Pertandingan SEO Myorionet
Anda tahu apa itu SEO?
SEO = Search Engine Optimization atau bahasa mudahnya mesra enjin pencari atau lebih bermakna lagi laman web yang disukai oleh enjin pencari (search engine).Bagi pereka laman web perniagaan mengSEO laman web yang dibina adalah sesuatu yang tidak kurang pentingnya.
Pelbagai teknik dan taktik digunakan untuk memenangi hati Pak Mertua Google, Pak Sedara Yahoo dan Pakcik MSN ni.Kalau laman web duduk kat ranking #1 dengan keyword yang diidamkan pastinya trafik ke web anda akan melonjak.
Dan seterusnya jika Conversion Rate web anda tinggi….ada harapan penuh la poket.
Hari ni saya nak beritahu, sifu Fuad myorionet menganjurkan pertandingan seo dengan keyword pertandingan seomyorinet.
Hadiah yang ditawarkan tidaklah begitu memberangsangkan berbanding usaha selama 2 bulan mengerjakannya, berikut adalah ganjarannya:
* RM100 untuk tempat pertama
* RM50 untuk tempat kedua
* RM30 untuk tempat ketiga
Tapi apa yang lebih bernilai di sini adalah ilmunya.Sama-sama kita saksikan mereka yang pakar tentang SEO mengaplikasikan strategi masing-masing dan harap tak lokek dapat kongsikan semua sedikit ilmu mereka.
Pertandingan ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula dari 4 September 2006 dan berakhir pada 4 November 2006.
Apakah Faedah Penyertaan Ini?
1. Anda akan mempelajari secara pratikal teknik-teknik SEO
2. Ilmu anda bertambah dengan sendiri apabila anda berusaha untuk menempatkan laman web anda di kedudukan pertama enjin pencari Google.
3. Anda akan tahu teknik mana yang baik di dalam SEO
4. SEO dapat membantu menjana trafik iaitu jumlah pengunjung ke laman web anda setelah anda tahu teknik-teknik yang efektif.
5. Banyak lagi faedah yang anda perolehi dengan menyertai pertandingan ini.
Saya juga turut sama menyertai pertandingan ini.Tolong meriahkan aje, kail baru sejengkal..he..he.Jom kita praktikkan ilmu yang ditimba selama ini tengok boleh menjadi tak.Jom daftar di sini
[ Klik di sini untuk ranking terkini pertandingan seo myorionet ]
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini







Assalamua’laikum w.w,
Jazakallah@Terima kasih kepada saudara Sukeri di atas info yang amat bermanfaat ini. Moga2, kita sama2 beroleh ilmu yang baru drp competition ni.
Sekian, jazakallah
Di jemput melawat website sy (not complete yet)
www.kedah2u.com
Terima kasih atas info ini. Insyallah saya pun akan turut serta jika web saya dapat disiapkan dalam masa terdekat ini.
menarik gak competition nih..nak try gak..:)
best juga sekali sekala bertanding SEO ni
bleh tahan jugak hadiahnya ye..hihi
bagus jugak pertandingan tu..