Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Perniagaan Mail Order, Berbaloikah Anda Mencubanya?

Perniagaan mail order atau melalui pos adalah menyeronokkan dan mudah dilakukan sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa. Lebih-lebih lagi, ia dapat memberikan anda keuntungan yang tinggi. Malah anda boleh menjadi kaya hasil daripada perniagaan yang unik ini. Tetapi, ia memerlukan masa dan usaha yang tidak sedikit.

Kita tidak dapat kaya dalam jangka masa yang singkat.Sedar atau tidak, perniagaan mail order telah wujud lebih lama daripada perniagaan internet dan internet itu sendiri, yang mana, pada masa kini Internet hanyalah sebagai salah satu daripada kaedah hebahan kepada umum.

Seorang usahawan Internet,Michael Dell menjadi jutawan melalui perniagaan mail order, dan bukannya perniagaan Internet. Ketika beliau mula menjual komputer keluarannya “DELL”, kemudahan Internet belum lagi meluas. Oleh itu, mail order menjadi pilhannya.

Mail order membolehkan anda bekerja hanya daripada rumah, membeli-belah daripada rumah dan melakukan segala-galanya daripada rumah. Malahan televisyen juga melakukan mail order, seperti rancangan SmartShop dan lain-lain seumpama dengannya.
Lakukan perniagaan ini secara berterusan dan jangan jemu-jemu. Di sini lima perkara yang anda perlu lakukan supaya berjaya dalam perniagaan mail order:

1#: Dapatkan pengiklanan yang murah
Anda tidak boleh dan tidak digalakkan mengiklankan dalam ruangan iklan yang mahal. Terdapat akhbar-akhbar yang menawarkan pengiklanan yang murah. Jika anda mengiklankan produk dan perkhidmatan dalam pengiklanan yang besar dan mahal, dikhuatiri anda tidak sempat dan tidak berupaya mendapatkan keuntungan yang sewajarnya. Buat permulaan, iklankan secara kecil-kecilan terlebih dahulu.

2#: Piramidkan keuntungan anda
Maksud piramidkan keuntungan adalah anda menggunakan separuh daripada keuntungan bersih bagi mengiklankan dengan lebih kerap dan banyak. Iklankan di dalam akhbar serta majalah yang berlainan. Jangan cepat hendak mendapatkan keuntungan. Ia perlu bergerak secara bertahap sehingga anda dapat meraih keuntungan yang tinggi.

3#: Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah berlainan
Cubalah anda iklankan dalam pengiklanan yang berlainan. Apabila anda mendapat keuntungan, selain anda mengiklankan di dalam akhbar-akhbar yang sedia ada, anda boleh mengiklankan di dalam akhbar yang belum pernah anda iklankan. Selepas itu, carilah majalah yang belum pernah anda iklankan. Apabila keuntungan anda sudah berlipat ganda, perniagaan anda kerap keluar dalam iklan akhbar, maka bolehlah anda mengiklankan pada ruangan yang lebih besar. Saudara Hamidan Salehan, pengasas Dinamic Mail Enterprise kin, berupaya mengiklankan produk dengan menggunakan satu ruang penuh. Contohnya, dalam akhbar Mingguan Perdana. Tidak hairanlah, pendapatan secara purata ialah RM50,000 setahun.

4#: Iklankan produk lain
Anda boleh melipatgandakan keuntungan dengan mengiklankan produk yang lain pula. Lakukan langkah 1 hingga langkah 3 dan lihat hasil keuntungannya. Anda berhak mengiklankan beberapa produk yang anda sukai. Tetapi buat permulaan, cukup hanya satu produk sahaja. Setiap langkah perlu perlahan tetapi bertahap.

5#: Jangan takut kepada kesilapan
Kesilapan adalah bibit-bibit kejayaan. Belajar daripada kesilapan. Perniagaan mail order adalah perniagaan yang membolehkan anda menjadi kaya, tetapi secara bertahap. Bukan kaya cepat. Cepat kaya, cepatlah jatuh. Betulkan segala kesilapan dan jangan ulangi kesilapan yang sama.

Walaupun mail order tidak begitu popular dan kurang diperbincangkan jika dibandingkan dengan perniagaan Internet, jangan memandang rendah kebolehannya!

Di Malaysia, ia boleh menjadi perniagaan yang baik oleh kerana masih ramai lagi yang ragu-ragu membuat pesanan menggunakan kad kredit secara online. Kini terdapat sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan melalui mail order dan pendapatan dari situ sahaja mencecah 5 angka sebulan!

Berita baiknya anda kini boleh mempelajarinya dari syarikat tersebut.Malah sistemnya telah dipertingkatkan berbanding perniagaan mail order biasa.Pada kacamata usahawan internet seperti saya ianya tak ubah seperti sistem affiliate yang mana bukan saja boleh dilakukan secara online tetapi juga secara offline dengan affiliate id anda!!.

Sekiranya berminat anda boleh klik di sini dan dapatkan ilmu dan sistemnya sekaligus.


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

32 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by Mustapah
2006-07-28 20:24:32

Thank you. I’m a beginner. Hobby surfing internet.When someone approach me , seem to believe either MLM or any business,.

Walaubagaimana pun, informasi anda sangat berguna kepada saya yang masih baru dan buta computer terutama nak bina laman web pun tak tahu. suka tengok laman web orang yang cantik. t/kasih

 
MyAvatars 0.2
Comment by matzfain
2006-07-28 21:03:50

He he.. Best jugak Perniagaan mail order ni ye..

Smpat jugak Encik Sukeri promote Halim Hazlin ye..

Saya pun sama jugak dulu..

Anyway thanks 4 ur info..

 
MyAvatars 0.2
Comment by hasrul
2006-07-29 16:51:22

Saya pun dalam perancangan menjadikan mail order sebagai salah satu strategi pemasaran. Memang ia menguntungkan kalau kena gayanya. Persaingan pun masih dikira rendah buat masa ini. Tips ini pun memang best.

Terima kasih. Rating : 5 star.

 
MyAvatars 0.2
Comment by cikguonline
2006-07-29 17:42:49

Menarik artikel ni…. menambahkan minat saya untuk mencuba pengiklanan di surat kabar.

 
MyAvatars 0.2
Comment by MOHD IDRUS BIN SADIK
2006-07-30 11:04:15

AJAR SY UTK MJD KAYA SAYA MMG MISKIN SGT NI

 
MyAvatars 0.2
2006-07-31 09:12:25

BismillahiRahmaniRahim, A’kum wbt.

Jazakallah di atas maklumat daripada saudara Sukeri.
Kepada saudara Mustapah, jika berminat membina laman web, boleh menghubungi sy. Laman saya : http://bkarang.tripod.com
Kepada saudara Idrus, untuk menjadi kaya, kita wajib bersyukur dengan apa yang ada sekarang nescaya Allah swt akan tambahkan rezeki kita. Dan sebanyak mana rezeki yang kita dapat pun, tidak mencukupi tanpa bersyukur.

Sekian, jazakallah

 
MyAvatars 0.2
Comment by zeem
2006-07-31 10:59:33

artikel yang memberikan penerangan yang jelas. Tapi masih releven ke cara macam ni dalam bisnes?

 
MyAvatars 0.2
Comment by ros
2006-07-31 11:08:35

hai…assalamualaikum…terima kasih atas segala berita terkini yang telah encik hantarkan melalui email saya.insya Allah dengan paparan email yang encik berikan akan saya gunakan sebaik mungkin…

 
MyAvatars 0.2
Comment by Reen
2006-07-31 23:45:18

Great sharing…..seronok baca…Tq

 
MyAvatars 0.2
Comment by annuar
2006-08-01 11:00:42

Terima kasih. Bagus tip-tip tersebut. sdr Sukeri tak terlibat dalam progrom-program affiliate luar negara ker? Betulker masalah dalam paypal tu?

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-08-01 23:17:26

Terima kasih pada semua yang respon, kepada Annuar saya ada juga join affiliate luar negara, satu darinya Ebook SEO tu yang anda nampak di ruang advertisement (kalau masih ada ) atau linknya http://sukeri.com/recommends/seobook

Rasanya ebook ni sangat berbaloi kerana penulisnya membuktikan kehebatannya.Cuba taip keyword seo book kat mana-mana search engine, webnya no. 1, bukan tak ada saingan, kalau kat google saingannya 22juta!!!!

 
MyAvatars 0.2
Comment by medichuman asfaniz
2006-08-09 07:14:53

betul tu sukeri,, seobook ni memang bagus,, saya banyak guna tools seobook ni,, senang sikit,,

http://hair-loss-hair.blogspot.com

 
MyAvatars 0.2
Comment by haly
2006-08-09 18:40:13

Oh, artikel yang sama dengan cikguonline tapi tahniah. Masih banyak lagi kemuskilan tentang pesanan pos ni, terutama melibatkan AJL. Kalo dapat cikgu terangkan skit.

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-08-09 19:10:12

Ya Haly, artikel ni sama dengan cikguonline, saya membenarkan beliau post artikel ni di blog beliau.Lagi pun dia join perniagaan mail order ni sebagai downline saya.Tak rugi apa-apa malah untung lagi ada.

Tentang AJL tu saya sendiri tak pasti.Tak berapa nak kaji, lagi pun program ni lebih berupa affiliate berbanding mlm.Elok Haly bertanya sendiri pada tuan punya syarikat tu.Biasanya dia akan respon dengan baik.Tak hairanlah bisnesnya maju.

 
MyAvatars 0.2
Comment by entrepreneur
2006-08-15 12:14:38

Dalam CD tu ada apa ek ?

40 Gaya pos ke ? boleh jual balik tak cd tu ?

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-08-16 08:07:31

Entrepreneur (orang Muar juga ye), CD tu bukan 40 Gaya Pos tu.Kandungannya di cipta oleh Halim sendiri, antaranya cara buat website (basic) dan menjalankan perniagaan Mail Order.CD tu menjadi hak milik penuh kita selepas membelinya.

Yang paling best anda boleh jual balik CD tu dengan harga yang anda suka.Tidak disyaratkan harga minimum tertentu.Malah anda juga dibenarkan membuat sistem affiliate dengan CD tu.Huh tunggu apa lagi..

 
MyAvatars 0.2
Comment by Meana
2006-08-18 06:03:42

Saya tak berapa yakin dengan perniagaan mail order ni, mungkin ia tak berapa popular di tempat bandar-bandar kecil seperti di Sarawak.

 
MyAvatars 0.2
Comment by zurainah
2006-08-22 22:08:13

terima kasih atas perkongsian ilmu saudara. Saya memang suka membaca apa-apa yang saudara berikan terutama sekali idea tentang mail order. Insya allah, saya sedang memikirkannya disamping mencari idea apakah yang ingin saya jadikan produk saya.

 
MyAvatars 0.2
Comment by mohd suhairi
2006-09-13 11:05:09

saya tak paham en.shukri..saya berminat dalam perniagaan.tetapi,saya tidak mempunyai modal.tambahan penggunaan internet dan kumputer kurang mahir.

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-09-13 11:13:31

Mohd Suhairi, kalau perniagaan mail order ni tak perlukan sangat kemahiran komputer & internet, cuma saya saja promosikan melalui internet.

Biasanya ia dijalankan melalui iklan di akhbar & majalah sahaja.Tentang modal memang tiada pilihan, perniagaan memang perlukan modal sama ada keci atau besar, dalam bentuk wang, ilmu, usaha, tenaga dan sebagainya

 
MyAvatars 0.2
Comment by mohd suhairi
2006-09-14 16:12:26

Terima kasih en.sukeri… perniagaan mail order bagaimana,maksud saya contoh perniagaan mail order…en.sukeri.saya kurang jelas dlm perniagaan ini.apa yang boleh di promosi kan dlm akhbar..saya sekarang berumur 21 tahun.saya minat dalam perniagaan,disebabkan saya sudah bekerja dengan kerajaan,susah untuk saya aktif dlm perniagaan.kalau boleh saya ingin meminta idea atau pendapat dari encik berkenaan perniagaan yang bagaimana boleh saya ceburi.

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2006-09-15 09:07:17

Ini adalah satu contoh perniagaan mail order http://www.pendapataninternet.com/mailorder/
Mereka menjual CD Panduan menjalankan perniagaan mail order.Anda boleh membelinya dan menjual semula CD tersebut dan simpan keuntungannya 100%.

Saya galakkan anda membeli CD tersebut jika berminat menjalankan perniagaan mail order.Didalamnya diajar cara-cara bagaimana bermula & melakukannya.

Ini adalah contoh sahaja, anda boleh menjual pelbagai barangan lain yang dibenarkan dihantar melalui pos menggunakan teknik yang sama.

 
MyAvatars 0.2
Comment by Hidet
2006-09-27 12:55:40

Assalamualaikum.

Betul jugak ye. Cara bisnes melalui mail order sistem.
Boleh digunakan ni.

Terima kasih.

Wassalam.

 
MyAvatars 0.2
Comment by Syed Ikhwan
2006-09-30 17:51:13

Perniagaan mail order seperti yang diketahui wujud sebelum berkembangnya perniagaan internet ni. Kalau kena pada productnya. Perniagaan mail order ni sangat menguntungkan. Sebagai contohnya kita jadikan surat khabar sebagai medium pengiklanan, dan kita jadikan ebook sebagai product kite. Kite still boleh send product kite melalui email dan menerima pembayaran melalui pos. Jimat dari segi transportation dan masa. Betul tak? Banyak benda kita perlu upgradekan dalam diri kita utk selok belok perniagaan ni.

 
MyAvatars 0.2
Comment by zozik005
2006-10-01 22:17:25

Alhamdulillah…

Terima Kasih atas maklumat anda. Ia sangat berguna untuk saya mencerburi bidang ini.

 
MyAvatars 0.2
Comment by saukie
2006-11-27 16:42:19

terimakasih diatas maklumat yang di beri oleh anda…tip-tip yang berguna kepada saya..saya akan memcubanya.wasalam.

 
MyAvatars 0.2
Comment by ridaparidah
2006-12-12 21:15:24

En. Sukeri… saya tak faham apa-apa pasal semua bisnes yang awak terangkan… lagi-lagi pasal mel order ni… apa bende tu….
Saya nak kaya cepat tapi tak tahu nak buat macam mana..

 
MyAvatars 0.2
Comment by min
2007-01-03 13:22:33

sy jmpa diz prog afiliate…
refer kt ogr laen n surf ikaln yg dorg send utk dpt byrn..
http://numenmail.com
sy tau awk ogr yg biasa ngan bnde2 cam ni so sy nk tnye, diz prog bleh kuarn income btul2 ke? sy risau nnt just wasating my time doin it then tk dpt pape…
can u check it for me please………
thn i really hope u will tell me the result at my email….

 
MyAvatars 0.2
Comment by Syed
2007-01-04 16:52:35

As’kum semua,

Tumpang lalu En. Sukeri.
Seronok berbual tentang mail -order. Saja nak beritahu, saya dah ada website www.aurajutawan.com .

Mr X (nama kasi suspen cket…)yang saya cerita dlm webpage tu, sama negeri dengan En. Sukeri. Mr X pun salah sorang penggamal mail order yang buat biz ni full time.

Sapa yang berminat dapatkan laporan percuma dari saya, janganlah segan-segan layari aurajutawan.com.

Ok En. Sukeri, congrats! Nampaknya semakin maju ke depan meninggalkan rakan-rakan sependapatan huhuhu…

 
MyAvatars 0.2
Comment by yusli
2007-01-15 21:57:02

syed, saya dah minta lama report percuma tu, tak dpt pun? apa sebenonya awak jual, cd 40 cara buat wang ke?

 
MyAvatars 0.2
2008-04-30 18:32:47

Banyak kelebihan yang kita dapat bila menjalankan perniagaan secara pos nih. walaupun saya kerja makan gaji dan sentiasa sibuk dengan tugasan harian namun dengan menjalankan perniagaan pos ni hanya beberapa jam sahaja sehari diperlukan, namun pendapatannya sangat lumayan. Kalau rasa berminat ingin mencuba bagaimana Rahsia Perniagaan Pos berfungsi boleh la mencubanya di http://www.rahsiaperniagaanpos.com

 
MyAvatars 0.2
Comment by abd manaf mat Subscribed to comments via email
2008-08-14 14:22:33

saya dah jalankan dah, tetapi ada probelem yang mungkin semua tak tau , iklan senang buat ,hanya minimum rm 45.00 minimum di classfied art, tetapi , bila orang contact kita nak brouser , brouser mahal, sebab cetak warna , surat khabar tidak benarkan order terus seperti hantar money order dan sebagainya itu undang-undang mereka takut tipu pelanggan , lagi satu , kiriman cod bayar waktu terima belanja mahal. dikira semuanya produk contoh buku tak sepadan dengan nilainya, lambat pula 3 minggu , di pusat hq. pos kl . kalau tak caya tengok produk inglish di majalah wanita, lagi orang belum tentu nak ambil di pejabat pos walau depa order, kadang -kadang tipu alamat kena lagi , brouser di kirim dan dikira jumlah di kirim dengan balas tidak seimbang rugi kertas brouser. pening-pening. . jika anda ada website penerangan ganti brouser mungkin kos rendah sedikit . keyakinan untuk penghantaran tinggi mereka ambil selepas contact.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.

This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
Ebook Panduan Adsense Percuma Ebook Panduan Buat Blog Wordpress Ebook Panduan Membina Laman Web

Perniagaan Internet . Usahawan Internet is proudly powered by WordPressEntries (RSS) and Comments (RSS). • xMark Theme by: Lisa Sabin-Wilson