kita untuk yakin didalam satu pekerjaan, tak kira lah online atau offline.

Yang aku pernah dengar dan study sikit2 mcm, law of attractions dan kuasa rieki. Best jugak belajar benda2 mcm ni. its some sort of knowledge

Iklan Times- Iklan Percuma - Online Trading - Times Ads

 
MyAvatars 0.2
Comment by smartzul
2007-12-21 01:55:13

Saya suka melihat konsep “kuasa dalaman” ini dari sudut keAgamaan. Kita semua tahu bahawa, seorang muslim yang yakin dengan Allah, ibadat wajib tidak ditinggal, pemurah, bersedekah, berzakat, baik hati, semua ini akan “mengalirkan” rezeki-rezeki yang tak terhingga kepada individu tersebut.

Tidaklah bermakna perlu pakai serban, berada di masjid 24 jam, berpakaian selekeh, tapi amalan-amalan sebegitu boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja.

Seorang yg berpengalaman pernah berkongsi cerita dengan saya. Salah satu punca kejatuhan orang2 yg kaya ialah kerana mereka tidak berkongsikan harta mereka. Sebab itu kalau kita lihat, orang2 kaya seperti Bill Gates dia ada dana tersendiri utk org yg memerlukan. Mereka PERCAYA, dgn memberi, kekayaannya semakin melimpah dan kekal. Ini ‘rahsia’ orang2 kaya.

Padahal dalam Islam, itulah namanya konsep sedekah dan juga zakat. Allah jelas-jelas menjanjikan kesenangan dan rezeki yang banyak melalui ‘amalan-amalan dalaman sebegini’. Inilah konsep2 Islam yang tak ramai sedar, sebaliknya menganggap ia hanya satu kewajipan semata-mata. Ia lebih daripada itu.

- zul

smartzul’s last blog post..Tujuh Idea Mudah Perkhidmatan di Internet - Siri 2

Comment by Sukeri
2007-12-21 08:30:49

Itulah Zul, banyak saya lihat amalan yang disuruh oleh Islam sebaliknya lebih banyak diamalkan oleh orang bukan islam pula dan mereka mencapai kejayaan kerana amalan tu.

Kita sepatutnya lebih sedar dan insaf amalan yang diajarkan itu adalah untuk kebaikan diri kita juga. Sudahlah kita malas mengkaji kebaikannya. Ikut sajalah. Insyaallah banyak rahmatnya.

Sukeri’s last blog post..Sebarkan Report & Buat Duit Lagi

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson