Panduan Membina Blog Dot Com Anda Sendiri. Sila Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress 
Disable Right Click & Select Text

Skim Cepat Kaya Internet Haram Disisi Agama

Sumber : harakahdaily.net

KUALA LUMPUR,27 Feb (Hrkh) - Dengan pulangan yang berlipat ganda dan jaminan keuntungan ratusan ribu malah jutaan ringgit dalam tempoh singkat, pelbagai perniagaan yang berasaskan sistem Multi Level Marketing (MLM) di internet, semakin ‘menggoda’ umat Islam untuk melabur walaupun sebahagian besarnya dari sudut hukum agama jelas haram.

Penasihat Syariah Dalaman, Asian Finance Bank, Zaharuddin Abd Rahman berkata umat Islam perlu berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan sistem kewangan di internet yang menyamai skim cepat kaya atau skim piramid yang berisiko tinggi dan perlu merujuk kepada pakar kewangan Islam sebelum menceburinya.

“Apa jua pelaburan yang diceburi, mestilah merujuk kepada penasihat syariah syarikat tersebut supaya dengan cara ini diketahui secara jelas bahawa pelaburan tersebut sah di sisi agama ataupun tidak,”katanya lagi ketika ditemubual Harakahdaily di pejabatnya sebentar tadi.

“Dan sebahagian besarnya tidak wujud majlis penasihat syariah serta tidak jelas produk yang diusniagakan,” katanya.

Beliau sebelum ini yang telah membuat beberapa kajian tentang pelaburan internet seperti EM-Pay, Swisscash, Willyfund dan E-Barrel telah menjelaskan secara terperinci kaedah tersebut dan hukumnya dimuatkan dalam keluaran Harakah lalu dan juga dalam laman webnya www.zaharuddin.net.

Kebanyakannya pelaburan di internet yang dikenal pasti secara umumnya menjurus kepada kaedah ‘mencari’ orang untuk menambah pendapatan dan tiada produk yang diniaga malah seandainya ada pun ianya bersifat haram kerana terdapat unsur judi dan gharar (tidak jelas) yang ditegah di dalam Islam, jelasnya.

Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah “perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun,” seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya yang merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada’I As-Sonai’ , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu’asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).

“Ia jelas katanya bukanlah perniagaan yang diiktiraf oleh Shariah, malah ia adalah Riba,” katanya.

Tanpa menjual sebarang produk malah sistem ini secara amnya melanggar ‘nature of business’ atau fitrah ekonomi yang akan mengakibatkan ramai yang tidak bekerja, malas dan berangan kaya semata-mata menantikan keuntungan yang dijanjikan.

“Inilah yang dinamakan ‘money game’ yang diharam sama sekali di dalam Islam. Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba.

“Bukan semua MLM tetapi jenis yang ‘bermain dengan kepala’ (komsiyen ikut kepala dan berapa ramai ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan syarikat) jelas haram disisi agama,” jelasnya terperinci dalam laman webnya.

Tambahnya lagi ia adalah perniagaan duit dan ‘kepala’ iaitu tajaan kepala dan setiap bagi mendapatkan satu ‘kepala’ atau ‘lot’ adalah perlulah membayar sejumlah wang.

“Walaupun sememangnya kelihatan amat menggiurkan tetapi malangnya, ia adalah tidak halal secara pasti tanpa syubhah lagi,” katanya lagi

Selain itu, walaupun dengan alasan untuk menjana ekonomi pendapatan umat Islam sekalipun katanya namun perkara pokok halal haram sesuatu perkara jangan dikesampingkan sedangkan ‘niat tidak menghalal cara’ dan Islam tidak meletakkan material ataupun harta benda semata-mata kepada asas memulihkan ekonomi umatnya ini termasuk jugalah alasan untuk mengubah keadaan kewangan yang semakin terhimpit dan bebanan kos sara hidup yang tinggi yang menimpa umat Islam khususnya rakyat di negara ini.

Beliau turut kesal dan kecewa berikutan umat Islam terpengaruh dan terpedaya akibat daripada keyakinan untuk menceburi pelaburan ini disebabkan diyakinkan oleh sesetngah individu yang bergelar ‘ustaz’ dan ahli dalam pengetahuan agama.

“Yang saya dahulukan ialah kepentingan umat Islam dan tanggungjawab saya sebagai umat Islam untuk menjelaskannya, sama ada ada yang bersetuju atau tidak itu terpulanglah,” katanya yang turut menyatakan bahawa kapasiti beliau bukanlah sebagai seorang Mufti namun menyarankan para Mufti mengeluarkan fatwa berkaitan sistem ini.

“Kajian saya terhadap sistem ini,tidak tertumpu kepada benar atau tidak keuntungan yang dijanjikan, wujud muslihat atau sebaliknya tetapi tertumpu sama ada ia menepati kehendak syariah dan sah di sisi agama,” katanya

“Dan jangan meletakkan ‘ustaz’ sebagai ‘benchmark’ atau ’standard’ untuk menceburi bidang sedangkan yang perlu dititik beratkan ialah hukum agama,” katanya biarpun ramai para Ustaz menceburinya termasuk skim tertentu yang mungkin sah dari segi undang-undang ataupun pernah dilancarkan oeh para menteri.

Disember tahun lalu, akhbar pernah melaporkan sekurang-kurangnya wujud 50 laman web internet tempatan yang dikesan menjanjikan rakyat negara ini mengikuti skim jutawan segera antaranya bermodal RM 2.00 dan mendapat pulangan RM 1 juta dalam tempoh seminggu ataupun sebulan.

Malah dalam akhbar yang sama, jurucakap Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) berkata laman web seperti ini memang banyak dikesan tetapi tidak ramai yang membuat laporan polis selepas terpedaya atau kerugian besar akibat pelaburan yang dibuat.

“Memang semua orang mahu menjadi jutawan tetapi perlulah mengikut cara yang betul dan bukannya berangan melabur beberapa ringit dan mengharap jutaaan ringgit sebagai pulangan,” kata jurucakap tersebut. - mks.

—-

Jika anda ingin belajar tentang kewangan islam dari Ustaz Zaharuddin sila ke laman web beliau di http://www.zaharuddin.net

Anda juga boleh bertanyakan soalan di yahoo groups beliau di

http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/

Update 30 April 2007:

Blog terbaru Pelaburan Islam, banyak lagi artikel berkaitan yang perlu anda baca:

http://pelaburanislam.com

Semoga rezeki kita halal dan diberkati Allah.Amin


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

RSS feed | Trackback URI

44 Comments »

MyAvatars 0.2
Comment by mirul
2007-02-28 22:30:23

Mudah-mudahan semua rezeki yang kita terima diberkati oleh Allah.. amin.

 
MyAvatars 0.2
Comment by Maizul
2007-02-28 22:35:52

Info yang sangat berguna… patut rujuk dulu laman web Ustaz Zaharuddin banyak maklumat yang di kupas.

 
MyAvatars 0.2
Comment by manggis
2007-03-01 20:39:14

Info yang sangat berguna & harus dihebahkan kepada semua umat islam di Malaysia

 
MyAvatars 0.2
Comment by Muaz
2007-03-02 13:25:05

Matilah kawan aku kena tangkap ngan polis, dia buat skim piramid kat tenet nih.

 
MyAvatars 0.2
Comment by fatah
2007-03-03 13:21:39

komentar jangan tak komen…

isu pelaburan sebgini takkan sudahnya selagi ada yang tamak nak cepat kaya… kalu setakat pelaburan picisan macam tu baik tak payah join…

pelaburan yang sekdar untuk memerangkap….

webmaster sapo?
syarikat kat mana?
betul2 bijak dalam pelaburan ker?
bila nak tutup?
dah tentunya terkejar2 dalam banyak skim…

maka terbanglah kebanyakan duit yang dilaburkan itu dalam skim yang tak kaya-kaya tu…

 
MyAvatars 0.2
2007-03-03 13:44:14

[…] Petikan dari blog… Filed under: Uncategorized — abdfatah @ 5:43 am “Skim Cepat Kaya Internet Haram Disisi Agama […]

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-03-12 10:03:20

Terima kasih pada semua yang menyokong, kita perlu bekerjasama menyebarkan maklumat ini terutamanya kepada ‘newbie’ kerana merekalah yang dijadikan sasaran dan mudah terjerumus dengan perangkap ini.

 
MyAvatars 0.2
Comment by elecon
2007-03-16 00:00:47

Bagaimanakah asb dan tabung hj yg dijanjikan jaminan olej k’jaan?dan ada kadangkala dijaminkan keuntungan,jadi di sini saya ingin meminta penjelasan dpd ustaz jgnlah disebabkan sesuatu kepentingan, yg haram telah menjadi halal?ustaz juga mengatakan yg melabur didalam abbfund dan sekutunnya seperti pelabur tersebut akan menerima keuntunggan sahaja..ustaz kena faham bahawa pelabur juga menerima risiko kerugian dan kehilangan wang pelaburannya..inilah risiko pelabur..faham tak?cth sekiranya website tersebut tutup maka rugilah pelabur…lagi satu setiap sen atau ringgit yg dilaburkan(modal ) didalam apa-apa saham sekalipun adalah datangnya daripada hasil usaha kami bukan datang bergolek umpama ustaz kata duduk diam dpt duit…saya rasa ustaz patut berfikir sebelum menghukum..jgn ikutkan nafsu semata-mata kerana sesuatu kepentingan..cth lain ustaz mengatakan mengenai perbankan islam spt membeli kereta dan rumah.Benar sekarang ada pilihan bagi kita untuk memilih..tap cuba ustaz ingat zaman bapak dan emak serta nenek dan datuk ustaz dulu adakah sistem ini diperkenalkan?jadi ustaz hanya boleh memberi pendapat dan bukan meletakkan hukuman keatas sesuatu…ini akan mengeruhkan lagi keadaan…apasalahnya ustaz sekadar memberikan pendapat dan kami akan cuba membaca dan mempertimbangkannya..

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-03-16 00:30:04

Setahu saya Ust Zaharuddin kata ASB tu juga haram

Rujuk http://tinyurl.com/yso5cz

 
MyAvatars 0.2
Comment by Wirawati
2007-03-17 22:55:18

Ada orang kata ASB haram kerana melabur dalam subahat. Bila kita fikir pendapatan kerajaan juga termasuk dari cukai judi & pelaburan Yahudi. Inilah yang dibayar kepada kakitangan termasuk ustaz. Mana ada % suci.

Domain abfund.us daftar hanya setahun di Singapura. Check WHOIS. Tiada alamat pejabat. Memang seronok cepat kaya tapi manalah ada syarikat yg mudah kongsi kekayaannya. Google yg kaya pun amat sikit beri % adsense.

Jika nak cuba juga, melaburlah sikit dulu, jangan tamak.

 
MyAvatars 0.2
Comment by firdaus
2007-03-19 02:32:18

aku kesian tengok kat orang melayu sekarang. ekonomi pun terubang-ambing,,dengan duit yang sedikit , mudah di tipu dengan pelaburan yg tak betul.. aku juga untung.. aku buat satu sistem 3 percent sehari… aku kutip duit.. kerja aku senang je.. aku buka laman web.. aku tak perlulah nak promote hebat2 sangat. aku orang MLM.. jadi aku ’seranglah leader2 MLM’.. aku cerita lah kat leader2 yang aku dapat pelaburan ni kat zurich, israel ke, kat mana2 la.. ada buat pelaburan minyak… besi… forex… aku cerita kat mereka, ini real bisnes la.. bukan pakman telo.. dan aku berjaya membuatkan leader2 mlm percaya…aku beri mereka kreta mewah dan duit untuk gerak… aku keluarkan duit 1juta ringgit tapi aku kutip 6 juta.. ni dah kali 9 aku buat sistem.. tp hanya tinggal 2 yg orang2 melayu duk gila2 kan.. apa rahsia aku membuat sistem ni tahan lama… aku buat banyak sistem.. 5 dalam 1 masa. satu daripadanya core.. 4 pula sampingan.. yang 4 tu aku akan tutup cepat dan duit tu akan masuk kat kocek aku separuh dan separuh lagi aku aku tampung kerugian dalam core.. yang core aku telus. bonus aku bayar. bila leader ada masalah aku tolong.. jadi orang akan terus percaya dan percaya…. apabila perniagaan internet yang mana kadar kemasukan melebihi kadar pengeluaran sampai aku yang buat sistem ni tak tahu nak tutup.. maka akutak perlulah bimbang lagi… tambahan pula orang yg melabur akan kelabu mata dan re-invest dan tak jadi ak keluarkan duit…rezeki aku dan leader2 makin bertambah.. aku rasala.. aku dapat pahala.. aku tolong ramai orang jadi kaya dan mempertingkatkan ekonoi orang melayu.. mereka dapat meyelesaikan hutang, berbelanja mewah, memiliki kereta mewah all Perlukah kita pada zaman moden ini memikirkan halal dan haram? ustaz zaharuddin dan mufti perlis.. tk payah nak hipokritlah…

 
MyAvatars 0.2
Comment by firdausiyah...
2007-03-19 03:00:09

pada pemerhatian aku ramai orang tertipu dalam pelaburan internet. dalam ada yang sanggup menghalalkan apa yang haram.. hei.. kalau dah haram tu haramla.. jangan bila melibatkan kepentingan diri kata halal pula. aku pun buat dan aku sekarang ni buat roadshow kat kedah dan kl.. hari ni aku perkenal abb, esok pula, fical lusa split index.. opps.. dah nazak… seterusnya eaindex bla bla bla.. malam ni baru je aku sign up arab fund 3000 doler.. aku tahu haram.. tp camner la sekarangni nak cari yang halal.. payah.. berapa orang je sanggup beli kereta cash, tak buat loan, akad waktu beli goreng pisang dan lain2.. kamu bayangkan dalam sedulang beras ada sebrtih padi.. yang beras tu ahli neraka.. yang bertih padi tu syurga.. nak syurga ke.. nak neraka.. bukan senaang nak masuk syurga.. yang golongan haji dan ustaz yang masuk saham neraka ni,,, aku pun tak faham juga.. termasuklah geng2 tabligh.. tiap2 hari pergi masjid sembahyang jemaah, berdakwah bla bla bla.. tapi benda yang dah jelas haram pun main juga.. woi.. satu dirham riba dosanya lebih besar daripada 36kali berzina dengn mak atau bapa… jadi sembahyang pun tak guna juga.. aku juga kaya.. aku buat sistem ngan syapiq tp aku umumkan pada dunia aku ni hanya leader.. dan pelabur2 tertipu dan akan terus tertipu..

 
MyAvatars 0.2
Comment by anak ustaz zaharuddin...
2007-03-19 03:18:00

firdaus dan firdausiyah.. ko ni sokong ke membangkang pelaburan internet.. saya tengok macam cerita dalam cerita… sekejap sokong sekejap bangkang.. habis semua orang ko kutuk ye.. lain kali kalau nak buat cerita kemas la sikit.. teratur.. ni buat menyemak je.. pelburan internet tu dah terbukti separuh haram dan sepauh lagi menguntungkan.. jadi perlulah buat kerana dapat duit hari2.. jangan nak burukkan orang je.. jika pelaburan ni dah terbukti salah kenapa kerajaan tak sekat.. kenapa polis bukit aman tak tangap leader2.. sbb benda jadi hangat pasal leader2 mlm gak.. ko ni cakap macam ko ni dah jutawan.. sape ko.. jadi benda ni sah disisi undang2..

 
MyAvatars 0.2
Comment by shah
2007-03-21 12:26:04

Pak lebai pun sanggup ketepikan hukum pasal nak jadi OKB nih…

Awas kalau nak coment tu : silap cakap bab hukum hakam ni..berdosa besar tau….

 
MyAvatars 0.2
Comment by abdfatah
2007-03-25 12:41:28

hehe kalu semuanya nak kena balun, nampak gayanya semua orang sudah hampir pasti akan ke neraka dengan hisab yang mungkin terlalu lama… bayangkan masa kat bumi cuaca sedang2 je… lepas tu cuaca kat akhirat sana dah tentunya berbeza sakan…

apa yang pasti manusia yang membuat dosa akan tetap kena bakar sebelum ke syurga bagi muslimin dan muslimat kecuali mereka yang akan kekal dalam neraka….

nak yang mana?

 
MyAvatars 0.2
Comment by ridaparidah Subscribed to comments via email
2007-03-25 17:45:36

Hai..lemas saya dengar semua cerita ni…tak tahu nak komen macam mana..yang pasti….kita tidak boleh menghalalkan yang haram…yang haram tetap haram yang halal pastikan kita raih semuanya..hmm..jual prepaid tak haram kan?

 
MyAvatars 0.2
Comment by peninggg
2007-04-01 12:51:54

Yang haram jual arak, kilang arak. Tapi yang tu kerajaan kata tak haram pasai bayar cukai. Pasai tukaran matawang haram kerana tak bayar cukai. betui tak

 
MyAvatars 0.2
Comment by shah
2007-04-01 13:35:49

yang penting kita jaga diri kita udah lah…kerajaan bukan nak tolong kita time masuk kubur nanti…ehehehhehehe..

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-04-01 21:21:33

Peninggg, jangan susahkan perkara yang mudah, dengar apa yang dicakapkan, bukan siapa yang bercakap.

Kerajaan tak semestinya betul 100%. Jika keliru rujuk kepada al-quran dan hadith. Itulah imam kita yang tiada kepentingan peribadi dalam menentukan soal hukum halal haram dan segala-galanya.

 
MyAvatars 0.2
Comment by fid danial
2007-04-01 21:33:30

hai sume. aku ada satu yang hebat untuk diperkenalkan.. kalau korang selalu buat pelaburan internet dan biasa dengan je.. aku ada satu benda nak rekemen.. pelaburan syariah dalam www.—.net menggunakan konsep mudharabah dan waqalah. Pelaburan tidak melibatkan arak, judi, riba dan bertentangan dengan syariah. Aku dah lama dengan pelaburan high-yeld ni(2, 3, 7, 10% perjam atau setiap hari.. dapat duit hari2 o).. tp aku was-was nak guna duit tu.. tp setelah jmpa venturemax aku tinggalkan semua pelaburan internet yang lain.. Asalnya pelaburan ni berasal daripada sebuah syarikat sdn. bhd. yang mengusakan projek penanaman kelapa sawit dengan kerajaan Tanzania seluas 50 ribu hektar.

Aku dah tengok dokumen syarikat, bukti2 pelaburan syarikat dan borang pendaftaran syarikat. Malah syarikat ini mempunyai perunding syariah bernama ustaz zainal abidin.

Perniagaan ini telah bermula sejak 2003. Protfolio perniagaan- dana islamik, dow jones islamic index, forex islamik trading account, projek penanaman kelapa sawit seluas 50 ribu hektar oleh kerajaan Tanzania, dan pasaran saham di bursa saham malaysia.

anggaran pulangan 10% sebulan. sekiranya keuntungan syarikat melebihi 10% anda akan dibayar lebih mengikut keuntungan syarikat. Anda juga berkongsi kerugian dengan venturemax.

syarikat ini mempunyai reservefund ataupun insuran cover. sekiranya syarikat mengalami kerugian pada bulan tersebut 7, 8, 9%, reserve fund akan menampung kerugian supaya syarikat membayar anda sekurang-kurang nya 10%.

Pada bulan ini syarikat bayar aku 12%.

Sekiranya anda memperkenalkan seseorang melabur usd 1000 anda akan dapat tambah tolak usd 100 setiap bulan selama 12bulan. mana nak cari bonus tajaan setahun.

Kebiasaannya, pelabur2 melabur dalam venturemax sekurang-kurangnya usd 1 juta. Namun venturemax menggunakan platform pelaburan internet supaya anda boleh melabur sekurang usd 1000 untuk mendapatkan hasil.

Sekiranya anda hendak melabur banyak(hanya pelabur2 yang besar) anda bolehla tengok dokumen syarikat.

orang dah takut nak melabur dalam pelaburan 100 hari ni.. walau dapat duit hari2 tp ‘bahaya’.. duit aku tersangkut dalam eaindex usd 10,000.. takada orang nak beli point…

orang kat kelantan, kuala terengganu dan pahang dah mula buat venturemax dah wei…

 
MyAvatars 0.2
Comment by fid danial
2007-04-01 21:36:07

kalau berminat call aku 019-9364835

 
MyAvatars 0.2
Comment by Lina Subscribed to comments via email
2007-04-04 18:44:39

Saya sokong jer

 
MyAvatars 0.2
Comment by najwa
2007-04-09 19:35:24

bagus gak ada pelaburan jenis islamik ni. kalau ada alternatif taklah saya buat pelaburan 100 hari lagi. saya orang multi level.Kalau nak buat produk kesihatan payah sikit.. banyak saingan. lepas kopi gamat kopi tongkat ali.. pas tu keluar kopi 3 dalam1.. 4 dalam 1.. sekarang 10 dalam 1 pun ada.. kalau nak buat susu iggpun payah. keluaran smart naco.. hijaz.. macam2. sebab tu ramai orang gi kat investment.. orang2 multi level seluruh malaysia sedang mencari alternatif untuk promosi yang sesuatu yg orang nak dan tiada saingan.

 
MyAvatars 0.2
Comment by Azri
2007-04-09 22:19:08

Ingatlah…kehidupan di dunia hanyalah satu lakonan dan di akhiratlah yang kekal abadi.

 
MyAvatars 0.2
2007-04-10 19:08:24

[…] anda tak peduli, jika anda seorang islam biarlah saya beritahu kebanyakan program pelaburan maut ni haram disisi agama. Dan renungkanlah kembali jika wang yang anda perolehi itu digunakan untuk menyara keluarga dan […]

 
MyAvatars 0.2
Comment by muhammad Nazri bin Salleh Subscribed to comments via email
2007-04-10 20:34:50

Assalamualaikum. Saya ade 1 persoalan. Bagaimana pula dengan syarikat ini

http://www.the21quest.com

harap Tuan dapat berikan penjelasan akan halal dan haramnya….
wassalam

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-04-10 22:42:59

Waalaikumsalam Nazri, saya bukanlah orang yang layak untuk menetapkan halal haram program web tu. Saya cuma memanjangkan pesanan Ustaz Zaharuddin saja.

Jika inginkan penjelasan soal hukum mintalah Ustaz Zaharuddin buat penilaian. Dari sudut lainnya saya rasa tak datang logiknya dengan pelaburan RM21 boleh menghasilkan RM400, 000

 
MyAvatars 0.2
Comment by ridaparidah Subscribed to comments via email
2007-04-10 23:58:48

Saya setuju dengan en. sukeri, tapi tak juga nak menafikan perkara ini…kerana dah banyak bukti menunjukkan perkara ini benar-benar terjadi. Cuma apa yang perlu, tepuklah dada tanyalah selera…pilihlah mana yang baik…

 
MyAvatars 0.2
Comment by shah.net
2007-04-11 19:06:16

Senarai Pelaburan Internet Yang
Tidak Sah & Bukti Kepalsuan?

Oleh

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Tulisan ringkas ini masih berkisar dalam topic pelaburan melalui internet. Kalau sebelum ini saya mendedahkan perihal haramnya transaksi dan keuntungan dari pelaburan-pelaburan yang telah saya ulas di web saya ini. Rupa-rupanya kebanyakkan syarikat-syarikat dan web yang menguruskan pelaburan ini juga telah di senaraikan dalam senarai berjaga-jaga dan tidak menurut undang-undang pelaburan Malaysia. Malah pelaburan di dalamnya juga adalah ditegah oleh Badan Pengawal Kepentingan Pelabur dan aktiviti Pelaburan Malaysia iaitu Suruhanjaya Sekuriti.

Sila baca nota ringkas dari Suruhanjaya Sekuriti di bawah dan juga senarai nama-nama pelaburan yang tidak sah di sisi undang-undang Malaysia.

Amat jelas lagi bersuluh kesalahan mereka ini. Justeru adalah harus mana-mana orang yang didapati mengempen dan mengajak orang ramai memasuki skim haram ini dilaporkan kepada SC untuk tindakan selanjutnya.

Justeru, mana-mana nama syarikat dan skim yang terdapat dalam list ini, tiada gunanya saya membantu mengkajinya dari sudut Shariah kerana jika sudut undang-undang pun telah tidak lulus, maka dari sudut Shariah sudah tentu lebih bermasalah. Sebagai contoh, jika sebelum ini saya telah membuat sedikit kajian tentang Jainetwork Sdn Bhd, tetapi apabila saya dapati ia tersenarai, maka eloklah saya hentikan sahaja kajian ini sehinggalah namanya terkeluar dari senarai ini. Demikian juga seperti Hibah Fund dan semua yang tersenarai.

Berikut petikan dari web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

BOLEH BUKA WEB ASAL DI SINI.

Below is the list of known companies and websites which are not authorized nor approved under the securities laws to deal in securities. The public are advised not to make any investment with companies that are not licensed or approved by the SC.

If you require any clarification or wish to lodge a complaint, please contact us at 603-62048999 or e-mail us at aduan@seccom.com.my .

Members of the public who come across any suspicious websites, as well as e-mails or any information on the Internet relating to investment advice and services, may alert the SC at the contact number or e-mail above.

* Al-Arabic Fund ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)
* ABB Fund ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)
* Artemis Wealth Management
* Asia Wallet/ASWtrader/Splitindex Inc ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)
* AM Global Management (www.nypoe.com)

B

* BHG e-investment ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#b)
* Bidvask Investment Ltd (www.bidvask.com)
* Buy-e-barrel (www.buyebarrel.com)
* Brentwood Trust Company (www.brentwoodtrust.com)
* Belton Market (www.beltonmarkets.com)

C

* Cambridge Capital Trading
( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#c, www.dubaiex.com) * ( Press Release)
* Capital Enhancement Club/ CEC
* CB.IRAQ
* Capital Glory Holdings Ltd

D

* Data Saham (www.datasaham.com)
* Dragon Gold Sdn Bhd / Dr Iain Gray
* Duit Wayang
* Dana Futures ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#d)
* Dana Modal (www.angelfire.com/journal2/danamodal)
* Debenture Petal Trust

E

* E-Gold
* E-suisse Fund ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)
* Euro America Index (www.eaindex.com)
* E-Barrel ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)

G

* GC Group Asset Management
* Good Credit Asset Management
* Gold Quest/ Quest International ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#g)
* Goldmill Wagner Ltd / GA Worldwide (www.goldmillwagner.com)
* Global Investment Network System (http://ginsystem.com)

H

* Hibah Funds

I

* IPC Shopping Services Sdn Bhd (empay)( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#i)

..
J

* Jai Network Sdn Bhd

..
L

* Lampe Berger
* Lexworth Prestige

M

* Mercury Acquisition Associates (www.mercuryacquisitionassociates.com)
* Montego Finance & Securities Berhad ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#m)
* My Dinar ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#m)
* Matrix cash
* Mind-X Solutions Sdn Bhd (www.beltonmarkets.com)
* My Share ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#m)

O

* Oregon Invest (www.oregoninvest.com)
* Ocean Balance Ltd

P

* Pure Investor / PIPS (www.pureinvestor.com, http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#p)
* Prowealth Solutions (www.prowealthsolutions.com)

..
Q

* Quest International ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#q)
* Quest ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#q)

..
R
Remisier (www.remisier.com)
..
S

* Sunshine Empire ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#s)
* Swiss Mutual Fund ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#s, www.swisscash.biz) *( Press Release)
* Sweden Fund ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#s)
* Solid Group ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#s)
* Solid Investment (www.solidinvestment.com)
* Smartcash (www.smartcash.com)
* Sime Securities ( http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#s)
* Starr-Bradley Associates Inc (www.starrbradleyinc.com)

T

* Tian Ping (www.tianping2u.com)

U
United Capital Management Inc (www.brentwoodtrust.com)
Universe Asset Management Inc / Tony So
W
Whitman Pearce & Partners (www.whitmanpearce.com)
Alpha Numeric

* http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#alpha
* 3A Consulting Group Sdn Bhd

TAMBAHAN INFO PENTING :-

Berikut pula sebahagian hasil kajian individu pakar Internet berkenaan sebahagian latar belakang web syarikat pelaburan internet.

BUKA WEB ASAL DI SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Saya disini ingin memaparkan maklumat2 berikut bukannya bertujuan mematahkan semangat korang bagi2 yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia online. Cuma saya ni terpanggil untuk membantu korang-korang semua dengan ilmu saya ada dan yang termampu.

Saya sedih, bila pulang ke kampong halaman.. saya terkejut kerana program2 epoint ni dah makin lama melampau dan kadang2 tu melampaui batas dengan mempengaruhi mereka2 ni dengan janji2 kosong yang mereka berikan dengan menyertai program2 epoint yang tumbuh bagaikan cendawan ni.

Terus-terang saya katakan memang saya tak kisah laa kalau program2 yang gunakan epoint ni didaftarkan dengan bank Negara ataupun paling tidak tunjukkan bukti2 bahawa fund yang dilaburkan ini betul2 digeneratekan untuk menghasilkan pulangan sepertu yang dijanjikan.. saya pun amat setuju dan sokong. Tapi, majority ataupun boleh dikatakan semuanya program2 yg menggunakan epoint ni berasal dari team yang sama dan yang paling sedihnya ramai2 yang yakin bahawa program2 ini memang berasal dari overseas..kononnya.

Ok, bagi sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut sila add saya di YM : aeli_yatt@yahoo.com dan kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang apa2 program yang lain sila bagitau. Dan kalau korang nak berdebat tentang maklumat yang saya paparkan pun silakan.. saya akan bagitau macam mana saya dapat kesemua bukti2 dan maklumat ini.

Sekian. Wassalam.

1)

Domain: winlifund.com

Ok program ni paling banyak info yang saya dapat selepas korek guna tools yang saya ada.

Berikut ialah history bagi whois domain Winlifund sejak dari 2006-12-24 .

Registrant:
pnqsolutions
B1-03-17, Jalan SR 1/9,
Section 9, Taman Serdang Raya,
Seri Kembangan, NA 43300
MY

Biganet Marketing
B3-3-01, Blk 3, Pandan Court
Jln Mewah 4, Tmn Pandan Mewah
Ampang, NA 68000
MY

Administrative Contact:
Chan Yee, Lum
B3-3-01, Blk 3, Pandan Court
Jln Mewah 4, Tmn Pandan Mewah
Ampang, NA 68000
MY
+1.60122989950 Fax: +1.60122989950

Domain name: WINLIFUND.COM

Administrative Contact:
ahmad, hamdan pjstar@yahoo.com
B1-03-17, Jalan SR 1/9,
Section 9, Taman Serdang Raya,
Seri Kembangan, NA 43300
MY
+1.60192404379 Fax: +1.60389418310

Technical Contact:
ahmad, hamdan pjstar@yahoo.com
B1-03-17, Jalan SR 1/9,
Section 9, Taman Serdang Raya,
Seri Kembangan, NA 43300
MY
+1.60192404379 Fax: +1.60389418310

Registrar of Record: REGISTERFLY.COM, INC.
Record last updated on 20-Dec-2006.
Record expires on 21-Dec-2007.
Record created on 21-Dec-2006.

Domain servers in listed order:
DNS1.REGISTERFLY.COM 216.40.47.15
DNS3.REGISTERFLY.COM 204.50.180.55
DNS2.REGISTERFLY.COM 216.40.47.16

IP owner domain ni :

2006-12-22 : 202.71.103.8

2007-02-03 : 202.71.103.8

Ini info yang aku dapat setelah aku korek2 guna TOOL yang aku ada. And cuba korang tengok kat whois tu… ada nama company pnqsolutions.

Lepas buat search kat google aku jumpa ni :

http://www.pnqsolutions.com/contact.asp

Menarik tak? Apa kena-mengena company ni dengan Winlifund? Apsal history Winlifund tertera nama company diaorang? Dahla tertera nama company diaorang.. alamat pon sama.

