Teknik Jana Wang Rahsia Clickbank Dilancarkan
Saya pasti anda masih mengingati ebook Gobala Krishnan yang bertajuk “Chapter-M”, bukan? Ramai rakyat Malaysia telah membelinya beberapa tahun yang lalu dan mereka telah mencuba sebaik mungkin untuk memulakan Perniagaan ClickBank mereka.
Kenapa? Kerana ClickBank merupakan peluang affiliate yang luas dan jika anda tidak menggunakan ClickBank, anda akan ketinggalan banyak produk yang hebat yang anda boleh promosikan dengan senang untuk menjana wang secara online.
Terdapat 10,000 produk ClickBank yang kebanyakkannya terdiri daripada ebook, perisian dan laman web keahlian. ClickBank hanya menjual produk digital dan itulah perkara yang paling menakjubkan!
Memandangkan produk digital tidak mempunyai kos penghantaran atau kos fizikal, ia mempunyai nilai keuntungan yang sangat tinggi. Sebab itulah kenapa para peniaga mampu membayar komisyen sehingga 75% bagi setiap produk yang anda promosikan - anda tidak akan pernah mendapat kelebihan ini jika mempromosikan produk fizikal atau apa jua produk di dunia offline.
Sekarang, sesiapa pun rakyat Malaysia boleh mendaftar akaun ClickBank tanpa perlu melalui kaedah “pintu belakang”, pejabat virtual atau alamat palsu.
Sebelum ini saya sendiri terpaksa mengunakan virtul office di US semata-mata kerana nak buka akaun Clickbank. Pada masa tu saya gunakan khidmat dari USA2ME.com. Kini semuanya dah jadi lebih mudah dan anda sepatutnya memanfaatkan kelebihan situasi ini dan jana wang sebanyak yang mungkin!
Untuk menjana wang melalui ClickBank adalah sangat mudah, jika anda mengetahui formula rahsianya.
1) Mengetahui Bagaimana Untuk Mencari Produk Yang Perlu Dipromosikan
Seperti yang saya maklumkan, terdapat 10,000 produk - Jadi, yang mana satu yang anda ingin promosikan? Sebenarnya, terdapat formula yang boleh digunakan dalam kes ini dan hampir kesemua maklumat yang anda inginkan sudah tersedia di dalam laman web ClickBank. Anda hanya perlu mengetahui di mana anda perlu mencarinya dan bagaimana untuk menganalisa segala statistik dan data.
2) Tumpukan Hanya Kepada 1 Pasaran Dan 5 Produk
Anda PERLU memilih satu pasaran yang anda ingin promosikan. Anda tidak boleh mempromosikan satu produk yang berkaitan dengan Pemasaran Internet dan satu lagi produk pelangsingan badan! Ini akan membuatkan anda kurang tumpuan dan akhirnya anda tidak dapat menjana satu sen pun.
Cari satu pasaran “niche” yang anda fikir serasi dengan anda dan kaji atau cari produk mana yang menjadi produk top 3-5 dalam ClickBank. Anda tidak perlu hiraukan produk yang lain kerana 80% daripada jualan dibuat melalui produk yang 5 teratas. Anda tidak boleh mempromosikan hanya sebuah produk kerana ia akan membazirkan masa anda. Anda juga tidak boleh mempromosikan terlalu banyak produk, jadi hanya 3 hingga 5 produk, sudah mencukupi.
3) Hasilkan Laman Web Yang Dapat Menjual
Ya, ini merupakan bahagian yang paling penting. Anda boleh menghantar pelawat atau prospek secara langsung ke laman produk dengan link affiliate anda dan menjana wang. Walaubagaimanapun, jika anda ingin memaksimakan komisyen anda, anda perlu membina sekurang-kurangnya sebuah laman web di mana anda menulis sebuah “ulasan produk” mengenai produk top 5 ini supaya pelawat dapat membandingkan dan menentukan produk yang terbaik untuk mereka.
Ulasan produk anda mestilah ditulis dengan cara yang tersendiri yang akan menghapuskan segala keraguan pembaca anda, menyakinkan mereka bahawa ia merupakan produk yang terbaik dan buatkan mereka ingin membelinya dengan serta-merta. Pakar memanggilnya sebagai “Landing Pages” dan ia terbukti lebih berkesan daripada blog ataupun jenis laman web yang lain.
Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut bagaimana untuk menjana wang melalui ClickBank sebagai rakyat Malaysia, saya sangat menyarankan anda untuk melihat Rahsia ClickBank yang dihasilkan oleh Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan di sini
Ia merupakan pakej yang sangat bagus yang menerangkan secara terperinci semua point di atas. Selain itu, mereka telah berusaha keras menyediakan laman web ClickBank yang siap sedia untuk anda gunakan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah meng’upload’nya ke dalam ‘hosting‘ laman anda dan menggantikan ID ClickBank anda.
Ingat, ClickBank pernah menutup penyertaan rakyat Malaysia dan tiada jaminan perkara ini tidak akan terjadi lagi. Walaubagaimanapun, jika anda memulakannya sekarang, anda boleh mengambil kesempatan dengan situasi ini dan menjana ribuan ringgit secara online sebelum lebih ramai rakyat Malysia mengetahui tentang kewujudan ClickBank.
Selain daripada itu, jika mereka menutup kembali penyertaan rakyat Malaysia, anda tidak akan terjejas kerana anda sudah pun menjadi affiliate yang sentiasa membuat jualan. Rahsia ClickBank adalah satu pilihan yang bagus untuk anda bermula. Anda boleh mendapatkannya sekarang di sini.
Oh anda nak tengok video bagaimana Gobala menceritakan tentang produk ini. Ini adalah video pertama Gobala dalam Bahasa Malaysia. Dengarnya banyak kali video ini terpaksa diambil dan diedit gara-gara jarang bercakap dalam Bahasa Malaysia. Apa pun tahniah untuk Gobala.
Bonus Tambahan Dari Saya
Kalau Gobala & Zamri dah siapkan 80% web clickbank anda melalui produk ini, biar saya tambah 20% lagi supaya web clickbank anda confirm siap 100%. Jadi tenaga anda boleh ditumpukan sepenuhnya dalam usaha mempromosikan web tersebut.
Tak perlu lagi terkial-kial beli domain & hosting, upload fail ke server dan pening dengan bahasa HTML untuk ubah id, copyrights dan cloaking.
Berikut adalah bonus tambahan yang saya tawarkan:
- Percuma 1 Nama Domain (.com .net .org .info .biz)
- Percuma 1 Hosting untuk setahun. Boleh masuk 6 domain. Maklumat lanjut hosting di sini
- Percuma Siapkan 1 Laman Web Clickbank Anda
Update 01/04/09 : Pembinaan Laman Web Clickbank tidak disertakan cloaking & encrypt. Ini bukan April Fool ya.
Bonus di atas bernilai lebih RM100. Untuk memastikan anda layak mendapat bonus tambahan ini sila pastikan ada perkataan ref = Sukeri Mohamed semasa membuat tempahan seperti di bawah. Link tempahan klik di sini

Selepas buat bayaran sila hubungi saya untuk menuntut bonus anda. Klik di sini untuk hubungi saya. Berikut adalah contoh 5 laman web yang telah saya siapkan utk pembeli dari link saya:
www.topfxreviews.com
www.toppaidsurveysecrets.com
www.topIMreviews.com
www.myaffiliatemarketingreviews.com
www.mybestspywareguides.com
Nak baca komen, nak beri komen atau pertanyaan sila klik di sini
Lagi Artikel Menarik. Klik Disini







Thanks bebanyak bannyak2 gobala!
faizfakhirin,
http://indicators-forex.blogspot.com
http://bankami.blogspot.com
faizfakhirin’s last blog post..Faizumi-fx V2.1
Untung sapa yang dapatkan awal produk ni, lagi pun jualan awal dengan harga itu hanya untuk 200 org pelanggan yang terawal sahaja
Saya pun sangat nak beli produk ini Sukeri dah siapkan laman web clickbank
http://www.awgfirdous.com
Sukeri,
Terimakaseyyyyyy……
Pada sesiapa yang baca ni, korang tak rugi beli melalui link Sukeri…
Tak sampai 2 hari beli, semua website saya sudah disiapkan.
Tunggu cloaking je tinggal…..
Saya tak payah pening kepala lagi nak set up dan upload fail kerana Sukeri yang buatkan segalanya….:-0
Dah tu jimat lagi kerana saya hanya perlu beli 4 domain name je
sebab 1 domain dah percuma Sukeri bagi.Hosting pun dia bagi free….Guna Hostgator lagi tu…..Untuk setahun beb…..
Berbaloi? Memang berbaloi!
Sekarang saya dah start promosi kelima-lima website..
www.topfxreviews.com
www.toppaidsurveysecrets.com
www.topIMreviews.com
www.myaffiliatemarketingreviews.com
www.mybestspywareguides.com
Terima kasih kembali Syed, Insyaallah hari ni saya siapkan kesemua cloaking untuk laman web tu supaya link affiliate anda dapat disembunyikan dan komisyen affiliate anda tidak boleh “dikebas”.
Untuk versi awal ni, template Rahsia Clicbank ni perlu diedit secara manual satu persatu. Tapi anda tak perlu risau dan pening kepala, biar saya saja yang selesaikannya. Teruskan usaha promosi anda, mudah-mudahan cek clickbank akan sampai tak lama lagi.
Sukeri’s last blog post..Teknik Jana Wang Rahsia Clickbank Dilancarkan
Sama-sama..
Sukeri tak nak beli “Developer License” Rahsia ClickBank ?
Kalau dah ada lesen RCB tu, tentu berebut orang beli website review Clickbank terbaru dari Sukeri termasuklah saya
Untuk makluman kepada semua pembeli Rahsia Clickbank anda ditawarkan “Developer License”. Dengan mendapatkan license ini anda boleh :
.
1. Bina laman web untuk pelanggan/klien anda dengan menggunakan template Rahsia ClickBank
2. Bina dan jual laman web menggunakan Rahsia ClickBank (site flipping)
.
Apa yang saya lakukan sekarang ni hanya membantu mereka yang telah membeli Rahsia Clickbank membina laman web promosi clickbank. Saya tidak berhak membina laman web yang sama kepada bukan pembeli Rahsia Clickbank kecuali memiliki Developer License tersebut.
.
Selain mendapat hak membina laman web, developer juga akan mendapat 100 artikel review produk bagi menambahkan koleksi laman web yang boleh dibina.
.
Emm.. buat masa ni saya belum tergerak untuk membeli license tersebut kerana faktor kekangan masa, untuk masa terdekat ni saya banyak terikat dengan beberapa projek lain yang memerlukan komitmen yang tinggi dan bimbang tak mampu deliver apa yang dijanjikan.
.
Kualiti dan support yang baik adalah keutamaan saya. Tak ada makna saya rebut peluang ni jika tak mampu memberikan yang terbaik. Minta maaf Syed, saya dah poskan “DVD Special” kepada kamu. Ha.. kat situ pun banyak artikel untuk pemasaran affiliate.
Ya tak ya juga….
Yang penting sekarang anda dah buat yang terbaik untuk client yang beli melalui link anda….Set up website pun pantas….
Terus-terang saya katakan saya dah buat survey tentang JV Partner RCB yang lain dan tawaran anda yang terbaik….
Kalau tengok di forum WC, masih ramai yang terkial-kial nak downloadlah, nak set uplah…..Tapi syukurlah saya tidak menghadapi masalah sedemikian…
Oy ya terlupa pula tentang DVD Special tu…..Thanks
hehehe… wah sudah siap dengan begitu pantasnya. sifuu sukeri memang mementingkan kualiti. kalo terkejar itu ini kualiti takder. takder maknanya…
abdfatah’s last blog post..Ketahui Rahsia ClickBank Lubuk Emas Online
salam…
betul kata sahabat2 sekalian..jika kita baru peringkat awal tentang bisnes internet nih ..baiklah cari bonus yg bagi perkhidmatan..heheh…labur lebih skit xper asalkan boleh dapat hasil…
Tak sangka jadi macam ‘pakar’ dalam masa 30minit….
Terima kasih Sukeri….
Aslmkm bro..
Sy teruja nak memiliki pakej rahsia clickbank ni. Lebih teruja lagi nak dptkan dr link u sbb u ada sediakan bonus hebat. Tp seblum tu nak tanyelah skit, klu dh beli dr link u ni ada ke sy kena keluarkan apa2 modal lg utk mulakan teknik2 tersebut? Jika ada, brape byk modal yg diperlukan? Sy juga belum buka akaun dgn clickbank. Bole ke sy dapatkan pakej ni dulu dr link u seblum buka akaun dgn clickbank? Soalan akhir sy, lps dptkan pakej tersebut dr link u, apa yg perlu sy buat dulu selain buka akaun dgn clickbank?
Harap dpt jawapan segera ye…
Tk..
Waalaikumsalam Nina,
.
Lama menyepi sekarang muncul kembali ya. Masih kat Bahrain ke? Baiklah, dengan bonus yang saya tawarkan ni anda akan mendapat web promosi clickbank yang pertama tanpa sebarang modal tambahan.
.
Selepas membeli RCB (Rahsia Clickbank) anda perlu:
1. Buka akaun di clickbank (ada panduan dalam RCB)
2. Tentukan produk mana nak promosi (dah disediakan)
3. Fikirkan nama domain yang sesuai dengan produk tu
4. Hubungi saya untuk claim bonus anda
5. Saya akan siapkan 1 laman web anda secara percuma
6. Promosikan laman web tu (rajin-rajin sikit)
7. Mudah-mudahan dapat sale dan terima cek
8. Tunaikan cek & belanja saya makan .. he..he..he.
.
Itulah langkahnya tanpa keluarkan duit lagi jika mengabaikan step no 8.
.
Ada 3 teknik promosi yang diajar dalam RCB dan semuanya dibantu oleh perisian khas yang memudahkan kerja anda. 2 teknik pertama adalah percuma, teknik ke-3 boleh dilakukan secara percuma atau upah orang lain buat. Wassalam.
Sukeri’s last blog post..Teknik Jana Wang Rahsia Clickbank Dilancarkan
Lama mghilang..? Byk sbb terpaksa mghilangkan diri..hhaa..hhaa.. Sy masih di bahrain lg. Insya Allah esok sy buat pembeli RCB dari link u.. Dh tak sabar nak dptkan RCB nih..!
Apa-apa pun trima kasih dgn jwpan yg diberika ye..
Teruskan usaha En Sukeri… bagus la bonus ni..
en.sukeri saya baru menerima emel terbaru anda berkenaan twitter. saya rasa ianya produk yg sangat baik. Macamanapun saya masih keliru berkenaan harga rcb kerana dua harga berbeza iaitu 67 usd dan 106.23 usd yang mana satu perlu saya bayar.
Baru saya check sebentar tadi, harga RCB masih $67 (US Dollar) atau RM240. Jadi anda hanya perlu bayar RM240 sahaja tapi tak ada jaminan harga ini akan dikekalkan.
.
Cepat bertindak kerana harga ni sangat berbaloi kerana beratus video baru di upload bagi membantu pembeli belajar banyak perkara berkaitan perniagaan internet.
Sukeri’s last blog post..Teknik Jana Wang Rahsia Clickbank Dilancarkan
Salam sumer,
En Sukeri baru sahaja siapkan satu laman web untuk saya..
Memang betul…Thanx En Sukeri..tak payah nak pening2 kepala nak setup website tuh…untung beli RCB under ref=En Sukeri…Skang keje kita promote jer…Sape2 yang belom dapatkan RCB, cepat dapatkan segera…mari..mari….
Wassalam.
- www.topaffiliatemarketingreview.com -
Salam semua..
Terima kasih dan tahniah di atas servis En Sukeri berikan.
Pkl 12 tengahari saya call utk claim bonus, pkl 3 lebih dah disetupkan website saya.
Kelakarnya saya masih belum sedia nak bertindak lagi ni..
Maklumlah masih blur lagi. Insyaallah ada rezeki lebih nanti nak tambah setup. Harap2 En Sukeri sudi membantu dan tidak serik dgn karenah saya.
P/s Sedang cari waktu sesuai nak bersembang2 dgn En Sukeri..
Terima kasih kembali.. dah sama-sama kat Muar ni apa salahnya kita jumpa dan sembang-semabang. Saya ni asyik melekat depan komputer saja. Sesekali keluar seronok juga.
Sukeri’s last blog post..Teknik Jana Wang Rahsia Clickbank Dilancarkan
saya dah lama dok cari rahsia clickbank review yang bagus .. dah dapay pon.. apa clickbank tak tau selama nie apa… bila dah baca rasa nak beli le melalui ref: sukeri nie…tunggu saya pasti akan dapatkanya…
ini la blog kesayangan saya.
Terima kasih atas sokongan, meremang bulu roma baca komen Syida ni. Rasanya ni first time dapat komen macam tu.
Sukeri’s last blog post..Teknik Jana Wang Rahsia Clickbank Dilancarkan
Meremang ke Sukeri ?? heheheh
Shahraduan - Ebay Power Seller’s last blog post..Fungsi HandPhone Nokia 2600 Sekarang
Terima kasih En. Sukeri setupkan free website untuk saya http://www.topbestforexreviews.com .. walaubagaimanapun saya telah berjaya cloaking & encrypt affiliate saya sendiri. Untuk website satu lagi http://www.topbestspywarereviews.com saya telah berjaya setup & upload sendiri ke web hosting percuma pemberian En Sukeri dengan sekali percubaan dengan panduan yang diberikan oleh Gobala. Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada team RCB & En Sukeri.
dmgpower’s last blog post..Matt Morrow Bersama VLeader Malaysia