2) Program baru yang akan launch tak lama lagi :

http://www.dnfund.net/

Program ni ada 10 website host di dalam server yang sama. Ini ialah domain2 dalam server tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum, domain dnfund.net sudah diprivatekan. Tapi, domain2 lain didalam server masih mempunyai data2/whois yang tidak diprivatekan. Dari kajian yang mendalam terhadap website2 tersebut majority website2 tersebut mempunyai WHOIS dari Malaysia. Berikut ialah detail whois yang saya jumpa :

Registrant:
Jay Lim
L36 Citibank Tower
Kuala Lumpur, WP 50450
Malaysia

Registered through: GoDaddy.com, Inc. ( http://www.godaddy.com/)
Domain Name: ELLIOTTSADLERMUSIC.COM
Created on: 22-Nov-06
Expires on: 22-Nov-07
Last Updated on:

Administrative Contact:
Lim, Jay
L36 Citibank Tower
Kuala Lumpur, WP 50450
Malaysia
(702) 552-7442

Technical Contact:
Lim, Jay
L36 Citibank Tower
Kuala Lumpur, WP 50450
Malaysia
(702) 552-7442

Domain servers in listed order:
NS1.WEBHOSTING88.NET
NS2.WEBHOSTING88.NET

3) http://www.eaindex.com/

Ok, program ni memang kelakar sangat. Coz walaupun orang ramai join.. tapi program ini mempunyai 123 website di dalam server yang sama! Dan salah satu dari website tersebut mempunyai satu website yang seakan-akan program FICAL. Program ini masih belum launch!

Lihat disini : http://www.emxfund.com/

Melalui tools yans saya ada juga membolehkan saya periksa history nameserver bagi program EAINDEX ini saya mendapati mereka menggunakan nameserver dari company http://www.webhosting88.net/ pada tarikh : 2006-09-11 sama seperti program http://www.dnfund.net/ yang masih dalam pelancaran.

Dan melalui pencarian yang mendalam terhadap webhosting88 ni saya telah berjumpa banyak program2 hyip yang SCAM dulu2 terlibat dengan hosting ini. Dan melalui pencarian yang mendalam saya telah menjumpai alamat whois ini :

GetHosted Solutions
Danny Goh ( )
+60.122265202
Fax: +60.380706549
D419, Sri Anggerik 1
Jalan Bandar Puchong Jaya
Puchong, SELANGOR 47100
MY

4) http://www.azcapitalclub.com/

Ok program ni dah scam dah pon. Program ini mempunyai history whois pada tarikh 2007-01-27 yang menggunakan nameserver ezydomain.com . Melalui pemeriksaan terhadap whois lama ezydomain ini ianya terdapat maklumat ini :

Cache Date: 2002-10-22

Administrator:
Lim Chung Keng keng@web.cc +6.03.56216788
DotCC Limited
Lot 3, Jalan SS 13/4, Subang Jaya Ind. Estate
KL,WP,MY 47500

Technical Contactor:
Lim Chung Keng keng@web.cc +6.03.56216788
DotCC Limited
Lot 3, Jalan SS 13/4, Subang Jaya Ind. Estate
KL,WP,MY 47500

Cache Date: 2004-12-12

Registrant Contact:
Web Commerce Communications Limited
Client care ( clientcare@webnic.cc )
Lot 3, Jalan SS 13/4 Subang Jaya Ind Estate
Subang Jaya, Selangor, MY
P: +603.56216788 F: +603.56367320

Administrative Contact:
Web Commerce Communications Limited
Client care ( clientcare@webnic.cc )
Lot 3, Jalan SS 13/4 Subang Jaya Ind Estate
Subang Jaya, Selangor, MY
P: +603.56216788 F: +603.56367320

Latest Cache Date: 2007-02-08

Registrant Contact:
Web Commerce Communications Limited
Client care ( support@webnic.cc )
Lot 2-2, Incubator 1, Technology Park Malaysia Bukit Jalil
Kuala Lumpur, WP, MY 57000
P: +603.89966788 F: +603.89968788

Administrative Contact:
Web Commerce Communications Limited
Client care ( support@webnic.cc )
Lot 2-2, Incubator 1, Technology Park Malaysia Bukit Jalil
Kuala Lumpur, WP, MY 57000
P: +603.89966788 F: +603.89968788

5) http://www.abfund.us/

Untuk program ni, di dalam servernya terdapat 4 website berada dalam server yang sama. Website2 tersebut ialah :

Abfund.biz
Payit4profit.biz
Payit4profit.net
Afcapital.biz

Kesemua website2 tersebut termasuk http://www.abfund.us/ pernah menggunakan nameserver Hknet21.com. Nameserver ini pernah digunakan oleh program SCAM http://www.azcapitalclub.com/ .

6) http://www.jinlicapital.com/

Program ini mempunyai history yang menyatakan admin yang mengakses server ni melalui IP berikut :

202.71.103.7 ( IP Malaysia )

7) http://www.swisscityfund.com/

Program ini terdapat 2 website lain yang berada didalam satu server. Website2 tersebut ialah :

Powerindexs.com dan Euro-ecash.com

8) http://www.ecashfinance.com/

Program ni dalam server dia ada 433 site yang sama2 dalam server dia.

9 ) http://www.buyebarrel.com/

Program ni pernah mengunakan namersever Hknet21.com iaitu program yang sama dengan http://www.azcapitalclub.com/ dan http://www.abfund.us/

10 ) http://www.swedenfund.com/

Di dalam server program ni terdapat 3 website lain didalam satu server. Website2 tersebut ialah :

1) Esuissefund.com

Registrant:
consultant
1000 mei hwa terrance
ampang, kl 110110
MO

Registrar: DOTSTER
Domain Name: ESUISSEFUND.COM
Created on: 12-OCT-06
Expires on: 12-OCT-08
Last Updated on: 12-OCT-06

Administrative Contact:
fund, eswiss eswissfundmail@yahoo.com
Consultant
1000 mei hwa terrance
ampang, kl 110110
MO
0755-7654321
0755-7654321

Technical Contact:
fund, eswissfund eswissfundmail@yahoo.com
consultant
1000 mei hwa terrance
ampang, kl 110110
MO
0755-7654321
0755-7654321

2) Swedenmutualfund.com
3) Uctbank.com

Administrative, Technical Contact:
nixon, yap nixonyap@hotmail.com
6215
Kuala Lumpur, W.P 52100
MY
6012333333

11) http://www.eukgold.com/

Program ni terdapat 1 lagi website didalam server yang sama. Website tersebut ialah : http://www.al-arabic.com/

12) http://www.em-pay.com/

Program ini setelah saya periksa mempunyai whois history bertarikh : 2006-08-16

Registrant:
WL Chai
P-3-07 Kenanga Apartment
Taman Putra Perdana
Puchong, Selangor 47100
Malaysia

Registered through: GoDaddy.com, Inc. ( http://www.godaddy.com/)
Domain Name: EM-PAY.COM
Created on: 23-May-06
Expires on: 24-May-07
Last Updated on: 23-May-06

Administrative Contact:
Chai, WL wlchai@wlcsolutions.com
P-3-07 Kenanga Apartment
Taman Putra Perdana
Puchong, Selangor 47100
Malaysia
60123271103

Technical Contact:
Chai, WL wlchai@wlcsolutions.com
P-3-07 Kenanga Apartment
Taman Putra Perdana
Puchong, Selangor 47100
Malaysia
60123271103

Domain servers in listed order:
NS1.FNBS.NET.MY
NS2.FNBS.NET.MY

 
MyAvatars 0.2
Comment by suraya
2007-04-13 14:01:12

Boleh tolong senaraikan semua jenis dan nama pelaburan yang terdapat di internet sekarang ni. Adakah semuanya haram?

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-04-13 16:10:14

Suraya, sila rujuk ke laman web Ust Zaharuddin jika mahukan maklumat yang lebih lanjut. Saya juga sedang membina blog yang berkaitan di www.pelaburanislam.com tetapi kandungannya masih terlalu sedikit.

 
MyAvatars 0.2
Comment by waro
2007-04-15 20:05:20

Sy ingin penjelasan mengenai riba ni… apa yg sy faham dlm pinjaman jer bleh berlaku riba… itu pn kalau ada akad… dan lebihan pembayaran ditetapkan oleh sipemberi kpd peminjam. Sedangkan isu yg kecoh skrg ni adalah pelaburan’itu pn kalau x ader unsur penipuan’
Apa yg berlaku dlm saham internet pelabur melabur tp % profit ditetapkan oleh pengusaha bukannya pelabur. Sy juga berharap dpt penjelasan Penentuan Riba yg ditakrif oleh Mazhab spt Hanafi & Shafie dan bilakah berlakunya!

 
MyAvatars 0.2
Comment by sukeri
2007-04-16 13:16:24

Riba tidak setakat berkaitan dengan pinjaman saja. Untuk lebih banyak artikel sila rujuk http://pelaburanislam.com Semoga Waro mendapat kefahaman yang lebih jelas tentang isu ini.

 
MyAvatars 0.2
Comment by cubaSemakBetul2
2007-04-16 21:04:54

sapa la yg wat kenyataan ttg empay ” selepas 2 minggu dapat 32k.. Bodoh sgt la tuh.. Dia x faham, tp nak wat kenyataan mcm tuh.. Bkn 2 minggu atau 2 bln.. tp 2 tahun.. Lain kali, jgn baca je.. atau dengar ckp org.. Tp baca dan fahamkan dulu. Aku rasa kalau dia faham, musti dia nak beranak join empay..

 
MyAvatars 0.2
Comment by ape laa
2007-04-18 17:00:21

kenape kerajaan tak haramkan asb juga.. ke diorang punya saham lagi besar kat sana.. ntah2 skrg ni diorg takut pelabur lari tempat lain.. padahal saham jatuh sebab diorang dah cekik untung awal2.. yang kaya makin kaya… pikir2 kanlah.. yang miskin makin miskin… kan bagus ade pelaburan baru baru menjana ekonomi.. orang ada duit pun boleh beli barang, kerajaan boleh kutip cukai..

 
MyAvatars 0.2
Comment by ape laa
2007-04-18 17:07:24

lagi satu ape pandangan agama dari sisi pembangunan islam apabila orang islam tidak boleh memegang ekonomi negara islam itu sendiri. Malaysia => masyarakat campuran.

 
MyAvatars 0.2
Comment by yusran
2007-04-20 19:48:24

apa yang ingin saya kongsi bersama adalah the21quest bukanlah investment. komisyen yang diberikan adalah berdasarkan penajaan seseorang itu kepada produk the21quest iaitu e-bok.

 
MyAvatars 0.2
Comment by ragu
2007-04-30 18:54:18

Saya baru je berjinak dgn internet bisnes ni. Selalu sangat nampak promo downline sistem and komisen based on jumlah referrals. Saya memang ragu2. Alhamdulillah, bila baca artikel ni…tiada lagi ragu :D. Terima kasih!